Malay issues / Racism / Socio-economy

Timbalan Editor Sin Chew mempersenda Melayu

Kemaskini 8 Mac 2010 (6.45pm) : Blogger Hidup Tuah mendedahkan satu lagi artikel dari suratkhabar berbahasa cina yang berbaur hasutan.

7.10pm : Ibrahim Ali voiced his opinion about  MPM here. Readers can judge his views in that brief Q&A session.

Kemaskini 7 Mac 2010 (8.58pm) : Artikel “follow-up” yang agak menarik oleh blogger Din Turtle boleh dibaca di sini.

ARTIKEL ASAL:

Apabila Suqiu, Dong Zong atau Hindraf mempertahankan hak mereka, kita bagai tidak ambil peduli. Malah ada yang cetek pengetahuan bersetuju pula dengan kumpulan kumpulan rasis ini. Tidak apa jika segala tuntutan mereka berdasarkan kepada fakta fakta yang menyeleweng dan berbaur hasutan.

Hari ini blogger Darah Tuah menulis mengenai penulisan timbalan editor suratkhabar Sin Chew Jit Poh yang dianggap keterlaluan. Disamping mempunyai banyak contoh perumpamaan yang tidak tepat, timbalan editor tersebut sanggup mengecam kumpulan yang mewakili berjuta-juta ahli sebagai mengigau dan pendek akal.

SIN CHEW JIT POH MEMPERSENDA 76 NGO MELAYU MENGIGAU DAN BERKHAYAL BERAMAI-RAMAI

1. Pada 27 Februari lalu, 76 buah NGO Melayu telah berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur untuk bersatu/bergabung bagi mempertahankan hak-hak kaumnya yang semakin terhakis dan terancam.

2. Pada 2 Mac pula, Tay Ting Yan, Timbalan Editor SCJP, telah mengkritik dengan sinis usaha suci tersebut. Kritikannya bersandarkan fakta yang separa benar dan diputar-belitkan pula:

• Membandingkan kaum Melayu umpama orang kulit putih di Amerika dan kaum Han di China manakala orang Cina di negara ini pula umpama Red Indian di Amerika dan orang Tibet dan Uighur di China;

• Prakarsa 76 buah NGO Melayu itu adalah satu khayalan (Quixotic), umpama tindakan khayalan Don Quixote.

3. Fakta Tay adalah benar dari segi kedudukan bilangan majoriti / minoriti penduduk yang dibandingkan itu – Melayu / kulit putih / Han adalah golongan majoriti di negara masing-masing manakala kaum Cina / Red Indian / Tibet / Uighur adalah kumpulan minoriti di negara yang sama. SEMUA orang tahu hakikat ini.

4. Apa yang tidak benar ialah dari segi kedudukan ekonomi kaum / golongan yang dibandingkan itu. Kedudukan ekonomi kaum Melayu (majoriti) sama kedudukannya dengan ekonomi Red Indian / Tibet / Uighur (minoroti) iaitu berada di tahap yang lebih rendah dari orang Cina (minoriti) dan orang kulit putih / Han (majoriti). Hakikat ini juga diketahui oleh SEMUA orang.

5. Untuk berlaku adil dan tepat dari segi fakta, Tay sewajarnya membandingkan komposisi penduduk dan kedudukan ekonomi di Malaysia dengan negara-negara seperti Fiji dan Afrika Selatan, Uganda dan Rhodesia. Ianya sebanding di mana kaum minoriti / pendatang menguasai ekonomi negara-negara berkenaan.

6. Oleh kerana kedudukan ekonomi yang sedemikian terhimpit itu dan ditambah pula oleh hak dan kuasa yang semakin terhakis serta terus diburu dengan pelbagai ancaman maka adalah naïf dan dangkal sekali untuk menyamakan usaha 76 buah NGO tersebut hendak membela serta mempertahankan hak kaum mereka sendiri (satu hakikat yang benar) dengan perbuatan bodoh Don Quixote itu.

Sila baca sambungannya di SINI. Artikel asal Sin Chew juga boleh di dapati di dalam artikel tersebut. Apabila Utusan Malaysia bercerita mengenai Melayu, ada yang membantah. Jika Sin Chew melakukan perkara yang sama, tiada siapa antara pembaca setia mereka yang terkinja-kinja membantah penulisan tersebut.

(Atas permintaan Darah Tuah, semua komentar boleh ditujukan di sana. Terima kasih)