Miscellaneous / Socio-economy / Umno & Barisan Nasional

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan di Melaka Maju 2010

Pada 20.10.2010 pada jam 20.10 malam, negeri Melaka akan diisytihar sebagai negeri maju berdasarkan kriteria yang diberi oleh Organisation for Economic Co-operation and Development  atau lebih kerap dipanggil sebagai OECD.

Melaka telah melepasi indikator-indikator minimum yang diperlukan untuk diperakui sebagai sebuah negeri yang maju.

Untuk pengetahuan umum, proses menjadikan Melaka sebagai negeri maju sudah dimulakan lebih kurang sedekad yang lalu. Blogger Hidup Tuah sedikit sebanyak ada menulis di dalam artikel di sini, di sini dan di sini. Antaranya berbunyi:

Visi Melaka Maju 2010 telah dilancarkan pada tahun 2001. Sebuah blue print telah disedia dan dibentangkan oleh UPEN. Pada tahun 2002, 23 indikator telah diperkenalkan untuk mengukur kemajuan Melaka.

23 indikator itu dipadankan daripada 43 indikator yang disediakan oleh EPU untuk mengukur kemajuan Malaysia. Tugas penyediaan, pengukuran dan pemantauan tersebut diserahkan kepada Majlis Tindakan Negeri (MTEN) Melaka dan saya menjadi Pengarah Eksekutifnya. Pada tahun 2006 MTEN bertukar nama kepada Direktorat Pelaksanaan Negeri (DPN) Melaka. Saya menjadi Pengarah Eksekutifnya hingga 4 Ogos 2008.

Kritikan hebat yang diterima oleh Selangor selepas mengisytiharkan negeri berkenaan sebagai negeri maju pada tahun 2005 telah mengilhamkan Ali Rustam untuk mendapatkan pengiktirafan daripada badan antarabangsa yang berwibawa.

Atas arahan Ketua Menteri, saya telah menghubungi OECD (Organization for Economic Cooperation & Development) pada akhir tahun 2005. Lawatan dan perbincangan dengan pihak OECD di Paris telah dipimpin oleh Ali Rustam sendiri pada tahun 2006. Saya dan Datuk Zainal, Pengarah UPEN turut hadhir.

OECD telah mencadangkan 32 petunjuk/indikator yang sesuai digunapakai untuk mengukur tahap kemajuan sesebuah negeri/Negara. Petunjuk ini merangkumi aspek ekonomi & infrastruktur, manusia, rakyat dan alam sekitar.

Bagi memendekkan cerita, OECD telah memberi kenyataan rasmi kepada kerajaan negeri Melaka tahun ini dan rakyat negeri Melaka bolehlah berbangga bahawa negeri yang menjadi tempat tinggal mereka sudah diperakui statusnya sebagai negeri maju berlandaskan piawaian antarabangsa.

Oleh itu, datanglah beramai-ramai ke Stadium Hang Jebat pada hari Rabu, 20 Oktober 2010 pada pukul 8.10 malam.

Majlis pengisytiharan ini tidak terhad kepada orang Melaka sahaja. Sesiapa pun dijemput untuk turut hadir.

Sekian, terima kasih.

9 thoughts on “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan di Melaka Maju 2010

  1. Sebagai rakyat Melaka saya rasa teruja dan berbangga dengan kejayaan yanag telah dicapai oleh Melaka dibawah kepimpinan DAR. Saya juaga berbangga kini Melaka telah menjadi ikon serta kayu pengukur ynag diteladani oleh lain-lain negeri di Malaysia, dengan hanya berlandaskan ketegasan pemerintahan dan sumber pendapatan terhad daripada industri pelancongan dan perkilangan. Syabas kepada Ketua Menteri Melaka dan rakyat Melaka yang telah menjadikan segala usaha satu realiti.

    Like

  2. Tahniah buat negeri Melaka. Semenjak saya luangkan sedikit masa di negeri tersebut semasa Hari Raya lalu, saya tak putus2 memuji kemajuan dan pencapaian negeri tersebut kepada kawan2. Pengiktirafan ini patut menjadikan MB dan KM lain berusaha keras dan tidak cuma sibuk berpolitik sahaja. Tahniah sekali lagi.

    Like

  3. syabas kepada datuk seri mohd ali rustam yang berjaya membawa negeri melaka lebih jauh ke hadapan, malah lebih daripada jangkaan nasional.

    syabas juga kepada kakitangan awam dan rakyat melaka yang sama-sama membantu menggerakkan wawasan ini.

    semoga melaka terus maju!

    Like

  4. Walau pun teman bukan orang Melaka,teman turut berbangga bahawa sebuah negeri yg tak punya apa2 hasil bumi atau lain2 kekayaan asli berjaya dan kini setanding dgn Australia dan Poland. Melaka kini di iktiraf oleh OECD sebagai telah mencapai tahap sebuah negara maju didunia.
    Teman percaya kejayaan ini dicapai hasil penat lelah,dedikasi dan visi pemimpin dan para pentadbirnya. Teman yakin Melaka kuat kerana Kerajaan BN di bawah pimpinan KMnya adalah sebuah organisasi yg kuat jua.I wish the same could happen to my beloved state of Perak.Tahniah Ali Rustam! Tahniah orang Melaka semuanya!

    Like

  5. Kalau dapat CM macam Ali Rustam ni, aku tak kisah pun parti mana dia datang. Melaka makin membangun dari segi teknologi dan tinggalan sejarah terpelihara rapi. A++ untuk CM dan anak buahnya.

    Like

  6. Yay Melaka! Tahniah!

    Bekas Pengetua sekolah menengah saya (don’t know if he’s still alive. It was so long ago…) dulu pernah memuji bahawa dari semua negeri yang dia pernah lawati dia mendapati bahawa di negeri Melaka rumah dan halaman rumahnya sentiasa bersih dan cantik. I find that to be true also. Rumahnya (rumah tradisional) banyak yang cantik dengan laman rumah yang kemas.

    Keep up the good work!

    Like

  7. tahniah Melaka! inilah hasil pemimpin yang kuat bekerja dan kurang bercakap. bukan seperti tok guru di sebuah negeri, asyik berpolitik cari salah dan maki hamun orang lain, akhirnya negeri sendiri ketinggalan. sudahlah ekonomi mundur, masalah sosial pula parah. kes haruan makan anak banyak berlaku di negeri tok guru. serambi mekah konon! ptui tok guru!

    Like

  8. Congrats Melaka for a recognition well deserved.

    Walaubagaimanapun, penambahbaikan perlu untuk memajukan pula rakyat negeri Melaka.
    – Longkang2 diMelaka tidak dikorek oleh MPHTJ dan MBMB menyebabkan nyamuk membiak.
    – Pemandu2 diMelaka yang memandu tidak mengikut peraturan dan byk meletakkan kenderaan di tempat org cacat.
    – Signboard2 yang tidak sekata dan ejaan yg salah.
    – Kemasukkan pengendali2 kapal terbang utk merancakkan lagi kemasukkan pelancung.
    – perbanyakkan restoran masakan melayu, portugis, belanda etc. dimelaka. Yg byk ada sekarang ini hanya restoran menghidangkan makanan mamak, cina, siam, padang dan makanan segera.
    – perbanyakkan produk perlancongan berteraskan bangsa melayu.
    etc.

    TQ

    Like

  9. syabas melaka!!!

    >tahniah kpd rakyat melaka dan pemimpin nya yg berwibawa.
    >namun ingat kejayaan yg dikecapi harus lah di manfaatkn dgn sepenuhnya.
    >kpd rakyat melaka:pastikan bukan negeri kita sahaja ygcapai kemajuan, malah diri kita juga terus maju.
    >walau apa pun tahniah melaka…..

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s