Education / MUST READ

Laman citra Satu Sekolah untuk Semua

Kempen Satu Sekolah untuk Semua telah dipelopori oleh warga Demi Negara sedikit masa dahulu dan ianya telah membuka pelbagai reaksi dari masyarakat umum. Hari ini, sebuah laman citra yang dicipta khusus untuk mengetengahkan inisiatif tersebut sambil mendedahkan kepada rakyat Malaysia akan objektif, cadangan dan faedahnya telah muncul sempena Hari Merdeka 2009.

Jebat Must Die bersetuju dengan objektif kempen ini kerana ianya telahpun diketengahkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman sejak dulu lagi di mana, beliau telah mengkritik mereka yang mahu mengasingkan sistem pembelajaran masing-masing dari aliran kebangsaan.

Sistem pelajaran di dalam satu aliran membolehkan integrasi nasional dijalankan dengan lebih mudah kerana para pelajar kita boleh berinteraksi dari peringkat awal dengan lebih kerap di antara satu sama lain. Memupuk semangat muhibbah hendaklah dari peringkat muda.

Anak-anak kita dapat mempelajari budaya dan adat resam rakan-rakan mereka dengan lebih dekat agar mereka dengan mudah merasa selesa. Ini membolehkan mereka menerima perbezaan antara komuniti yang sedia ada kerana telah mengenali antara satu sama lain sejak kecil lagi.

Oleh itu, sudah sampai masanya kita serius untuk mencapai tahap keharmonian yang tulen bagi seluruh rakyat Malaysia.

Usahlah kita terhegeh-hegeh, tercungap-cungap dengan konsep kabur seperti 1Malaysia, Bangsa Malaysia ataupun Malaysian Malaysia jika anak-anak kecil pun dihantar ke sekolah berasingan mengikut kaum masing-masing. Inilah adalah perkara pokok yang membuatkan polarasi kaum makin menular. Hairan sungguh kerana para pemimpin negara tidak kira kerajaan mahupun pembangkang seakan-akan buta akan perkara ini.

Genggam bara api biarlah sampai jadi arang.

Jika Bapa Kemerdekaan kita pun mengkehendaki Orang Malaysia bersatu di dalam satu aliran pembelajaran, mengapa kita mesti berdegil untuk menidakkan perpaduan nasional?

Sila layari www.satusekolahuntuksemua.wordpress.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai usaha ini. Terdapat banyak cabang di dalamnya yang dikira amat berguna kepada pelayar laman citra ini.

Jika anda menyokong usaha ini, sila paparkan logo dan alamat laman citra tersebut di dalam laman citra anda.

Terima kasih.

___________________________

Artikel terdahulu mengenai satu sistem pelajaran boleh dibaca di sini, di sini dan di sini.

Sesi parlimen yang akan datang telah bersetuju untuk berbincang akan keperluan meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan lain lain akta. Saya syorkan supaya Akta Pelajaran 1996 juga di pinda untuk membolehkan sistem pelajaran kita bersatu di dalam satu aliran seperti yang dicadangkan oleh kempen di atas.

17 thoughts on “Laman citra Satu Sekolah untuk Semua

  1. JMD,

    Semangat dan sumbangan Saudara terhadap Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) itu amat di sanjung tinggi. Segala apa sumbangan yang boleh di beri laman laman citra lain ada lah di alu alukan.

    Memandang kapada meningkat nya polarisasi kaum di negara ini sekarang, saya fikir SSS ada lah satu jalan yang amat baik bagi mencapai keharmonian kaum dan kemajuan negara yang berteruan. Negara ini banyak ketinggalan dalam beberapa segi dalam arus kemajuan dunia. Perlu lah kita bergerak maju dengan tidak ada halangan yang besar, sebalik nya dengan semangat kerjasama dan gandingan bahu rakyat jelata.

    Semangat tersebut boleh timbul dari suasana berlajar di semua sekolah yang mengikut satu sistem pelajaran, satu bahasa penghantar, satu korikolum dan percampuran atau interaksi di antara kanak kanak yang berbilang kaum.

    Like

  2. Bro

    In principle, I am not against your initiative.

    But please explain “English would be fortified under the SSS system.”

    How? Can you spell it out more in detail?

    And will religion continue to be taught in schools fully or partially funded by Taxpayers/Govt? Why should it?

    dpp
    We are all of 1 race, the Human Race

    JMD : Thank you DPP> I think it is best for the people in that website to reply you this. I am not in the position to arrogate a reply regarding their initiative. Thank you.

    Like

  3. I saw a lot of pictures in the media of multi-racial kids playing together. How to achieve that without having them going to school together?

    As long as we have separate schools, 1Malaysia will be just a dream. Racial polarisation will be worse – coz the future youngsters will read all the racial hatred propaganda in the net and have nothing to dispute it with coz they don’t know each other. So what the net spewed forth.. must be true.

    Secondary school is too late. By then prejudice already set in. Why can’t the racists in each race think about the well-being of Malaysia for once?

    Like

  4. Amat benar sekali analisa. Satu sekolah untuk semua akan membentuk polarisasi perkauman. Untuk mendidik rakyat untuk bersatu padu dan penyatuan kaum adalah dari kecil lagi, seperti pepatah melayu, “melentur buluh dari rebung”. Proses nya amat panjang, tapi result nya pasti positif. Sekolah jenis Cina atau Tamil, sekiranya di benarkan berterusan, malah dikembangkan, akan membiak polarisasi perkauman. Kecondongan sentiment tersebut pada jangka panjang akan menyuburkan perasaan pro-perkauman dan kebencian kepada kaum lain. Kerajaan perlu ambil perkara ini secara serius.

    Like

  5. dear jmd,

    sekolah wawasan pun reject, inikan pula satu sekolah untuk semua.

    ptsakai

    JMD : Jika mereka ‘reject’, maka kita boleh tafsirkan bahawa mereka ini tidak serius. Terima kasih.

    Like

    • Dear Brother JMD

      “Jika mereka ‘reject’, maka kita boleh tafsirkan bahawa mereka ini tidak serius.”

      Benar kata Saudara. Let us, for once, put the “ball” in their court. Let’s stop finding excuses for them. Let us have a clear understanding of a situation based on facts.

      mohamed

      Like

  6. jebat,
    Memang betul hasrat SSS ini murni, tapi sampai sekarang saya masih tak paham kenapa kerajaan senyap mengenai isu ini. Mungkin BN sekarang terkial-kial menagih kembali undi cina dan india, maka mereka takut untuk ketengahkan idea ini.

    Malah masa zaman BN sangat kuat dulu pun, isu ini tiada diutarakan. Kenapa ya?

    Bagi saya, lantaklah kalau cina dan india taknak masukkan anak mereka ke sekolah kebangsaan, tapi kerajaan mesti sepenuh hati menaikkan taraf sekolah kebangsaan. Saya perasan ada pioneer effort dalam memperkenalkan pengajaran bahasa ketiga di sekolah terpilih (macam sekolah anak saya).

    Kalau sekolah kebangsaan terlampau hebat dan tinggi standardnya, saya rasa lama-kelamaan sekolah jenis akan lenyap juga akhirnya.

    Kita maklum, sekarang ramai ibu bapa yg punyai persepsi mengganggap sekolah jenis cina amat hebat silibus dan para graduannya. Kenapa sekolah kebangsaan tidak boleh punyai persepsi begitu? Jika begini persepsi ramai ibubapa, sampai bila-bila pun sekolah jenis akan sukar dihapuskan.

    sekian terima kasih.

    JMD : Kesemua persoalan di atas mungkin boleh terjawab apabila adanya penyelidikan menyeluruh ke atas sistem pendidikan kita. Blog ini sejak dulu lagi sudah mengutarakan pendapat supaya ianya dibuat sepertimana Penyata Razak dilakukan 50 tahun dahulu. Saya rasa kempen ini juga mengkehendakkan supaya kerajaan melakukan kajian menyeluruh. Barulah kita boleh mengetahui apa yang pincang, apa yang kurang dan mana yang boleh diperbaiki untuk kebaikan Malaysia. Terima kasih.

    Like

  7. JMD,

    Petikan artikel To build a nation, first build a school – Tagore, tulisan Prof. Khoo Kay Kim.

    1. The Barnes Committee, a year later, recommended the integration of the education system. All government schools, as distinct from private schools, would use Malay and English as the main media of instruction but pupils could learn their own ethnic languages. Later, the Razak Report of 1956 stated categorically that “the main objective of Malaya’s educational policy is national unity.” Its recommendations were substantially similar to that of the Barnes Report.

    But throughout the late “forties” and “fifties”, various efforts made to integrate the people proved futile. They preferred to remain separate.

    2. “Mother tongue” is another misunderstood term. It should be the language used by members of a particular family, not the language used by a nation.

    ** boldface adalah penekanan saya.

    “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA”

    NJ

    Like

  8. salam jmd,

    nak tambah kepada apa yang di tulis oleh NJ.

    Orang Melayu dah terima orang luar i.e. Cina dan India termasuk budaya dan bahasa mereka dengan menerima mereka sebagai warga Tanah Melayu. Soalannya sama ada orang Cina dan India ini menerima semangat kenegaraan orang Melayu itu dengan menerima budaya dan bahasa Melayu sebagai budaya asal Tanah Melayu. Apa yang jelas ialah masih ada yang tidak mahu menerimanya. kebanyakan pelajar cina dan india di luar negara bila di tanya, “what are you”, mereka lebih gemar menjawab “I’m Chinese/Indian” dan bukan “Malayan/Malaysian”. Kadang kadang saya terfikir yang orang Melayu yang berlebih lebih ingin kan orang cina dan india untuk menerima (bukan mengikut) budaya Melayu dan kita membuat banyak konsesi. Tapi keangkuhan sebahagian dari orang bukan Melayu ini mesti di tanggani dan sistem satu sekolah dan satu bahasa adalah cara terbaik yang patut di jalankan.

    salam jmd

    Like

  9. Dari dr mahathir sebagai menteri pelajaran, kemudinnya anwar ibrahim sebagai menteri pendidikan dan hishamuddin, kesemuanya tidak memberi keyakinan kepada masyarakat untuk mendaftar anak mereka kesekolah kebangsaan kerana sifat ketuanan mereka. kalau belajar bahasa melayu sekali pun, peluang untuk mndapat tempat di institusi pelajaran tinggi gagak tipis. lebih baik belajar bahasa lain dan pergi overseas. Ada saja alasan untuk menolak pendaftaran pelajar tersebut jika bukan melayu.

    Peristiwa perarakan anti-kuil di shah alam baru-baru ini menunjokkan sifat ketuanan yang tulin, iaitu, ruang untuk bangsa lain tidak diterima langsung dan sesiapa yang mencabar, akan diberkas.

    Yang menerima masuk ramai bangsa-bangsa lain bukannya orang melayu, tetapi pihak british yang memerlukan orang asing ini untuk menjalankan ekonomi nagara. Kalau tidak, kuala lumpur semasa ini akan seandai kampung baru dan malaysia dibawah jajahan jawa.

    Di switzerland (Jerman/perancis/itali/rumania) dan belgium (flemish/perancis), sistem persekolahan mengikut bangsa masyarakat sekitar sekolah itu. mereka berjaya menyatukan masyarakat berbilang bangsa menigikut sistem ini.

    Di Malaysia, mereka cuba melayukan bangsa-bangsa lain. Malah disebutkan lagi bahawa melayulah tuan mereka semua ditanah air ini. Siapa nak setuju sistem pelajaran saperti ini?

    JMD : Setelah diberitahu beberapa kali agar jangan membuat komentar yang tidak betul, anda masih memberi komen secara semberono yang hanya menyerlah sikap kamu yang suka melontar sesuatu yang serkap jarang. Jika di Malaysia ini ‘mereka ‘ (siapa mereka ini?) cuba meMelayukan bangsa-bangsa lain, cuba lihat sekeliling anda. Adakah bangsa-bangsa lain di Malaysia ini sudah Melayu semuanya? Tidak bukan. Malah mereka cuba menjadi lebih Cina dari Cina di China dan lebih India dari kaum India di India.

    Oleh itu, di mana kebenaran komen kamu tersebut?

    Jika kamu bersungguh untuk menyatukan semua bangsa di Malaysia ini, sila layari laman

    http://www.satusekolahuntuksemua.wordpress.com

    Berilah sokongan padu anda kepada usaha lamn tersebut. Jika anda inginkan keharmonian kaum, jangan teragak-agak untuk menandatagani petisyen di laman tersebut. Jika tidak, berhentilah mengomel dan pilihlah Negara mana mana di dunia ini untuk kamu tinggal dengan aman dan bahagia. Sayang sekali kamu hanya tahu mengkritik. Tetapi tidak berusaha untuk membuat sebarang kertas kerja komprehensif untuk membanteras polarisasi kaum di Malaysia ini.

    Orang seperti kamu tidak berpegang kepada peribahasa – Hujan emas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri.

    Jika kamu tinggal di Negara lain pun (seperti Belgium atau Switzerland), percayalah kamu masih tetap akan mengkritik Negara tersebut.

    Terima kasih.

    Like

  10. As long as children are seperated at school age, they will always be seperated.

    But I have a an observation I want to share. this is what happened. I was sitting in a parked car. In the next lot, was an MPV with a toddler happily looking out the window in his/her mother’s /grandmother/lady’s lap. Chinese. I signal playfully at the toddler and he responded happily. He turns to look at his minder and back at me. This went on for a while. Then the child’s happy mood seems to change. He made aggresive or angry gestures towards me. I find that strange since all I did was smile to him.

    I wondered why, did the minder say anything to make the todddler change his/her mood? It will remain a mystery to me.

    Like

    • Maybe the toddler saw the devil in you.
      Strive to do good. That was the repeated messages in the koran. Have you ever wondered why there are no rituals (5 daily prayers/mosque buildings etc) ever mentioned in the koran?
      When a neutral language was formulated(english) many years ago as the medium of instruction for schools, parents of all races sent their chidren to the national schools.
      Today’s national school is more like a slave camp for minorities. They have to be submissive to the master race. The world over resent the word master race except in Malaysia where it is encouraged to propagated. So how do we unite the nation by this concept.

      JMD : In the Quran, Muslims are asked to pray on daily basis. Please read the reply to your comment here. Now you can add on another trait to your already tarnished personality – liar.

      So the chinese and indians in the national schools in Malaysia are slaves to the Malays. Is this your ‘well-educated’ opinion? Or simply another accusation just to satisfy your lust for hatemongering?

      Like

  11. Apa yang jelas ialah masih ada yang tidak mahu menerimanya. kebanyakan pelajar cina dan india di luar negara bila di tanya, “what are you”, mereka lebih gemar menjawab “I’m Chinese/Indian” dan bukan “Malayan/Malaysian”.

    ======

    Hj. Hanafiah, you are barking up the wrong tree !. Jawapan mereka adalah yang dipraktikkan diMalaysia. Tanya diri dulu, dalam semua borang resmi, apakah yang dikehendaki seseorng itu isi dibawah ruang “bansa”, Melayu; Cina ; India: Lain lain.

    Kenapa anda salahkan orang orang bukan Melayu ini ?. Tak waras lah.

    Ubahkan ruang Bangsa ke Kerakyatan ja, ia itu Rakyat Malaysia dan Bukan Rakyat Malaysia dan ini akan dengan sendirinya mengasasi apa yang haji katakan.

    jusoh

    Like

    • salam jmd, (dengan kebenaran sdr)

      Saudara jusoh, di Amerika, semua borang resmi meletakkan satu ruang tentang bangsa ie white, african american, hispanic, atau asian/pasific islander. tapi kalau tanya orang amerika siapa mereka, dengan bangga jawapannya ialah “I’m American”. tak ada pula yang jawap “I’m white” atau “I’m black”. Kenapa pula orang Melayu bila di tanya akan menjawab, “I’m Malaysia” bukan “I’m Malay”. Tapi kebanyakan (bukan semua) pelajar bukan Melayu akan menyebut bangsa dan bukan negara. mungkin mereka tak faham soalan atau tersalah bukit untuk di salak kot!

      salam jmd.

      Like

  12. I wondered why, did the minder say anything to make the todddler change his/her mood? It will remain a mystery to me.

    =====

    I think what the minder told the child is that he/she should not be friendly with strangers or that the stranger is a bad person.

    Basically, this is to condition the child to be wary of strangers as there are cases of children being kidnapped and abused and some not even found until today.

    The world have changed and everyone is more suspecious of others.

    So, don’t take it so personal. After all only you know that you are a good person, not the other party who does not know you.

    Like

  13. Jelas, keputusan untuk masukkan anak ke sekolah adalah pilihan ibu-bapa/penjaga. Kenapa hantar anak ke sekolah jenis cina atau tamil? Kenapa? Zaman penjajahan dahulu, orang melayu tak beri anak ke sekolah kerana takut anak jadi kristian, HANYA kerana pembelajaran dalam bahasa inggris. Itu dulu, dan persepsi orang melayu. Sekarang ni sekolah kerajaan adakha sekolah KEBANGSAAN. Kenapa ada kaum cina dan india masih tidak mahu terima pembelajaran sekolah kebangsaan? Kenapa mereka masih berkiblat ke tanah besar cina dan india? Hairan kan? Hakikat nya mereka ini tiada semangat KEBANGSAAN! Kalau tidak ada semangat KEBANGSAAN…tak perlu nak jadi rakyat Malaysia.
    Rumusan nya….kenapa Kerajaan amat lembik untuk membetulkan keadaan ini?

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s