Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari ini genaplah sebulan Ramadhan dan esok, 1 Syawal menandakan Hari Raya Aidilfitri khususnya di kalangan umat Islam di Malaysia dan rakyat Malaysia secara amnya.

Esok juga merupakan kali ke lima Jebat Must Die mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua para pembaca tak kira bangsa, agama dan usia. Sekitar lima tahun menulis di dalam blog ini banyak manfaat dan kebaikan yang telah dipelajari dari para komentar. Banyak juga kritikan yang diterima tetapi itu semua menjadi asam garam dunia siber.

Semuanya dihadapi dengan hati yang tenang dan tidak pernah saya berkecil hati.

Di harap para pembaca semua mendapat rahmat dan nikmat dari Tuhan dan saya berdoa, perhubungan kita tidak akan terputus. Dengan perasaan rendah hati, saya meminta maaf, menyusun jari sepuluh, dari semua para pembaca jika terkasar bahasa di dalam semua interaksi yang berlaku.

Semoga Syawal yang menjelang membuka hati para pembaca untuk mengampuni salah silap saya. Dan saya mendoakan kesejahteraan para pembaca dan keluarga sepanjang Syawal semoga terus diberkati dan dilimpahkan kebahagiaan yang berpanjangan.

Terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.