Entertainment / Pakatan Rakyat

Penipuan pertama Adun Pakatan, Azan Ismail kepada rakyat

Belum sampai seminggu Adun Pakatan Rakyat bagi DUN Bandar, Azan Ismail telah menipu rakyat dengan mengatakan Barisan Nasional menaikkan tarif eletrik selepas memenangi pilihanraya yang ke 13 Ahad lalu.

Amat malang bagi rakyat yang mengundi beliau Ahad lepas kerana disogokkan dengan penipuan tersebut.  Dan amat malang lagi kerana hadiah pertama beliau kepada kita semua adalah antara perkara yang dikutuk agama beliau sendiri, iaitu – berdusta.

Azan Ismail berkata:

Kenaikan tarif elektrik hadiah pertama BN kepada rakyat

KUALA LUMPUR 8 MEI: Kenaikan tarif elektrik merupakan hadiah terbesar BN kepada rakyat setelah memenangi pilihan raya umum (PRU) lalu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Azan Ismail.

Beliau mengulas kenaikan caj tambahan sebanyak satu peratus pada bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada pengguna dengan jumlah bil RM77 ke atas atau penggunaan lebih 300kWh sebulan.

Pengumuman kenaikan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda), Badriyah Abdul Malek, sehari sebelum PRU berlangsung Ahad lalu. (SEDA tidak mengumumkan. Mereka menerangkan)

Ini hadiah pertama BN kepada rakyat setelah menang pilihan raya. Selepas ini akan ada banyak lagi hadiah besar,” kata Azan ketika dihubungi.

Menurutnya, pelbagai lagi kenaikan harga barang dan perkhidmatan akan berlaku selepas ini kerana BN mahu mengutip semula wang yang telah dilaburkan kepada rakyat sebelum pilihan raya lalu.

“Sebelum pilihan raya, pelbagai gula-gula termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia diberi. Sekarang masa untuk balas dendam dan mereka tak sabar-sabar nak kutip semula wang tersebut daripada rakyat,” kata Azan.

Pengerusi KEADILAN Terengganu itu juga tidak menolak kemungkinan tarif elektrik terpaksa dinaikkan kerana syarikat-syarikat kroni sudah melabur sebelum pilihan raya.

“Saya dapat banyak maklumat bahawa BN dapat pelaburan dari banyak syarikat sebelum pilihan raya. Setelah menang, syarikat terlibat tekan BN untuk mendapatkan pulangan,” jelas Azan.

Walhal, perkara sebenarnya adalah seperti berikut:

Caj tambahan elektrik bagi bil RM77 ke atas

Caj tambahan satu peratus pada bil elektrik Tenaga Nasional Bhd hanya dikenakan kepada 25 peratus pengguna domestik sebagai sumbangan kepada Tabung Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) untuk melaksanakan Tarif Galakan (FiT) yang berkuat kuasa sejak 1 Disember 2011.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda), Badriyah Abdul Malek berkata, caj tambahan satu peratus itu hanya akan dikenakan kepada pengguna dengan jumlah bil elektrik RM77 ke atas atau penggunaan lebih 300kWh sebulan.

“Sehingga awal tahun ini, Seda telah mengutip RM321.46 juta untuk tujuan membiayai projek-projek tenaga boleh diperbaharui.

“Seda juga telah membayar RM18.7 juta bagi menampung projek yang sedang berjalan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, kelmarin.

Menurutnya, secara keseluruhan, Seda akan membelanjakan RM4 bilion untuk membiayai kos projek-projek tenaga boleh diperbaharui di seluruh negara termasuk Sabah yang akan dilaksanakan suku pertama tahun depan.

“Tenaga boleh diperbaharui penting bagi menukar sumber tenaga negara daripada bahan api fosil yang telah dikenal pasti penyumbang besar kepada pemanasan global dunia kepada solar fotovoltik, biomass, biogas dan hidro kecil,” katanya.

Badriyah berkata, penjelasan berhubung caj tambahan itu perlu dilakukan selepas isu itu hangat diperkatakan di laman sosial.

Menurutnya, pengguna yang terlibat dengan caj tambahan itu turut berpeluang menyertai Program Rumah Solar Atas Bumbung yang dilancarkan Seda sejak September tahun lalu.

“Sehingga kini kami telah meluluskan 1,000 permohonan daripada pengguna sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Perak untuk program itu,” katanya.

Apakah yang Azan Ismail dapat dari penipuan ini?

Rakyat akan tidak semena-mena marah kepada kerajaan persekutuan dan inilah yang beliau harapkan. Malahan inilah yang Pakatan Rakyat harapkan. Apabila mereka tidak mempunyai kekuatan dalaman yang boleh diketengahkan kepada pihak orang ramai, mereka hanya boleh harapkan taktik kotor seperti ini untuk mendapat undi.

Oleh kerana Azan Ismail merupakan seorang beragama Islam yang tidak takut kepada neraka, beliau tidak akan meminta maaf kepada orang ramai walaupun beliau terbukti salah. Walaupun terbukti bahawa kerajaan tidak menaikkan tarif elektrik sebagai ‘hadiah’ selepas pilihanraya, Azan Ismail tidak akan mengaku salah.

Adakah ini yang diharapkan oleh rakyat?

Adakah ini kualiti seorang wakil rakyat dari Pakatan Rakyat?

Walaubagaimanapun, kita berharap Azan Ismail akan lebih pandai dan up-to-date dalam ilmu pengetahuan semasa. Belakang parang kalau diasah, lagikan tajam. Inikan pula pemimpin dari Pakatan Rakyat.

Keadilan Daily mungkin menerima risiko di saman SEDA atau TNB. Tetapi ini disebabkan oleh kebodohan mereka sendiri yang tidak tahu menyiasat terlebh dahulu berita mereka sendiri. Etika kewartawanan tidak wujud di dalam akhbar mereka.

Kita tunggu perkembangan seterusnya.

Di dalam isu yang lain, Tenaga Nasional Berhad terpaksa membuat pengumuman khas di dalam laman Facebook mereka kerana terdapat banyak tohmahan dari pihak DAP mengatakan bahawa bekalan elektrik terputus di beberapa pusat perkiraan undi.

Pelanggan yang dihormati,

Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin memberi maklum balas kepada beberapa dakwaan di dalam sosial media mengenai gangguan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi Pilihan Raya Umum ke 13.

Berdasarkan maklum balas pasukan tunggu sedia TNB, kami mendapati semua pusat pengiraan undi tidak mengalami sebarang gangguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi berjalan.

Justeru, kami memohon kerjasama semua pihak agar menghentikan dakwaan ini.

Bagaimana pun jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai gangguan bekalan yang berlaku, sila nyatakan tempat dan masa kejadian supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.

Terima kasih menggunakan perkhidmatan TNB CareLine

Amatlah mengecewakan apabila Pakatan Rakyat tidak mampu lagi untuk menjadi pihak pembangkang yang berwibawa dan berintegriti. Apabila penipuan dan fitnah menjadi amalan mereka, mana mungkin rakyat dapat perkhidmatan yang tulus dan terbaik dari Pakatan Rakyat.

18 thoughts on “Penipuan pertama Adun Pakatan, Azan Ismail kepada rakyat

  1. Sokong TNB saman orang macam ini. Bercakap tanpa fakta dan data sahih memang kehebatan PR. Kita sebagai rakyat mesti selidik dan bersifat lebih berhati-hati dengan putar belit agar tidak mudah diperguna oleh orang lain.

    Like

  2. Mcm mane azan ni boleh bertanding dn menang di dun bandar? Dia org tganu ke? Orang Luor bukan? Mende ni pkr terengganu beri org luor pegang caw. Negeri?

    Like

  3. if tnb and other government related agencies dont start suing all these people defaming them, i blame these agencies for not defending their rights as coward and clueless. where is their legal and communication departments? where is the accountability to protect themselves when under defamed? how many years already being defamed for political gain and how long more to stay coward and clueless? please leave the posts if dont know how to defend yourself when under defamed, leadership posts are not for cowards and clueless ones!

    Like

  4. Kalau mahu menyampaikan maklumat biar betul…kalau salah menunjukkan samada kerja sambil lewa atau rabun…atau telinga pekak. Kalau rakyat sendiri boleh dapat maklumat yang sahih….untuk apa ada wakil rakyat yang menyampai berita yang tidak betul….sia sia dapat elaun bulanan.

    Like

  5. Manusia kalau sudah biasa menipu tetap menipu.
    Manusia dgn sekelip mata mudah percayai penipuan.
    Manusia memerlu masa utk percayai keBENARAN.

    Like

  6. Another fitnah among the pakatan supporters are RM2 increase of petrol after PRU-13.

    They simply lied. The social media has helped the lies become urban legend at the speed of light.

    These people should listen and read Surah Al-Khafi (The Cave) to save themselves from the fitna of Dajjal in these Akhir Zaman. Wallahualam.

    Like

  7. Pihak berkuasa perlu ambil tindakan yang boleh menunjukkan rakyat bahawa tindakan salah seperti itu tidak boleh di buat sesuka hati. Yang membohong menipu, juga yang membuat demo jalanan di Kelana Jaya. Bagus Polis telah memanggil 28 dari pengusaha demo dan pemberi ucapan di demo itu. Selepas itu, mereka yang keslahannya serius mesti di tangkap dan di dakwa di mahkamah.

    Begitu juga ADUN, walau MP pun. Jika ada kekebalan (immunity) dari tangkapan atau dakwaan di mahakamah masa berhujah dalam DUN atau Parlimen, Yang Di Perua perlu ambil tindakan, mengantung ke ahlian mereka dsbnya. Bila mereka buat begitu di luar DUN dan Parlimen, tangkap dan dakwa mereka di Mahkamah.

    Rakyat mesti di tunjuk bahawa yang menjadi wakil rakyat tidak boleh di biarkan membuat salah sesuka hati mereka. Mereka yang memegang gelaran “Yang Berhormat” perlu di beri tahu supaya membuktikan yang mereka layak di gelar begitu. Jangan bertutur atau bertindak sehingga rakyat susah mahu menganggap mereka sebagai “Yang Berhormat.”

    Like

    • Under Malaysian law, a Member of Parliament loses his seat if he is sentenced to more than 12 months in prison or is fined more than US$476. (My quickie googling did not lead to an article giving the Ringgit or the DUN situation).

      Maybe the same for DUN or State Legislative Assembly. It would affect the strength of a political party in the Assembly if a member loses his seat from court sentencing, eh?

      Like

      • PS:

        That would be critical in a tight ratio situation like in Trengganu.

        As it stands now, the government in power has to constantly be on the guard against katak lompat of the type that happened in Perak in 2008.

        Like

  8. Salam dan Terima Kasih JMD.

    Info begini diperlukan untuk menangkis berita bohong mereka. Berita bohong mereka cepat merebak di media sosial kerana penyokong mereka percaya buta-buta apa yang pemimpin mereka cakap. Jika kita menangkis pantas berita bohong mereke, orang-orang yang atas pagar tidak akan termakan cerita bohong mereka. Bagi penyokong tegar, kita cakap apapun diaorang takkan percaya juga.

    Setuju dengan PEMERHATI supaya dikenakan tindakan undang-undang kepada wakil rakyat yang menabur fitnah di luar dewan. Imuniti ahli dewan hanya dalam dewan bukan di gelanggang umum. Sudah tiba masanya Wakil Rakyat bertanggung jawab terhadap apa yang mereka kata. Ini akan menghasilkan wakil rakyat yang lebih berkualiti. Bukan wakil rakyat tepi jalan macam pembangkang sekarang.

    Like

    • Untuk mengelakkan merebaknya wabak yang boeh menjadi ta’un dalam negara, pihak berkuasa perlu ambil tidakan di atas mereka yang membuas di media sosial juga.

      Ketua Ekeskutif MCMC sudah berkali kali membuat rayuan dan memberi amaran. Jenis mereka yang mendadak di Kelana Jaya tidak makan rayuan dan amaran.

      Tangkap beberapa dari mereka, kenakan tidakan mahkamah. Menang tak menang jangan kira. Tentukan mereka dapat pesanan atau message bahawa mereka tidak boleh melanda landa.

      Like

      • Get the ring leaders. Even the top ones. Once a sufficient number of them are behind bars, the rest will not be so emboldened.

        Use the new laws replacing ISA – SOSMA. 28 days in the lock up while investigating their cases thoroughly would be sufficient to break their resolve and determination.

        In case they continue to do the same things again after being released on bail, arrest them on other charges. There are so many laws in the country that they may have broken. Election laws, Sedition laws, Penal Code laws. Each one has so many sections and sub-sections under which they can be arrested and charged.

        Never mind about the image of a Police state whatever. After all, they are alleging all sorts of things for so long already. The main aim must be to tame them down, get them to follow the laws when expressing dissent.

        Like

  9. Cybertrooper From Malaysia Chronicle want to destroy Utusan Facebook……..

    Friday, 10 May 2013 13:06 posted by EM

    1) Go to Utusan Page: https://www.facebook.com/utusanmalaysia?fref=ts
    2) on the right side look for the asterisk and drop down arrow
    3) Select Report Page
    4) Select “I think it shouldn’t be on Facebook”
    5) Select “Hate Speech”
    6) Choose “Targets Race or Ethnicity”
    7) Check mark Report to Facebook
    Copy this message to your friends or do a status update

    Like

  10. Setiap kali PR menipu, sure saya teringat peristiwa 16 Sept. Jika penipuan terang-terangan dan besar sebegitu pun penyokong PR boleh telan, apalagi yang begini.

    Like

    • Pihak berkuasa perlu bertiindak. Kadang mereka cakap tidak serupa bikin mcm hishamudin. Warning semanjang nampak mcm coward.

      Like

      • Dulu sebelom PRU13 mungkin nak ambik hati pengundi. Sekarang tak payah lagi. Untik beberepa tahun.

        Kena buat sekarang jugak. Kalau tunggu tunggu lagi, nanti dah dekat PRU14 pulak.

        Like

      • Sekarang ni FRU dan polis boleh tangkap lepaih bagi warning sekali saja. Lepaih tu masuk lepa semua dalam lokap gelap yang berhantu lebih kurang seminggu,

        Biaq lepa kawan dengan pontianak, hantu dan jin segala macam dalam tu. Biaq lepa meraung and melalak sekuat mungkin. Biag lepa rasa.

        Like

  11. Salam JMD,
    Metaphorically speaking, the courts that mete out justice have 3 faces : 1) as a shield to protect one’s rights under the laws, and 2) as a sword to eliminate and stop the offender from causing further damage., and 3) to do retribution to the victim by imposing punishment of imprisonment on the aggressor and grant payment of damages as far as money can mitigate or heal the injuries.

    So, the agencies / entities that have been defamed please take the bold steps to sue those who defamed them so that they can be made to bleed financially because they have to fork out not only expensive legal fees as defendants and pay huge some of moneys as damages but also costs to the plaintiffs who had to hire lawyers to sue the aggressors/defendants.

    I strongly believe that this is the only effective way to stop the slander or libel.Let us resort to the courts for justice for those who have been defamed.

    Adam Bachek

    Like

Astound us with your intelligence!