Anwar Ibrahim / Najib Razak / Pakatan Rakyat / Politics in general / Umno & Barisan Nasional

Transkrip Penuh Temubual Dengan Jusuf Kalla Berhubung Pertemuan Dengan Anwar, Najib

Daripada Merdeka-Online :

________________

Bapak Jusuf Kalla, Mantan Naib Presiden Indonesia

Nama bapak Jusuf Kalla (JK), mantan Naib Presiden Indonesia menjadi penting di Malaysia kerana peranan persahabatannya dalam PRU13 baru-baru ini. Ramai rakyat Malaysia terkejut bagaimana beliau tiba-tiba muncul dalam kancah politik Malaysia.

Ikuti perbualan eksklusif saya dengan bapak Jusuf Kalla di Jakarta baru-baru ini yang turut memperkatakan pelbagai isu sampingan.

Sebagai Ketua Editor Merdeka-Online, sebuah portal baru yang saya usahakan dengan matlamat rakyat Malaysia boleh meresapi jiwa merdeka dengan semangat “a sense of belonging“. Baru-baru ini, pada 1 Jun 2013 saya berkunjung ke rumah bapak Jusuf Kalla, di Jakarta, Indonesia dengan niat untuk bertemu bapak Jusuf Kalla sekiranya beliau boleh ditemuramah. Alhamdulillah, bukan sahaja saya diterima dengan baik oleh bapak Jusuf kalla, tetapi saya turut dapat berbicara pelbagai hal khususnya mengenai Pilihanraya Umum Ke-13 di Malaysia. Ikuti sedutan soal-jawab saya dengan bapak Jusuf kalla.

MO: Assalamualaikum dan terima kasih saya ucap kepada Bapak atas kesudian menerima kehadiran saya.

JK: Waalaikum Salam warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

MO: Saya ingin menyatakan perasaan teruja atas peranan bapak dalam hal, kalau bisa disebut perdamaian semasa Pilihanraya Umum di Malaysia baru-baru ini. Saya dapati rata-rata rakyat Malaysia masih tertanya-tanya bagaimana bapak tiba-tiba bisa muncul dalam hal ini?

JK: Sebetulnya, saya ingin jelaskan bahawa bapak Anwar bertemu saya sebanyak 3 kali. Pertamanya pada bulan Mac, 2013 di rumah ini juga dia datang pada malam hari. Ketika itu, hadir bersama dua ahli Parlimen Indoneisa iaitu Yusril Ihza Mahendra dan Fahmi Idris.

Saya lihat, pada ketika itu, Anwar terlalu yakin akan menang Pilihanraya di Malaysia, kerana katanya di mana-mana dia pergi sambutannya cukup luar biasa.

Jadi Anwar mahu saya jadi perantaraan kepada bapak Najib, karena hubungan saya dengan kedua-dua mereka ini sangat baik, maka atas dasar persahabatan saya menerima. Bukan saya mahu masuk campur dalam urusan negara Malaysia, saya menerima urusan ini sebagai urusan persahabatan saya.

MO: Barangkali bapa bisa jelaskan apakah permintaan bapak Anwar semasa pertemuan dengan bapak tempohari?

JK: Anwar memang ada membuat beberapa permintaan supaya saya bisa sampaikan kepada bapak Najib. Pertamanya, Anwar mahu agar supaya bapak Najib menerima ketetapan bahawa sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Dan yang kalah juga hendaklah mengucapkan selamat berjaya kepada yang menang, dan yang kalah itu kalau bisa disesuaikan dalam pentadbiran kerajaan yang baru.

Jadi, saya terbang ke Kuala Lumpur dan menyampaikan permintaan-permintaan Anwar itu dan bapak Najib mendengar dengan baik.

Saya lihat bapak Najib seorang yang berjiwa besar, mendengar dengan baik segala permintaan Anwar tetapi bapak Najib juga mempunyai keyakinan yang tinggi akan menang Pilihanraya itu.

MO: Bagaimana tentang hal perjanjian, kerana di Malaysia heboh kononnya ada surat perjanjian antara Anwar dengan bapak Najib?

JK: Anwar memang ada membuat perjanjian bertulis. Anwar yang membuatnya, jadi semasa Anwar datang ke rumah saya, Anwar mahu supaya bapak Najib menurunkan tandatangan dalam perjanjian itu.

Anwar sangat konfiden akan menang. Di dalam mindanya dia sudah bayangkan dia Perdana Menteri. Jadi, saya kata kepada Anwar ok, kalau kamu kalah kamu juga harus menerima kekalahan kamu. Anwar bersetuju, jadi saya tandatangan dan Anwar juga tandatangan.

Apabila saya terbang ke Kuala Lumpur, saya bawa hal surat perjanjian ini kepada bapak Najib, saya melihat bapak Najib tidak ada masalah melihat perjanjian itu, tapi bapak Najib mengambil keputusan tidak menurunkan tandatangan. Saya tidak bisa memaksa.

Jadi saya balik semula kepada Anwar, saya beritahu kepada Anwar bahawa bapak Najib tidak turunkan tandatangan tetapi saya mahu kamu (Anwar) percaya kepada my mouth (mulut saya) bahawa bapak Najib tidak ada halangan dengan permintaan kamu (Anwar) itu. Maknanya, sesiapa yang kalah harus menerima kekalahan dengan hati yang terbuka (gentleman).

Inilah gentleman’s agreement antara saya dengan bapak Najib. Akhirnya Anwar bersetuju dalam isu bapak Najib tidak turunkan tandatangan karena Anwar mempercayai cakap saya.

Malangnya, selepas keputusan Pilihanraya, Anwar mungkir janji dan tidak komited kepada perjanjian itu sendiri. Itu sebab saya marah kepada Anwar dan kawan-kawan Anwar di Jakarta turut marah kepadanya kerana Anwar mungkir janji dan tidak komited. Asean Wall Street Journal menghub ungi saya bertanya apakah benar Anwar tidak komted. Saya beritahu mereka ya, benar Anwar memang tidak komited.

Saya tidak akan hubungi Anwar, biar dia tahu kami(Yusril, Fatmi dan teman-teman yang lain) marah kepadanya.

ISU PENIPUAN PILIHANRAYA

MO: Apa alasan Anwar tidak mahu menerima kekalahannya, mungkir janji dan tidak komited?

JK: Anwar menuduh berlaku penipuan, antaranya soal dakwat kekal. Jadi saya marah Anwar, saya kata kamu bilang dakwat itu tidak kekal, itu kamu lihat di jari kamu masih ada bekas dakwat kekal belum hilang (sambil bapak Jusuf Kalla memegang jari Anwar yang masih ada bekas dakwat).

Kemudian Anwar bangkitkan pengundi Bangladesh. Saya bilang sama Anwar, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan percakapan, bahasa, budaya dan gaya orang Bangladesh. Tidak mungkin berpuluh ribu orang Bangladesh boleh dibawa masuk ke Malaysia dan menjadi pengundi. Ini tidak masuk akal.

Tapi, Anwar tetap tidak mahu menerima keputusan dan dia tetap dengan egonya.

MO: Anwar kata dia menang kerana undi popular dia lebih banyak daripada bapak Najib?

JK: Saya beritahu Anwar, kamu berada di Malaysia bukannya di Indonesia. Kalau kamu (Anwar) bertanding di Indonesia kamu sudah jadi Presiden Indonesia. Tapi di Malaysia sistemnya lain, kemenangannya dikira melalui sistem undi electoral, yang mana partai yang menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.

Malangnya Anwar ini ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, dia tetap mahu jadi Perdana Menteri.

Saya bilang kepada Anwar, “Kamu sudah gila?” mana mungkin kamu (Anwar) menjadi Perdana Menteri sedangkan kamu hanya menang 89 kerusi parlimen walhal bapak Najib menang 133. Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu kamu hanya menang 89 walhal bapak Najib menang 133.

Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga. Kemudian, kami juga berbicara tentang masa depannya dan masa depan Nurul Izzah. Saya bercakap tentang Menteri Penuh, Anwar meminta masa berfikir tentang perkara itu.

Kesilapan Anwar ialah dia sudah dua kali mengumumkan mahu bersara jika tewas dalam Pilihanraya, malangnya Anwar tidak pernah komited kepada janji-janjinya.

HIMPUNAN BLACK OUT 505

MO: Anwar kini sedang mengadakan himpunan Black Out 505 di seluruh negara sebagai bantahan ke atas keputusan Pilihanraya Umum baru-baru ini. Bagaimana bapak melihat perkara ini?

JK: Pertama saya mahu beritahu bahawa saya mengetahui Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina, dan mungkin juga di negara Thai dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina, dan sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu. Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah rakan-rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka.

Isunya untuk apa membuat himpunan tersebut jika ianya hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu. Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan Anwar tidak dapat memberi jawapan dengan jelas, ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli-ahli parlimen dari parti lain.

Makanya, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Black Out 505 itu hanya sia-sia sahaja, melainkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu musuh-musuh Islam.

PERTEMUAN SUSILO & ELEMEN WASHINGTON

JK: Baru-baru ini Presiden Susilo menelefon saya bertanyakan mengenai panggilan telefon dari “Polis Washington” supaya Presiden Susilo menerima permintaan Anwar untuk bertemu dengannya.

Saya memberitahu Presiden Susilo supaya tidak tunduk kepada tekanan Washington dan tidak kena dengan peraturan kenegaraan untuk menerima permintaan Anwar kerana Anwar hanya pembangkang bukan Perdana Menteri. Ini bermakna, saya sangat yakin, bahawa ada elemen Washington dalam urusan campurtangan kuasa luar dalam politik negara Malaysia. Anda perlu terus menyiasat perkara ini.

ISU PENCEROBOHAN LAHAD DATU

JK: Dalam kes pencerobohan Lahad Datu, saya juga tahu bahawa ada campurtangan dari orang-orang tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina memberi sokongan kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.

Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia, di mana mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut.

MO: Saya ucap terimakasih kepada bapak atas kesudian bapak menerima kehadiran saya dan seterusnya berbicara tentang isu penting ini. Saya sangat hargai dan saya berharap rakyat Malaysia boleh melihat peranan bapak yang mulia ini khususnya kedua-duanya adalah sahabat baik bapak.

JK: Terima kasih.

Jakarta, Indonesia, 
1 Jun 2013.

14 thoughts on “Transkrip Penuh Temubual Dengan Jusuf Kalla Berhubung Pertemuan Dengan Anwar, Najib

  1. JMD

    Perhaps Malaysia should consider this act (FARA) be introduced to protect Malaysia’s sovereignty and guard against foreign interference.

    The Foreign Agents Registration Act (FARA) was enacted in 1938. FARA is a disclosure statute that requires persons acting as agents of foreign principals in a political or quasi-political capacity to make periodic public disclosure of their relationship with the foreign principal, as well as activities, receipts and disbursements in support of those activities. Disclosure of the required information facilitates evaluation by the government and the American people of the statements and activities of such persons in light of their function as foreign agents. The FARA Registration Unit of the Counterespionage Section (CES) in the National Security Division (NSD) is responsible for the administration and enforcement of the Act.

    http://www.fara.gov/

    Like

    • I have no problem with that suggestion. My problem is only how much the authorities would use those laws.

      One ranking enforcement Officer (was it a Police Officer or some one in the AG’s Chambers?) said recently that there are some 900 laws existing in the country under which the political miscreants, the common crooks and damn criminals can be booked, jailed or imprisoned. Yet a lax attitude started during Tun Dol’s time, prevailing during Najib’s time before PRU13.

      How rigorous those laws have been applied is the question. The enforcement authorities went by the mood of the political masters. That’s natural. They are Government servants. The political masters dictate the mood – not necessarily spoken or spelled out in writing, the top enforcement people know how to read such a mood, otherwise they wouldn’t have been appointed there in the first place. Hence Hishamuddin was referred mockingly as “Menteri Amaran”. He, too, was dancing to the tune of the cousin PM, Najib. That’s natural. The Home Minister during Tun Dr Mahathir’s time also had to go by what TDM wanted. The PM is the boss, always.

      So, non-action or lack thereof is attributable to the PM. Najib wanting votes, and even bending backwards to accomodate the Chinese demands until he got the Chinese tsunami. The Chinese assumed he’d be giving what they demand even if they didn’t give him votes. Like the case of the Rasa town people asking funds for the Rasa Chinese school during PRK Hulu Selangor. And there are now increasing demands that Najib be replaced at Perhimpunan Agong UMNO in November.

      But since the new Home Minister Ahmad Zahid announced that all departments under him can take action without fear of political interference, things have changed. Let’s hope they continue to do so. Arrest those blokes, chuck them into lock ups and dragged them to Court and prosecute them. Talking 40,000 Banglas voted, winning by the so-called popular votes mengarut, demo here demo there nonsense.

      Like

  2. I want peace. Peace and tranquility. Where I can raise my kids without them exposed to the madness of 2-3 hours of traffic jams caused by unreasonable people, over turning of Police vehicles, walloping them back by chemically laced water sprays, tear gas bombs etc like during Bersih 2.0. Two DBKL Officers were hit at Padang Merbok on Saturday.

    But when they are whacked with water cannons and gas canisters, I support the Police. Be cruel in order to be kind. To be kind to the hundreds of thousands, even millions, of the ordinary citizens who want to go about their normal business. Who also have their rights to do so. European and Asian history would have been different if the Germans and the Japanese were not trounced in World War II.

    In Malaysia these days the culprit is definitely Anwar. Having said no more demos after Padang Merbok on Saturday, his goons demo-ed at Parliament on Monday. He cannot claim not to know, The bad Cikgu Bad, a PKR man who lost the election, was leading the fracas there.

    Nobody should trust Anwar. Having asked Yusuf Kala to get Najib’s word on a peaceful handing over of powers, he then denied it simply because he could not get power and went on the streets instead. He should be arrested, really – charged, tried and hopefully imprisoned. Don’t wait for the Appeal on his Sodomy II or other court cases to bring such results. Prosecute him on as many cases as can be. There are many cases already on the so-called Black505 rallies.

    Like

    • The Police should be firm and arrest as many of the law breakers as there are places in the lock ups etc. No need to fear any situation getting out of control. The Police Director of Public Order has said that they are in touch with the Military and will call them to assist if necessary. We will support the Police and the Military in any such event.

      Like

  3. “saya mengetahui Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina, dan mungkin juga di negara Thai dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina, dan sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu. Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah rakan-rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka.”

    Waduuuh, enak sekali mendengar itu semua ada lah kata kata Bapak Jusuf Kalla. Saya fikir kata kata dia itu ada lah berdasarkan maklumat yang di kemukakan kapada nya oleh pihak berkuasa Risikan (Intelligence) Indonesia. Di masa dia Nib Presiden Indonesia dahulu.

    Tidak ragu apa yang di katanya. “yang kita ketahui siapa mereka,” kata nya.

    Like

    • Kalau Bapak Jusuf Kalla dan pihak berkuasa Indonesia tahu siapa mereka, harap mereka tolong ranapkan sikit pengaruh itu semua.

      Sepatutnya, Najib punya kerja meranapkan pengaruh tuh. Tapi dia orang “liberal”, kononnya. Sampai kena tsunami Cina pun, masih membongkok kpd Cina lagi. RM39 juta untuk sekolah Cina di Belanjawan 2014 nya. Belom ada lagi berita dia giatkan DEB untuk Melayu yang kasi UMNO 88 kerusi di PRU13.

      Dah ramai sekarang yang minta Ahli Ahli Perwakilan UMNO di bulan November tukarkan dia. Mana boleh – UMNO yang di tubuhkan untuk menjaga hak dan kepentingan Melayu, dia pulak majukan kepentingan Cina yang dah kaya raya. Di kecingkan pun, masih nak buat gitu juga.

      Like

      • Bukan saja Melayu, juga Bumiputra Sabah dan Sarawak, Bang. Najib mesti jangan lupa “Fixed Deposit” tu.

        Mcm kata Tan Sri Taib Mahmud, KM Sarawak – apa hal pun dia akan “loyal to BN”. Jangan take for granted le. Dan penjangak di Sabah cuba mcm mcm nak jatuhkan BN. Desak RCI IC lah, tuduh BN tak pandai lawan Suluk yang hanya 20 orang bersenjata lah. Orang Anwar Tian Chua persendakan pasukan keselamatan kita pulak. Bedebah depa.

        Hentam saja lah Anwar tu. Rebehkan dia. Biar tersembam ke tanah. Tapi jangan tumbuk dia. Pelangkong dengan undang undang saja. Kan ada mcm mcm undang undang boleh kenakan dia. Tak boleh nak main berlembut saja, nanti di sodoknya. Jenis main depan belakang tu.

        Like

  4. “Isunya untuk apa membuat himpunan tersebut jika ianya hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu. Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP?”

    Mana boleh Anwar mengontrol DAP? Dia ha nya ada kontol – ma’af saya keluarkan perkataan ini, tapi Anwar layak di bidai sedemikian rupa.

    Karpal Singh sendiri telah mengentotkan nya – Karpal kata Hitam505 itu ia lah agenda PKR sahaja, bukan agenda Pakatan Rakyat. PKR yang rancangkan dan laksanakan nya. Ini bermakna Peguambela dia sendiri telah menempelak mukanya. Dan Karpal ada lah orang yang lama dahulu telah menyruh Anwar bertaubat berkenaan seks songsang nya.

    Like

  5. “Anwar terdiam dan Anwar tidak dapat memberi jawapan dengan jelas, ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli-ahli parlimen dari parti lain.

    Makanya, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Black Out 505 itu hanya sia-sia sahaja, melainkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu musuh-musuh Islam.”

    Saya harap kata kata Pak Jusuf Kalla itu telah mempengaruh Anwar menghentikan tingkah laku bedebahnya. Jika benar, kita terhutang budi kapada Pak Jusuf Kalla. Ini lah bukti faedahnya menjalin hubungan rapat dengan negara Indonesia. Kita Melayu semua nya – Se Rumpun. Baca lah buku, “Tamadun Alam Melayu” dan “The Malay Civilization” terbitan Persatuan Sejarah Malaysia untuk maalumat lanjut bagi nya.

    Like

  6. Oooooo, the bugger really pulled his Washington Neocon, Jew and Zionist string to get the Indonesian President agree to meet him. He’s tying to get the Indonesian President on his side. Son of a gun.

    Of course the Zionists will do thru any method or means they can access. I think “Polis Washington” sarcastically refers to the US State Dept influenced by the likes of the Jew Madeline Albright, a former Secretary of State. They want to be the so-called “Policemen of the world”.

    Anything that will help the overall Zionist Grand Design of weakening Muslim-led governments in the world. Damn.

    Like

  7. Aku tak boleh hilang hilang geram aku kpd si Anwar nih. Haigh, kalau lah dia anak aku, nak aku ….. tak boleh nak tulis apa yang aku nak buat.

    Baca pasal temu bual Jusuf Kalla nih, lagi meluap perasaan aku. Gila punya maanusia, tipu sana tipu sini. Cuba gunakan orang, takutkan kalau menang PRU13, Najib tak mahu lepaskan kuasa, konon. Dia mikir gitu sebab dia pendirian gitu. Bila kena kpd dia, hah, tak mahu terima keputusan PRU13. Apa jenis maanusia macam nih?

    Lepas tu, demo jalanan plak. Mana tak demo jalanan, depa beduyun di atas jalan. Pelesit punya kerja. Macam budak bodoh. Undang undang pilihan raya ada, boleh buat petition di Mahkamah, nak demo jalanan. Ada Akta Perhimpunan Aman, tak mahu ikut peraturan. Dah macam samseng gengster di buatnya. Mcm tu nak jadi PM? Pigi daaaa. Meluat aku tengok. Nak maki hamun tapi tak boleh. Fras betul aku.

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s