Anwar Ibrahim / Pakatan Rakyat

Mereka yang telah meninggalkan Anwar Ibrahim

Saudara saudari sekalian,

Berikut adalah nama-nama mereka yang menjadi teman rapat dan hulubalang Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim. Bukan calang-calang orang. Mereka ini mempunyai kekuatan tersendiri.

1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)

2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong)

3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR)

4. Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim)

5. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)

6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)

7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim)

8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela Anwar, AJK Parti KeAdilan Nasional)

9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR)

10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)

11. Jeffrey Kitingan (Naib Presiden PKR)

12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)

13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan)

14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau)

15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas)

16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang)

17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)

18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)

19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)

20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)

21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)

22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)

23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)

24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)

25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)

26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)

27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)

28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)

29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)

30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)

31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)

32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)

33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)

34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)

35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)

36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)

37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)

38 . Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR) – Updated

Saya ingin bertanya kepada saudara saudari sekalian,

Jika mereka yang di atas, yang pernah menjadi orang kuat dan panglima terkanan Anwar Ibrahim sudah meninggalkan parti PKR dan Pakatan Rakyat, mengapa saudara saudari sekalian yang saya rasa tidak pernah mengenali Anwar secara dekat, yang hanya pernah melihat beliau dari jauh atau hanya dalam televisyen, atau mungkin pernah berjabat tangan hanya sekali dua dengan beliau, masih mahu menyokong Anwar?

Adakah anda semua pemimpin atau ahli-ahli politik bahagian PKR? Adakah saudara saudari pernah makan tengahari dengan Anwar? Saudara saudari pernah berceloteh, bergurau senda dengan beliau? Saudara saudari kenal beliau secara dekat sudah bertahun tahun? Saudara saudari sering berhubung melalui telefon dengan beliau?

Saudara saudari begitu rapat dengan Anwar Ibrahim hingga boleh dengan senang keluar masuk banglo mewah milik Anwar?

Tidak pernah kan?

Jadi mengapa saudara saudari masih ingin menyokong Anwar Ibrahim tatkala mereka di atas yang begitu rapat sekali dengan beliau sudah meninggalkan beliau atas dasar hilang kepercayaan?

Apakah bendanya yang membuat saudara saudari begitu HADAP sekali dengan Anwar Ibrahim hinggakan saudara saudari sekalian masih mempercayai beliau walaupun mereka yang begitu kasihkan Anwar suatu waktu dahulu sudah meninggalkan beliau?

Ilmu apa yang anda semua pakai?

Sila beritahu kami semua.

Terima kasih.

95 thoughts on “Mereka yang telah meninggalkan Anwar Ibrahim

  1. the answer is simple
    “we hate so much of UMNO and BN , so let’s get back to UMNO and BN by worshipping Anwar, eventhough is gonna killed our people and principle”

    JMD : Now that is certainly not a very good reason 🙂 Why throw away common sense? These people really is surprising.

    Like

  2. Kenapa?

    Kerana saya nak jadi panglima dan hulubalang DSAI. Banyak jawatan-jawatan yang kosong tu!!!! (Nak dibayar gaji saja, tang kerja sebetulnya, pandai-pandaila saya cari alasan nanti.. hehehehehe.. boleh ker?)

    Tapi saya tak mau lah jawatan pengiring DSAI, bancuh kopi ke dan seumpamanya. Tang ni doa saya mengiringi Sdr Saiful.

    Like

  3. Never supported Al-juburi although know him quite well. To me, he’s a trouble-maker. No worries. Many more will desert him. It will be a serialised defection..

    JMD : Not one of the people that still support Anwar Ibrahim here knows him directly. That is why, they cannot give a simple answer to the question – Since some of those who knows him well has deserted him, why are you still support him? If just based on ‘I support him because I hate BN’, then there is indeed no pull factor about Anwar Ibrahim. It’s just a push factor from BN.

    Need to remember also, not only 38 people had left PKR, but hundreds and maybe thousands of their followers had left Anwar Ibrahim. Thank you.

    Like

  4. Satu lagi nama … Bekas Timbalan President Datuk Saidatul Badru Tun Said Keruak serta suami dia. Salah seorang pengasas dan rakan karib keluarga DSAI yang yang memberi nafas mengatur jalan bagi PKR masuk Sabah..

    Apakah yang mendorong mereka ini bermati-matian berjuang untuk ANWAR? REFORMASI atau membalas BUDI? Apakah budi yang telah terikat mereka sedemikian rupa?

    Tudia… WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE?

    Like

  5. Awat dangkal sangat hujah… yg belah tu kaki bodek anwar, bodek tak dapat, merajuk. Tak semua yg sokong PR sebab Anwar pun.. kalau yg tulis blog ni berpemikiran macam tu alangkah sedihnya..

    Like

    • Dr. Chandra pon bodek ke?? Nalla Karupan yang masuk penjara pon bodek ke? Ezam 2 tahun masuk penjara dan ISA kerana dia pon bodek ke?? ini mesti something wrong somewhere…

      Like

  6. kerana saya seorang oportunis sama seperti anwar. bila ramai dah keluar, jawatan kosong tentu banyak. inilah caranya saya dapat naik pangkat macam mi segera maggi. kalau saya tak ambil peluang ni, bila lagi?

    Like

  7. kalau panglima dan juak2 kanan anwar dah tinggalkan pkr,bila pulak lagi penyokong2 kucing kurap pkr ni nak keluar….apa lagi,blah lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

    Like

  8. Bro

    When UMNO split, a hell of a lot more than 37 of Dr.M’s closest top allies (Ku Li, Rais Yatim, Abdullah Badawi etc.) left to form Semangat 47. Should many then have come to the conclusion that Dr.M was a worthless leader?

    And if you look at the list of 37, it includes those who deserted when investigated by MACC including 2 frogs in Perak. Some tried their old tricks with $2 companies and when exposed attacked the Penang CM as dictator and communist while other fair-weather “friends” could not hack it in the rough and tumble world of politics and went running back to UMNO/BN!!

    Honestry, Nallakaruppan who turned on his friend, can you believe a word he says?

    It’s better PKR cleans out its cupboard now and even if they don’t form the Govt come 2103 it does not matter. I would humbly suggest the old UMNO/BN knows best kind of politics is dead.

    What we need is strong and credible opposition, so there is some transparency and accountability when jet engines go missing, RM77 million is blown, submarines and jet planes are bought and RM1 billion “commissions” are paid, immigrations records are wiped out without a trace, judges rule no motive is required for murder, Ministers are implicated in $4.2 billion financial fiasco scandals and fraud etc., etc., etc.

    To many DSAI, PKR and Pakatan represent hope and a change for the better. How they evolve from setbacks and challenges will determine whether they have a future or not. After all, steel gets better when forged in fire!!

    dpp
    we are all of 1 race. the Human Race

    Like

    • Itu I kesian tengok orang orang macam you..

      Kalau you benar2 kenal DSAI, sendiri akan sedar you are merely his DONKEY … repeat… his DONKEY…

      You tau apa itu DONKEY?

      Like

    • 1. When UMNO split, have you heard Dr M said “parti UMNO kini sudah bersih?” and those quit have create “semangat 98?”
      2. 2 frogs in PERAK. Why is it you called them frogs? and at your own convenience? I know (from your definition)a frog can also been seen running around for hulu selangor parliamentary seat… mmm..
      3. Nallakarupan? mmm.. should i mention that frog in hulu selangor and another frog from MCA? list is endless… btw these frogs does not built up PKR and yet given special treatment… small napoleon, eh?
      4. I agree we need strong opposition to ensure some of the worst scandal be discovered, but using DSAI? using PKR, using Nik Aziz? i think your brain has become like steel in fire.. forged!!

      Like

    • donplaypuks,

      UMNO split 1987 is totally a different story altogether and it doesn’t affect Malays status quo. Since the, Semangat 46 has long gone dead. Those who left are now back with UMNO.

      What DSAI is doing is the worst of the worst, kaki liwat, working with Israel, getting funds from USA, bad mouthing own country for own interest, chameleon speeches to suit different communities, etc. If he’s a real Islam, pergilah bersumpah di masjid pertahankan mertabat diri. But knowing DSAI, he will never admits his wrong doings.

      For his ignorant followers, its time to open up your eyes. Stick with proven BN but at the same time, voice out & highlight their shortcomings. Work from within for the good of the country. There’s a saying ‘It is always better to work with the devil you know than the devil you don’t’.

      Like

    • dpp

      To you, Nalla can’t be trusted. But anwar – the previously jailed ex-convict for power abuse, corruption and sodomy – CAN be trusted?? He was found guilty even with the defence of 9 high-profile lawyers.

      Please note he is once again charged for sodomy. What about Chandra Muzaffar, who predicted “hell” if ever anwar becomes prime minister. Can we trust Chandra?

      Najib has, in just one year, overshadowed anwar both domestically as well as internationally.

      Quote: “steel gets better when forged in fire”

      and ice melts away and evaporates into oblivion … hehe

      Like

  9. Biasalah, bila dah marah sangat buat keputusan macam orang hilang akal. Bila dah reda mulalah berfikir secara waras.

    Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Tapi terbalik bila dengan Anwar. Dah kenal, lariiiiiiiiiii…

    Like

  10. Kat tempat aku yang aku nampak ramai yang kecewa sebab tak dapat pegang jawatan. Ada yang cemburu sebab orang lain dapat projek terakhir sedangkan dia sendiri dah puluh banyak projek sebelum tu.

    Yang pompuan tu pulak aku tengok cam menyampah jer kat wanita UMNO sebab baik ngan Datin-datin. Dia orang pun nak merasa gak.

    Aku? hehehe… dah banyak kali tolak pencalunan kat cawangan. tak kuasa aku. bergerak sorang lagi bagus. tak de kem-kem. MP ke Adun ke kalau aku nak sesah aku sesah je. Dia orang nak denga cakap aku terpulang. tak denga aku terus gak sesah.

    Nak berpatah arang berkerat rotan dengan UMNO tak sekali. Pengakhiran aku dalam politik bila UMNO berkubur atau aku dikuburkan.

    Like

  11. Persoalan yang bijak tu bro. Agaknya macam Sdr Antujambu ckplah kot. Maklumlah diakan ex-Menteri Kewangan dan sekarang ni jadi Penasihat Kewangan di negeri yang terkaya di Malaysia. Dah tentu cable banyak..projek lebat. Tak yah cite banyak, bukak mata luas-luas dan akuilah kebenaran walaupun ianya pahit..melainkan mereka-mereka yg mengaku nak ‘Selamatkan Malaysia’ ni benar-benar dungu, tolol dan bacul.

    p/s: agaknya pasal nak sambung program bagi air free tu yang kerajaan negeri terpaksa bawak calon yang ada kuda lumba untuk bantu selamatkan ekonomi Selangor. Maklum sekali menang race dapat 450K katakan!

    Like

  12. Kepercayaan penuh terhadap Tun Dr Mahathir yang mempengaruh pendapat saya bahawa anwar adalah banduan salah guna kuasa, rasuah dan liwat.

    Yang menyokong anwar pun tahu siapa dia sebenar, namun mereka memperalatkan anwar untuk tujuan merebahkan kerajaan pimpinan Melayu.

    Pernah terdengar orang berkata, “We don’t care what kind of person he is, he can bring about a change of government, to bring down UMNO and BN.”

    Like

  13. JMD,
    It’s good that Anwar can really seperate the men from the boys!Too bad ,those who left did’nt have the conviction or the staying power of “tongkat ali”.
    Thats politics !Look at good old TR ,no mater what ,the temptation, etc he still loves UMNO.That is the obedient moral strength he has and thats is character those boys needs to learn from him!Anwar is lucky he did’nt have to tolerate those scumbags for sure!

    Like

    • kenapa John Kontoversi cakap begitu? sebab dia tak dapat menerima hakikat kebenaran siapa sebenarnya Anwar dan membutakan hati untuk menggunakan fikiran yang waras.
      Dia rasa puas begitu dengan angan2 sendiri
      kebencian membuak di dada
      Sesungguhnya hati nya tak pernah tenteram dan menderita kerana kebenciannya itu.

      Persoalannya siapakah yang bertanggung jawab terhadap deritanya John Kontoversi?

      Like

  14. Bila ada jer kes pemimpin mereka melompat atau tinggalkan PKR, maka penyokong2 tegar PAS/PKR akan cepat2 mainkan rekod lama mereka – bahawa semua yg melompat tu telah ‘dibeli’ oleh UMNO!! Angka yg disebutkan juga hebat iaitu UMNO bayar kurang2 RM50juta -RM10 juta seorang mengikut kedudukan dlm parti. Ok,katakan tuduhan itu betul yg UMNO memang bayar kurang2 RM10 juta setiap orang,maka jumlah yg telah dibayar setakat ini mengikut senarai JMD diatas ialah RM370 juta! Wah banyak tu! Kita pun tahu bahawa PKR ada mata dan telinga dimana-mana jua, so tak mungkin transaksi wang sebegini banyak dan kekerapannya tak dapat dihidu mereka utk didedahkan? Cuba cerita camna nak sorok cash RM10 juta tu? (Dulu masa ada wang kertas RM1000 & RM500 senangla sikit). Kiranya ini amalan UMNO maknanya dia kena standby sejumlah wang yg banyak kerana kabarnya ramai lagi yg akan merlompat keluar dpd PKR…Oh ya, bagaimana pula nasib ahli2 biasa yg keluar ramai2 dpd PKR tu? mereka pun dapat RM10 juta ka?

    Like

  15. Senang jer..kerana diiktiraf orang kuat DSAi bermakna “betting’ untuk mendapatkan lompatan katak dari mereka sangat tinggi.

    Apabila dan cecah RM juta, nafsu dah tak boleh ditolak lagi. Tengok ah si Ezam tuh, rumahnya berapa besar, keretanya apa brand.

    Like

  16. Sayang sekali masih ramai rakyat malaysia terutama kaum melayu yg terhegeh-hegeh memperjuangkan Anwar Ibrahim Al-Juburi (ni mat sabu yg kata ya)..

    Dah terang lagi bersuluh tapi setengah dari rakyat Malaysia masih buta mata & hati untuk menyokong Al-Juburi.

    Like

  17. Bhai…

    Ko letak nama Mr Bean kat atas sekali pada nombor satu tue yang buat gua tergelak besar la…

    Mr Bean tue memang jenis tak boleh pakai punya.. no spine… takder tulang belakang… hahaha…

    Gua boleh jawab soalan lu tue.. tapi sure lu takkan publish punya… hahahaha..

    Like

  18. how about rocky? It is reported that he might be screwing outside his marriage. Dosa tak dosa? Hipokrit atau bukan hipokrit?

    JMD : What’s Rocky got to do with Anwar Ibrahim? Is Rocky a politician? Is he an Opposition leader?

    Like

  19. Wajarkah Jamaluddin Radzi (ADUN Behrang) anda masukkan dalam golongan bukan calang-calang orang? Nasib baik saya tidak berapa kenal semua orang dalam list anda, kalau tidak mungkin 1/3 darinya boleh dikeluarkan dari list ‘special’ anda 🙂 Renung-renungkan!

    JMD : Bukan senang hendak jadi ADUN. Bolehkah anda jadi calon dan menang pilihanraya? Hanya mereka yang dekat dengan kepimpinan PKR sahaja yang layak jadi calon dan bukan calang calang orang boleh menang menjadi wakil rakyat.

    Like

    • Do you think in 2008 election people made their decision based on candidates? It was because BN is really corrupted, people were sick of them so they had no other choice rather than voting for the alternative. PKR was really desperate and choosing an ex-postman, Jamaluddin Radzi illustrates their desperate move. In all, it is not difficult to be chosen as a candidate and to win in an election. First, you have to kiss somebody’s ass and then splurged the taxpayers’ money in an election. Money is everything in a corrupted government 🙂

      JMD : In retrospect, yes, it is easy to be a candidate. If you have rm5,000 you can become an independent candidate. But winning it is another matter. Jamaluddin Radzi will not win an election if PR machinery in that constituency did not support him 100%. I called him bukan calang calang orang because he was an Adun. It was as simple as that.

      But why are you criticising the list just because Jamaluddin’s name was there? Are you saying also that Zulkifli Noordin and the rest of 36 people are not ‘calang-calang’ orang? Thank you.

      Like

    • haha…ni lagi satu lawak…korg x nampak ke JMD punya putar mcamana?

      Org YG BODOH pun tahu apa maksud Farina yg sebenarnya…hahaha

      JMD : Apa yang tidak betul dengan perkataan ‘calang-calang’ orang? Ya memang betul YB Jamaluddin terlibat di dalam penyiasatan rasuah. Tetapi mengikut konteks yang saya utarakan, YB tersebut adalah orang besar di dalam PKR hinggakan beliau boleh menjadi wakil rakyat. Masalahnya sekarang ialah saudara tidak dapat menerima kenyataan dan tidak dapat jawaban mengapa Zulkifli Noordin yang pernah menjadi hero PKR sudah tidak mempercayai Anwar lagi. Mesti ada sesuatu yang tidak kena. Mengapa juga naib naib presiden PKR juga keluar parti? Adakah saudara lihat perkara yang sama terjadi kepada Najib? Adakah orang orang besar Umno meninggalkan Najib? Hmmm… pelik bukan? Bukankah Anwar itu idola agung yang tiada cacat cela. Mana mungkin ada orang kanan beliau tidak puas hati dengan kepimpinan beliau. Terima kasih.

      Like

  20. Salah satu faktor mereka enggan untuk menilai hujah-hujah ini dengan adil ialah kerana faktor “EGO”. Sudah berapa lama mereka sokong? Sudah berapa RATUS kali bertekak lidah mempertahankan? Mereka telah meletak harga diri sendiri (self-esteem) di atas “kebenaran kata-kata mereka”.

    Jadi, mereka tak dapat untuk mengalah walaupun dalam hati memang menyuruh buat begitu. Mereka rasa “malu” kalau mengaku banyak dari sangkaan mereka adalah salah. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa berterusan… demi ego yang berkata “Mengaku salah bermakna mengaku telah diperdayakan selama ini”.

    JMD : Terima kasih Mat Cendana. Satu pemerhatian yang baik.

    Like

  21. Ini tanda MALAYSIA kaya,kerajaan banyak duit,boleh jualbeli manusia dgn senang lenang,apa salahnya mereka pergi kalo duit dah dapat,boleh buatlah apo yg disuka ,macam ni pon susah nak paham ke.

    Like

  22. Senarai tu kalau tunjuk pada PAS – depa kata senarai yang nak masuk neraka.

    Kalau tunjuk pada PKR – depa kata itu puak pengkhianat, nasib baik depa keluar awal2 – parti semakin bersih.

    Tunjuk pada UMNO – depa kata semua sudah dibayar, tidak ada lagi tunggakan.

    Tanya pada depa sendiri – Kami telah insaf, PKR telah menyimpang perjuangan asal, Anwar hanya mahu jadi PM – kami sekarang hanya nak berbakti pada rakyat.

    Akhirnya – tanyalah pada diri sendiri.

    Like

  23. farina @ 10:39 am:

    Jamaludin Radzi bukanlah calang2 orang. dia adalah calon MB Perak dari PKR (dan Nizar dari PAS).

    Tuanku Sultan Azlan, in his wisdom, picked Nizar despite Jamaludin being the favourite of PKR (and DAP).

    Do remember that DAP vehemently opposed Sultan Azlan’s choice of Nizar as MB – to the extent of gertak nak boikot majlis angkat sumpah!

    and now Jamaludin defected to BEBAS (kena beli? hmmmm) and DAP bermati-matian mempertahankan Nizar as the rightful MB.

    owh..the irony! 😀

    Like

  24. Rasulullah semasa menyebarkan agama Islam ditentang kuat oleh bapa saudara sendiri iaitu Abu Lahab dan Abu Jahal. Sedangkan mereka berdua adalah bapa saudara yang meraikan kelahiran Nabi dengan meriahnya.
    Atas alasan apa mereka berubah? Kerana kedudukan dan pangkat mereka akan terkesan dengan penyebaran Islam.

    Anda ada akal, mata dan hati untuk berfikir kenapa dan mengapa.

    Fikir-fikirkan dan selamat beramal….

    Like

  25. dear sirs,

    i can just just you a very simple answer to this ” We Just Want Change”. After 52 years what have we achieve???????

    JMD : Well then, you’re probably one of those people who had never spent time with Anwar. Bottomline, you don’t know Anwar that well. That is why you are still ‘supporting’ him. Your answer is not even credible. You ‘support’ Anwar just because you want change. So, after a change is done, Anwar is PM, do you think things will be better? I doubt it. Because you don’t know him. That is why those who knew him for ages are leaving him. Wanting a change is good IF the change you intended is a good change. If it is a bad change, you will curse the choice you make for ‘supporting’ Anwar.

    Yes, after 52 years, what have we achieved? Please clear your mind and think about all the things we have achieved. And juxtapose it with YOUR IDEA on what this country was supposed to achieve if it wasn’t BN as government. First class country? Utopia? Who would have led Malaysia to fulfill this dream of yours?

    You should know things may get worse. You cannot change reality. What we have now is way better than other countries that performed worse than us. This is what we called being grateful. Grateful for the food you ate, grateful for the roof on your head. Grateful we are not a war torn country. Grateful that daily bombings did not wake us up from our sleep.

    Yes, we could have performed better. But that shouldn’t be the reason for you to spat on this government and begin to support Anwar. Since you don’t see him as having any good leadership qualities (hence no answer is given on WHY PEOPLE REALLY FOLLOW THIS MAN AS AN INDIVIDUAL), why would you want to replace the government with somebody whom even his close allies and buddies won’t even follow?

    Thank you.

    Like

    • Had your grandparents decided to remain intact as good contributing loyal citizens of PRC and not flee from their mainland, today you may probably be busy from dawn to dusk, tending at the community vegetable plots picking cabbages and making pickles out of it to see you through winter!!

      Phewwwwww, that’s how far your family have progressed since the last 52years being on this land!

      You may not even know Who or what is Jebat…

      Like

    • For me, ‘change’ are too risky.
      I prefer ‘fix or prevent’.

      We don’t need change the government. But, we just need to fix it, prevent and protect them from all the bad surroundings, if the government still in good conditions.

      Too much change? Tsk..tsk..tsk. Malaysia will become like Thailand. Waste.

      Anwar wants change? Over my dead body!

      Like

      • I agree on this.

        We need to fix the government and purge all non-performer out …

        As a citizen, we hope for check and balance but to do that we need not only GOOD opposition but also good NGOs …

        Opposition nowadays are more into toppling the government … instead of providing feedback from the ‘rakyat’

        criticizes everything under the sun …
        did not acknowledging excellent work done by other ppl except their own ….
        ‘nepotism’ & ‘kroni’ … hahaha i am so intrigued why the opposition supporter cannot see Lim ‘Dynasty’ and Singh ‘Dynasty’ drama unfold … wait, Nik ‘Dynasty’ also have …

        Nauzibillah .. hopefully we wont be dragged into disaster like thailand

        bleached_4ever

        Like

  26. hehe bingai bingai PKR, tinggalkan UMNO dulu kerana Anwar, bukan sebab perjuangan parti tu sendiri.

    Tapi bayangkanlah 10-20 tahun bersama Anwar bersusah payah, tup tup tak dapat 1 kontrak terus keluar parti? Bangang bangang je alasan bodoh bodoh dari PKR ni. Don’t insult my intelligence you moron.

    Like

  27. Actually many old hardcore opposition need Anwar la bro. They need a Melayu that can say almost any dirty words against another Melayu. Who else can do that better than Anwar? They all know what Anwar want rite? To become a PM. Once Anwar get it, they (scumbags) can position themselves in those ministerial position that they have been dreaming on since. Look what happened to Nizar? That’s exactly what they want Anwar to be.

    Like

  28. JMD,

    sy rasa buruk2 mereka pun ada baik-nyaa, mereka2 niela yg tumbangkan kerajaan Badawi….

    pkr vs Badawi = pkr wins
    pkr vs Najib = Malaysia wins

    org tersesat… wajar kembali ke pangkal jalan…
    =))

    Like

        • Apa faktor kejatuhan Badawi??

          He is own follies
          …tak mahu dengar suara rakyat
          yang sebelum ini memberi dia kemenangan yg besar dlm sejarah pilihanraya.
          …tak mahu menerima pandangan org lain, melebihkan anak menantu.
          …terlalu angkuh dgn kemenangan besar.

          Di kala itu siapa sahaja yag menentang dollah badawi akan di sokong.

          Tidak pernah dlm sejarah politik Malaysia..bila duduk satu meja, jika ada sepuloh org..maka sepuloh org tu akan ada benda yg nak dikatakan tentang badawi…jdi bahan jenaka.

          Tiada pernah dlm sejarah politik Malaysia..bila duduk satu meja, jika ada sepuloh org..maka sepuloh org akan menolak Perdana Menteri itu!!

          Ini baru betul di katakan suara rakyat.
          Suara pengundi….
          dimana setelah 12 kali pilihanraya, undi rosak mencecah satu rekod baru.
          Setelah 12 kali pilihanraya dgn pengundi yg makin bijak..apakah susah sangat dgn satu tanda “X”.
          Jumlah undi rosak tersebut mampu nullified kekalahan majoriti kemenangan di Empat Negeri.

          So..was it really those guys??…Duhhhhh!!!
          Mereka hanya menangguk di air keruh jer.

          Like

        • Its easy emma49

          the push factor was Tun Mahathir!!! the greatest statesman of all time..

          and I will make sure that my sons and their sons will remember this historical contributions by a great man.

          Like

  29. Orang yang berfikiran waras telah kembali ke BN, yang tinggal hanyalah puak-puak tegar yang menyokong membuta tuli, berkepentingan dan taksub ataupun bodoh. Saya percaya jika Harun Din atau Taib Azimudin mengiyakan skandal liwat Anwar maka hancurlah pakatan rakyat…

    Like

  30. Jebat, we dont know anwar???

    and u know najib and rosmah very well? hahahhaha

    ignorant fool

    JMD : I tell you what, you are welcome to come here again with the similar comment once Umno’s Timbalan Presiden, Naib Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Penerangan, Najib’s secretaries, several MPs, several ADUNs, and other people with similar positions to the list I gave above leave UMNO and Najib.

    Only then you can laugh about the matter.

    Thank you.

    Like

  31. PKR MUST DIE. It wasn’t meant to exist at all if not for the anguish and greed of a man who lost his balance. His untimely departure from Umno sparks a bitter tit for tat reaction against members of the ruling party and the BN government. A few years in jail taught him nothing. He came out with hatred and revenge was his main agenda. He was quite successful, result from the 12th. general election was a record braking achievement by the opposition.

    But all good things must come to an end. UMNO is no ordinary party for anyone to pick a fight with. Anwar bit more than he could chew. Umno made him look small and supporters began to think and feel that they were taken for a ride at their own expenses. The ‘rakyat’ finally awakens and realized that Anwar’s cause was of personal nature. They were used. The promised land is truly with Barisan Nasional.

    Hence, PKR MUST DIE.

    Like

  32. JMD,
    Permisi to discuss FERN’s response “JMD,
    It’s good that Anwar can really seperate the men from the boys!Too bad ,those who left did’nt have the conviction or the staying power of “tongkat ali”.
    Thats politics !Look at good old TR ,no mater what ,the temptation, etc he still loves UMNO.That is the obedient moral strength he has and thats is character those boys needs to learn from him!Anwar is lucky he did’nt have to tolerate those scumbags for sure!”

    ….. My response to FERN is very simple:

    FERN, Saiful is a boy and Munawar Aneez a man. I don’t think Anwar appreciates you telling the world that he can separate the men from the boys.

    Like

  33. JMD,
    That list of yours – I think you need to create a special page just to accommodate the ever growing number of those who will abandon PKR soon.The list is definitely growing day by day.
    Salam

    Like

  34. simple answer peep .. ANU _ WAR is GAY GAY GAY GAY GAY
    and these people don’t wan to get stab in the back IF you WHAT I MEAN……

    Like

  35. So far previous MB when ask him to help us settle “pembangunan terbengkalai” abadon projects which he approved and we suffered due to delays for many2 years.. he said that is not my problems.. settle your self.. but current MB PKR.. can deliver.. now my house almost completed eventhou current pemerintah Selangor dont have money but they help us to resolve it in win-win situation.. go and ask people in Hulu Selangor, Shah Alam etc.. then you know why we need opposite party.. to remind current Pemerintah Negara that Pemerintah Negeri boleh deliver.. if BN can put aside money matter.. then you can come back to Selangor.. Yep may be Najid is good but those under him is not good… 2 years we can judge after giving BN many-many years….

    Like

  36. Dear JMD,

    Yes, they are leaving in droves.

    Dr Halili Rahmat’s departure must be the most hurful to DSAI.

    DAP and PAS will continue to “support” him despite this abandon ship. They have no choice.

    Tok Hadi, Tok Nik, LKS and Karpal will continue to shore him up. These were people who at one time or another had condemned and opposed him so it is easy to conclude what kind of a coalition the PR is.

    There is no one acceptable to the majority of Malaysians in PAS or DAP to lead the country.

    Now with DSAI’s PKR leadership very much in question, the PR credibility is in question as well.

    For many of us those questions were answered a long, long time ago.

    PKR supporters are slow in learning.

    Regards
    Freddie

    Like

  37. Thought I share this here. Was listening to Bernama radio last evening, an interview with Deputy Chairman of SPR.

    Most callers were emotional, one even asking the DC to resign and there were talks about Ghost voters.

    Finally there was one disgruntled caller who said, “Bila menang, semua duduk diam. Bila kalah, Undi hantulah, undi setanlah. Apa kena dengan dia orang ni?” LOL!

    Like

  38. Many deserted Anwar, but many more are embracing him.
    At the very least, his wife and family stood by him, no matter what the circumstances.
    I would imagine, the ridicule they would have sustained, by their colleagues and students at school.
    May God have mercy on their souls.

    Like

    • tempawan

      Karpal ever asked anwar to ‘taubat’ and today he is defending him – that is politics.

      For their souls to be given God’s mercy, my personal opinion is for them all to FACE the truth no matter how much it hurts or how shameful it is.

      This is the premise for their descendants’ souls to be blessed in the long term, it’s a kind of cleansing.

      Like

      • I dunno RAY. But what if your personal opinion is wrong?
        And what if Anwar turned gay whilst serving his previous sentence. that would make those who conspired against him equally guilty, no?
        But i have seen anwar in action whilst in BN, and my personal opinion of him is that he is a bad leader and administrator.
        And I think many voted opposition in 2008, is more due to the internet news and bloggers. I doubt if anwar was the prime reason for the result. Unfortunately, he thinks it is.

        Like

  39. Antara cara untuk mengenali seseorang itu sebagai political animal ialah dengan melihat orang-orang sekililingnya. Sekiranya banyak close ally pada kemudian hari menjadi worst foe, kita akan tau orang itu adalah political animal. Kalau kita lihat TDM, berapa ramai close ally beliau jadi foe? Hampir tiada. Kuli tu bukan foe, tapi compatitor. Yang saya tau cuma seorang aje close ally TDM yang menjadi worst foe. Tau, tau aje la korang siapa dia.

    Like

  40. selang beberapa hari tunM pecat anwar, dia pernah kata, untuk mereka mengenali anwar yang sebenar akan mengambil masa. tunM sendiri begitu percaya pada anwar sehinggalah sudah sampai satu tahap yang tunM dah memang CONFIRM tak boleh tolak kebenaran cerita cerita ‘pelik’ berkaitan anwar, barulah tunM mengambil tindakan memecatnya. tapi orang yang belum kenal anwar akan tempelak tindakan tunM.

    tetapi lama kelamaan, orang akan kenal siapa anwar yang sebenar. tetapi dari bilangan ni, mungkin segelintir sahaja yang akan meniinggalkannya, seperi senarai di atas, dan beberapa ahli peringkat bawahan.

    masalahnya sekarang ialah, bagi penyokong pembangkang, kenal anwar atau pon tidak bukanlah persoalannya, tetapi matlamat mereka ialah jatuhkan UMNO!

    tu sebab, sebahagian mereka yang tegar menyokong anwar macam nik aziz, karpal singh, etc, walau pon sokongan mereka kelihatan JANGGAL, tetapi kalau dah matlamat akhirnya semata mata nak jatuhkan UMNO, maka kata lah anwar tu memang sah peliwat pon, mereka tetap akan sokong.

    kamon la, sebahagian pemimpin pembangkang yang masih kekal menyokong anwar ni, mereka bukan bodoh. mereka bukan tak tahu siapa anwar ni. tapi mereka tetap sokong sebab matlamat politik melebihi segala galanya.

    tinggallah penyokong pembangkang peringkat akar umbi yang main ikut aje apa pemimpin mereka cakap.

    tapi toksah kata anwar la, kalau kj masuk pas pon dan nik aziz approve, saat tu jugak kj akan di sucikan dan dapat title haji. penyokong pembangkang akan main ikut aje. ini namanya .. balaci.

    Like

  41. Saudara JMD,

    Bila tak Duit, bini pun lari. Dulu Anwar ada jawatan (DPM). Lepas kena pecat terpaksa berjuang habis habisan dengan hadapan dapat mengekalkan kuasa, jawatan dan duit.

    Sokongan berterusan sehingga 16 Sept. Bila tak jadi menawan Putrajaya dan poket mula menipis, sokongan terhadap Anwar pun menipis. Mereka perlu cari bank baru iaitu BN Bin UMNO.

    Kita sokong perubahan, reformasi dan perjuangan Parti bukan Anwar, Kit Siang atau Tok Guru.

    Yang dah keluar PR atau PKR bukan yang Insaf tapi yang terhina.

    Like

  42. Dear Jebat.

    I think there would be more, if I read the situation correctly, many within PR and PKR are trying to figure out the direction that they are supposed to be heading for as it appears to be hazy.

    Many know Anwar and many are attracted to him merely by listening to his oratory skills and rhetorics. I remembered this well. Just as I remembered how many friends become supporters of Anwar and deride those who do not.

    One of them was most certainly vocal about it and when Anwar was disgraced, he was quick enough to scramble to the other side. Now he is an aide of a mentri besar and just a few years ago, he was a diehard Anwar supporter. Just like Anwar’s former press secretary whom I had come across busy going up and down the Procurement Division of the then Home Ministry. There are many such stories, even Azalina who had appointed Anwar’s former press sec to be her own when she was in the Cabinet…. It does make me wonder.

    As for Anwar, those who had the misfortune of incurring his wrath when he was DPM would remember what can happen to them, as did I. It was an occasion when I wrote what he had said and some how his press aides turn everything around and spun it against me. Well, I paid the price. I was in cold storage for many years and it was certainly most enlightening moment to see my former colleagues actually kowtowed to Anwar’s aides request that I am cold stored.

    But the most remarkable of all, and I still remembered this day, was the day when Anwar was sacked. I went to the house with fellow journalists (I was one then, no more now) and spoke to him… Imagine to my surprise when he asked why I never covered his assignment… The only reply I gave was why should I, when the order came out for me to be interred to cold storage.

    I walked off, and he nor PR will ever get my vote.

    Like

  43. what will be the basis of an ordinary citizens to know from right or wrong , bad or good decision , evil or angel of their leaders?
    I certainly don’t know najib and lots of other BN leaders.
    I certainly don’t know anwar and PKR leaders.

    So, the basis are:
    1. track record (12 years of PKR and 12 years of BN)
    2. vision/mission statement
    that’s all. i guess.

    So for no.1
    BN/UMNO vs PKR. only an ignorant idiot couldn’t see the difference.
    no.2
    Auwwww..come on, man… talk the TALK and walk the WALK.

    btw
    Anuar parti mana, ek? UMNO bukan, PKR bukan, DAP bukan, HINDRAF PUN BUKAN!!

    so only ignorant idiots will go for PKR. how do you talk to an ignorant idiot? you don’t talk. they just wither away.

    Like

  44. JMD,

    my family know DSAI dpd zaman kat U sampailah jadi DPM. U r rite, I hate that man becoz he blew it! He had his chance to make a difference he did not! Believe it, he is no better then our current PM & wife whom my family know also from their school days too. ALL of them have changed. Our family have concluded is because they got derailed by getting drunk on power and duniawi. Thank Allah my late who used to be advisor to both DSAI and the late father of PM is not around.

    What we really need is a PM who is not afraid to make the changes required for our country and our people. Someone who carries no bad political baggage of the past and yet be able to carry the tradition of our past which is nation building while keeping the peace and harmony of our coun try and integrate truly the values of our multi ethnic people.

    Where art thou?

    Keturunan Jebat

    Like

  45. Bro ………… apa nak hairan ….. berpuluh malah beratus
    ribu telah meninggalkan UMNO …… jum kita tinggalkan UMNO

    JMD : Ya, itu betul. Tapi persoalan di sini ialah, kawan-kawan rapat Anwar telah meninggalkan Anwar. Ini bukan orang orang asing yang cuma ahli ahli biasa. Kebanyakkan mereka yang disenaraikan di atas adalah teman teman rapat beliau yang sama sama bersusah payah dengan beliau dahulu. Jadi, mereka ini sudah meninggalkan Anwar, mengapa kamu ingin terus menyokongnya?

    Like

    • JMD, orang-orang macam ni, biar berbuihpun mulut bercakap, sampai kejang jari jemari kita mengetuk keyboard, they will still not get it.

      Like

  46. Sekali baca rasanya macam betul. Tapi 2-3 kali baca sambil meletakkan dalam konteks yang betul (konteks politik),
    artikel ni tiada nilai. Minta maaf cakap, macam sampah aje.

    Dari sudut penilaian orang ramai tentang seseorang individu (bagi menentukan seseorang itu bermasalah atau tidak) tidak boleh disamakan dengan sudut ‘political-games’ yang mereka mainkan.

    Dalam ‘political-games’, kena kena faham kawan boleh jadi lawan, lawan boleh jadi kawan. Jadi apa yang diketengahkan menunjukkan beliau seorang
    yang sempit pengetahuan dan pengalaman dalam politik.

    Kalau dia tanya kita, “adakah anda pernah duduk rumah Anwar, pernah makan tengahari, pernah berceloteh dan bergurau senda, kenal bertahun-tahun, etc”. Kita boleh kata, “Sayapun tak pernah duduk rumah Najib, makan tengahari dengan beliau, pernah berceloteh dan bergurau senda dengan beliau apatah lagi untuk
    kenal bertahun-tahun”. Mengapa saya mesti HADAP dengan Najib, dengan 1Malaysia, dll.

    Jadi layakkah orang ramai nak buat penilaian mengikut kriteria yang diberikan?

    JMD : Terima kasih. Amat bernas sekali saudara mengungkit nama Najib. Oleh itu mari kita buat persamaan antara Anwar dan Najib. Teman teman rapat Anwar yang disenaraikan di atas sudah meninggalkan beliau. Tidak perlu rasanya kita mengatakan ianya adalah permainan politik. Untuk apa contohnya Zulkifli Nordin keluar PKR untuk menjadi YB bebas sambil mengkritik Anwar? Bukannya beliau boleh dapat apa-apa jawatan dari BN. Zulkfli Noordin adalah antara orang yang paling rapat dengan Anwar. Sama sama menentang kerajaan dan sama sama bersusah payah dengan Anwar. Malah, Zulkifli lebih mengenali Anwar dari kamu mengenali Anwar.

    MAri kita lihat Najib pula. Kita senaraikan teman teman rapat Najib yang meninggalkan najib sejak beliau menjadi Perdana Menteri. Adakah Muhyiddin meninggalkan beliau sepertimana Chandra Muzaffar meninggalkan Anwar? Adakah naib naib presiden Umno sudah meninggalkan Najib. Tidak bukan?

    Ada sesuatu pada Anwar yang menyebabkan teman teman rapat beliau meninggalkannya. Oleh itu, mengapa kamu masih menyokong beliau?

    Suka diingat, saya tidak pun menyenaraikan orang orang besar yang meninggalkan DAP atau PAS. Jika tidak, senarai itu lebih panjang lagi. Saya cuma menyenaraikan ahli ahli PKR sahaja dulu kerana mereka ini rapat dengan Anwar. Jika bekas setiausaha dan ketua pemuda pun sudah meninggalkan beliau, ini sedikit sebanyak menimbulkan persoalan yang diutarakan di dalam artikel yang macam sampah ini. Fikir fikirkan lah. Terima kasih.

    Like

  47. salam…

    First allow me to use your list in my comments on other blogs.
    In respect to Chinese votes in Hulu Selangor, the chinese votes are swaying to the oposition is due to the fact that by voting PKR or PAS regardless of race is voting DAP into power, they believe that if the oposition wins its a victory for the chinese.
    It is the same with the Malays, (accept some fools)
    who believe that a vote for MCA or MIC is a vote for UMNO which is trusted to protect their constituitional rights, and i sincerely hope UMNO carries the entrusted task diligently.
    The Chinese with the economic power in hand, wolud surely love to have the ultimate political power to complete their total domination and this objective is achiveable with the support of many Malay fools with the Master Pied Piper blowpiping them to disaster.
    Therefore, with his god given oratory skills n charisma (which i dont deny) he is cleverly being used to garner the Malay support to ensure his march to Putrajaya, with DAP in close second.

    Lastly, i hope UMNO will change for the better,
    make an all out effort to clean up the party.
    Its only for the future of the Malays n UMNO.

    TQ.

    Like

  48. listkan pula Ahli2 BN yg dah sertai Anwar…baru adil…
    ops,jgn lupa untuk listkan seluruh ahli SNAP sekali…haha

    What a loser posting…

    Jawapan aku senang je, nak pilih siapa lagi? Najib? Haha…bodoh betul siapa yg sokong APCO…
    ops…sori,UMNO…

    Like

    • hello!!

      i think posting nie is for reflection… dalam bahasa jepun disebut “han-sei”…

      … “han-sei ” basicly maksud die spt dibawah….

      “Han” means to change, turn over, or turn upside down. “Sei” means to look back upon, review, and examine oneself. Hansei has three elements:

      1. The individual must recognize that there is a problem – a gap between expectations and achievement – and be open to negative feedback.

      2. The individual must voluntarily take personal responsibility and feel deep regret.

      3. The individual must commit to a specific course of action to improve.

      Harap “note” nie membantu…

      terima kasih…

      Like

  49. Pingback: Mereka yang telah meninggalkan Anwar Ibrahim | Kamaluddin's Blog (Portal Pak Din)

  50. Pingback: Mereka yang telah meninggalkan Anwar Ibrahim – Portal PakDin.my (arkib)

  51. Pingback: MEREKA YANG TELAH MENINGGALKAN ANWAR IBRAHIM | Portal PakDin.my (arkib)

  52. Pingback: Anwar Ibrahim – the most dangerous man in our country today | I am a Malaysian

Astound us with your intelligence!