Miscellaneous

2009 Merdeka Day!

In a few hours time, we will celebrate our 52nd anniversary of our independence from colonial powers.

We are fortunate in the sense that Malaysia fared relatively well as compared to other countries and we are grateful to be alive and living in peace and harmony with one another. Just look around you. Look at your neighbours. We are thankful that we are not at each other’s throats.

Lets forget politics for the next 24 hours and think like ‘Orang Malaysia’

Selamat Menyambut Hari Merdeka!

Only for you, Malaysia.

Animated-Flag-Malaysia

____________________________________

Previous article from a year ago can be read here.

Note that the correct pronunciation of Malaysia is Malay-siya.

Not Malay-sye or Malay-sher.

18 thoughts on “2009 Merdeka Day!

  1. Bro JMD,..heheh,..apo nak dikato,..hopefully we will alwiz b merdeka/independent till d end of life,..happy Merdeka Day to u & family Bro E…wat else can I say,..heheh,..(,”)

    http://brobrotherhood.blogspot.com

    p.s. The agenda to bury UMNO is moving swiftly wth MCA’a Chua SL being removed,..who is behind dis game?? Whisperers says its bro AnWar & KJ also is doin his part,.. tings r not gud frm d look of it,..pray to Allah we’ll b able to weather the storm,..wat else can I say,..heheh..(,”) Merdeka!Merdeka!Merdeka!

    Like

  2. salam alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!!!
    MARHABAN YA RAMADHAN!!!

    MALAM KE SEPULUH RAMADHAN!!!
    MALAM SEPULUH PERTAMA TERAKHIR RAHMAT ALLAH UNTUK HAMBANYA!!!

    DAN SALAM MERDEKA!!!

    MERDEKA!!!
    MERDEKA!!!
    MERDEKA!!!
    MERDAKA!!!
    MERDEKA!!!
    MERDEKA!!!
    MERDEKA!!!

    Like

  3. terima kasih KERAjaan Malaysia kerana memberi hadiah Merdeka ke-52 yg sangat bermakna kpd rakyat Malaysia…terima kasih byk2 kerana menaikkan harga minyak…1Malaysia, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN…

    JMD : Alahai Johnny. Semasa minyak diturunkan dari RM2.70 kepada RM1.80 tidak pula kamu berterima kasih pula ya? Ini adalah kerana kita mengikut harga pasaran dunia. Saya rasa banyak penerangan telah dilakukan mengenai harga minyak ini. Pengumuman mengenai harga minyak akan naik telah pun dibuat sejak bulan Jun lagi. Inilah dia pihak pembangkang. Tiada apa kritikan membina yang datang dari mereka. Hanya kutukan. Ini kerana, adalah lebih mudah untuk mengutuk kerajaan dari mendedahkan kebaikan dan keupayaan pihak pembangkang untuk mentadbir negara.

    Like

    • ape la pny bodo kau ni JMD…ekonomi kan tgh nak pulih…tahan la kejap kenaikan tu,bukan aku ckp x bleh naik langsung…tu la dia penyokong KERAjaan,ape yg KERA buat semua sokong membuta tuli…tau la kau org kaya,kesian la kat org2 fakir miskin…x sensitif langsung…akai ada ka?! masa myk turun aritu buat apa aku nak berterima kasih kat KERAjaan…masa myk nak naik,guna formula lain…masa myk nak turun,x ikut plak formula tu…sbb kalo ikut formula masa myk naik,harga dia akan jadi lagi rendah daripada RM1.80…kau memang bodo bengap tolol ke atau buat2 xtau? kahkahkah…

      JMD : Saya tidak faham. Apa kena mengena antara harga pasaran minyak antarabangsa dengan pemulihan ekonomi? Boleh saudara terangkan? Jadi, kerajaan kena tahan kenaikan kerana ekonomi akan pulih? Saya musykil. Adakah harga minyak pasaran dunia akan turun apabila ekonomi mencatat pertumbuhan positif?
      Orang miskin pakai RON95 (seperti kereta saya) yang harganya tidak berubah dari harga lama yang selama ini diguna pakai untuk RON97. Kecuali saudara sendiri mempunyai kereta mewah yang tidak boleh menggunakan RON95, maka apalah sangat kenaikan 25sen berbanding dengan keupayaan saudara untuk mempunyai kereta mewah tersebut.
      Kerajaan menggunakan mekanisma 30 sen subsidi kepada harga pasaran minyak mentah dalam menentukan harga pasaran tempatan. Sila beritahu para pembaca disini mengenai 2 formula berlainan yang saudara sebutkan di atas. Bagaimana kita menentukan harga minyak berdasarkan kedua-dua formula yang saudara akan beritahu kita nanti? Dan apakah cadangan saudara atau pihak pembangkang di dalam mengurangkan penggunaan wang kerajaan yang selama ini berjumlah berbillion ringgit hanya untuk membayar subsidi minyak? Terima kasih.

      Like

      • 1) aku dah agak kau memang xtau pasal formula tu…xyah la aku terangkan,kau cari le sendiri…punya la kecoh,kau plak bleh xtau…lain kali banyakkan membaca & mengambil tahu…jgn bulat2 telan ape yg KERAjaan bagi…bukan nak bantah KERAjaan,tapi cuma nak bela diri sendiri & rakyat yg lain… kalau kau still susah nak faham jugak,tgk ni

        harap2 kau nampak perbezaan yg ketara tu…xyah la aku nak terangkan byk2 kali,letih…mcm mengajar anjing mengiau…

        2) Aku x ckp pasal kaitan ‘kenaikan harga myk dunia dgn pemulihan ekonomi Malaysia’…yg aku maksudkan,’kenaikan harga myk DI MALAYSIA dgn pemulihan ekonomi MALAYSIA’…aku harap lain kali kau akan lebih mudah faham & dapat bezakannya dgn mudah…jgn terus menerus cuba putar belit fakta…

        3) harga myk naik,harga barang naik,kuasa membeli pengguna akan menurun,hasilnya ekonomi x rancak…aduh,letih aku nak terangkan kat budak tadika ni…basic pun lemah! selain tu,kenaikan harga myk juga menjejaskan usaha membasmi kemiskinan…cakap rakyat didahulukan,tapi nampaknya mcm poket pemimpin / org2 kaya je yg didahulukan…

        4) macamana nak tahan kenaikan harga myk? aku rasa kau mesti x tgk debat antara DSAI dgn menteri mulut buih2 kau tu…kalau benci sgt dgn DSAI pun,jgn la sampai sanggup tutup TV & xnak terima input ilmu yg berguna daripada debat tu…kahkahkah! kalau kau tgk debat tu,kau pun tau ape yg DSAI ckp logik & praktikal…tapi ade KERAjaan ambik tau? Projek mega juta2 bleh kuar duit,nak tggung subsidi utk tolong rakyat susah plak…nak tau kenapa? sbb bila ada projek,baru la kroni2 masyuk…bagi subsidi mane ade masyuk…dlm otak pemimpin2 yg kau sanjungi,lagi bagus duit tu pegi kat kroni drpd kat rakyat…kalau kat kroni,ade la % sikit yg dapat…harga myk naik atau turun xde kena mengena langsung dgn pemimpin2 kesayangan kau sbb duit petrol diorg kerajaan Malaysia yg tanggung…semua boleh claim / ada elaun…

        5) aku pun bukan kaya beb…kerata cabuk je…guna RON95 jugak lepas KERAjaan sial ni naikkan harga myk…mmg la harga RON97 dulu xde beza dgn RON95 sekarang tapi kualiti 95 lagi kurang drpd 97…antara RON97 dgn harga RM1.80 atau RON95 dgn harga RM1.80…mane yg kau akan pilih?

        Terima Kasih…please lah JMD,buat rujukan dulu sebelum nak komen & buat ulasan…aku malas la nak ajar benda2 basic kat kau byk2 kali…

        JMD : Kita di sini diminta untuk berdiskusi secara ilmiah. Oleh kerana laman ini dibaca oleh banyak lapisan masyarakat, saudara diminta untuk berkongsi ilmu untuk kebaikan semua orang. Janganlah kedekut ilmu. Apabila saya meminta penerangan mengenai formula tersebut, itu bukan sahaja untuk kebaikan saya, malah untuk kebaikan semua pembaca di sini.

        1) Saya sangsi mengenai formula yang saudara sebutkan di dalam komen terdahulu. Formula yang diguna pakai SEKARANG adalah, 30 sen akan disubsidi oleh kerajaan manakala perbezaannya diserap kepada harga pasaran petrol tempatan. Maka apabila harga pasaran ditetapkan pada RM2.05 bermakna, harga pasaran sebenar satu liter petrol adalah RM2.35. Seperti yang saudara sebutkan tadi, saya tidak tahu apa-apa. Formula inilah yang kita rakyat biasa faham.

        Apabila kita rakyat biasa melihat link yang saudara lampirkan di atas, saya bertambah musykil. Gambarajah candlestick tersebut hanya berkisar mengenai harga minyak tahun 2008. Saudara berkata formula dahulu tidak diguna pakai untuk formula sekarang. Dan sepatutnya kita menggunakan formula tersebut pada hari ini. Persoalannya, siapa yang mencipta formula tersebut semasa harga minyak tempatan dinaikkan ke RM2.70 seliter? Setahu saya, tidak ada formula atau mekanisma tertentu yang diguna oleh kerajaan ketika itu. Ianya hanya mengikut kata putus dari Pak Lah dan anggota penasihatnya.

        Bagaimana gambarajah tersebut boleh menerangkan bahawa kerajaan sekarang telah tersilap membuat perkiraan di dalam menentukan harga minyak pasaran tempatan sekarang? Itu saja pertanyaan saya. Saya kira tidak menjadi masalah untuk menerangkan kepada pembaca semua bagaimana cara ianya dilakukan pada tahun lepas.

        2) Saudara, harga minyak tempatan akan mengikut harga minyak antarabangsa.

        3) Di sinilah kita akan uji KPI Sabri Ismail di dalam mengawal kenaikan harga barangan tempatan. Tetapi, saya fikir harga barang sepatutnya tidak akan naik kerana tidak banyak industri tempatan yang menggunakan minyak premium RON97 di dalam operasi mereka. Jika Sabri Ismail tidak dapat membuat kerja yang sepatutnya dipertanggungjawabkan, maka dia patut ditukarkan.

        4) Dahulu, kita sudah pun mengupas isu ini di sini.
        Tidak ada apa yang menarik di dalam cadangan Anwar Ibrahim menurunkan harga minyak. SIla baca ulasan saya di situ. Saya harian bagaimana saudara boleh terima bulat bulat ‘cadangan’ Anwar Ibrahim di dalam debat tersebut.

        5) Sejak dulu lagi laman ini telah banyak kali mengkritik kerajaan kerana tidak pandai menguruskan Negara. Hingga kini juga, laman ini tidak putus putus mengkritik di mana perlu. Kita tahu menegur bilamasa yang diperlukan. Kita tidak secara membuta tuli menyokong pemimpin atau taksub kepada seseorang hingga tidak lagi berupaya melihat sesuatu kepincangan di dalam mempromosikan kebolehan mereka mentadbir negara. Jika laman ini dikatakan tidak pernah mengkritik Najib atau Umno atau kerajaan, maka ianya satu fitnah semata mata. Saudara juga tahu akan hal ini. Malah ketidakupayaan saudara mengkritik pembangkang memaksa saudara mengkritik laman ini sebagai pembodek kerajaan dan sebagainya.

        Saya antara orang yang pertama mengkritik hebat kerajaan semasa zaman Pak Lah. Antara artikel mengenai kenaikan harga minyak tealh disebut di sini:

        https://jebatmustdie.wordpress.com/2008/03/11/new-cabinet-ministers/

        Saya menulis – ‘If you can’t manage the economy and can’t think of ways to alleviate the people’s
        purchasing powers and increase the wealth of the rakyat, then by all means, please get your small brains out from the government.’

        Nah, sekarang, kerajaan telah lebih peka dengan memikirkan satu penyelesaian kepada rakyat iaitu memperkenalkan jenis minyak RON95 yang digunakan juga oleh Negara-negara maju agar rakyat biasa seperti saya masih boleh menggunakan minyak pada paras harga yang tidak berubah.

        Kerajaan tidak lagi mengamalkan sikap memeluk tubuh di dalam menyelesaikan masalah rakyat. Dahulu, mereka hanya berkata – Ubah gaya hidup!

        Kini, cukai jalan motor dan kereta dibawah 2 liter dikurangkan, bayaran tol dikurangkan (ini masih boleh diperbaiki), pengguna kad touch & go mendapat rebet 20%.

        Ini semua membolehkan rakyat hidup lebih selesa. Secara total, rakyat mendapat lebih banyak faedah untuk mengurangkan kos perjalanan tetapi di dalam waktu yang sama, harga minyak yang digunakan dikekalkan pada tahap yang sama.

        Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jenis kereta yang boleh menggunakan RON95, sila layari di sini:
        http://imdavidlee.com/try-it-out-new-cheaper-petrol-ron95/

        Terima kasih.

        Like

        • 1) JMD,baca la betul2 ape yg aku tulis dari post sebelumnya…kau persoalkan aku kenapa x berterima kasih masa kerajaan turunkan harga minyak semasa harga RM2.70…bukan harga sekarang…kenapa kau susah sgt nak faham? jgn la putar belit ape yg aku ckp…hahahaha…dari kata2 kau,nampaknya kau betul2 mengakui harga RM2.70 dulu satu kesilapan besar & nampaknya kau hanya berani menghentam pemimpin yg kau x suka (semua org tau majoriti ahli UMNO x suka paklah…so,xde ape yg boleh dibanggakan bila kau ‘menghentam’ paklah dan begitu takut menghentam Najib)…

          2) JMD oh JMD…what’s wrong with your brain? semua barang2 ikut harga dunia…x penah aku jumpa lagi ikut harga Pluto atau Marikh…kau nampaknya masih x faham lg apa yg aku maksudkan…kahkahkah

          3) Akhirnya kau faham juga kaitan harga minyak naik dgn pemulihan ekonomi…tahniah JMD! xyah nak putar putar masuk bab Sabri Ismail…kesian mamat tu jadi mangsa utk mengelak ‘otak tadika’ kau…kahkahkah…ops,jgn ckp “saya fikir harga barang sepatutnya tidak akan naik kerana tidak banyak industri tempatan yang menggunakan minyak premium RON97 di dalam operasi mereka”. kau kena sedar,dulu semua guna 97 & sekarang TERPAKSA guna 95…sebagai org yg ‘CELIK’,kau mesti dpt beza bagaimana prestasi kereta kau masa kau guna 97 & 95…

          4) alahai JMD,kalau nk ikutkan debat tu,jgn la komen pasal Anwar je…at least dia ade idea dari shaberi yg asik2 hentam peribadi anwar…lari dari tajuk,kau pun tau sape menang & sape kalah debat tu….pemimpin kau banyak buih dari idea…aku pun pelik kenapa kau suka sgt fikir negatif bila ade org sudi kongsi idea dia…org yg x bagi idea langsung,kau x hentam…pelik bin ajaib……mungkin majoriti org UMNO ni x berotak & bebal (kecuali JMD)…

          5) JMD lari lagi dari tajuk utama…JMD ni mcm encik shaberry la aku tgk…kahkahkah… “antara RON97 dgn harga RM1.80 atau RON95 dgn harga RM1.80…mane yg kau akan pilih?”

          JMD : Hairan sungguh apabila saudara masih tidak dapat menerangkan apakah formula tersebut. Saudara berkata – ‘masa myk nak naik,guna formula lain…masa myk nak turun,x ikut plak formula tu’ dan kita semua mengharap saudara akan menerangkan pada kita rakyat marhaen ini apakah formula tersebut. Sayang sekali hanya bunyi-bunyian sumbang yang diterima. Iya, RM2.70 memang satu kesilapan Pak Lah. Saya sudah menulis mengenainya banyak kali di dalam artikel-artikel tahun lepas.

          Saudara, mungkin saudara malas membaca keseluruhan blog ini. Jika saudara rajin, saudara akan sedar bahawa blog ini tidak takut untuk mengkritik Najib atau pun BN dan Umno. Sudilah kiranya membaca keseluruhan blog ini. Adakah saudara berani mengkritik Anwar? Mana mungkin bukan? Anwar adalah maksum.

          Dan saya tidak berkata semua harga barang ikut harga dunia. Sudah rabunkah saudara? Saya berkata – ‘harga minyak tempatan akan mengikut harga minyak antarabangsa’. Janganlah hendak menegakkan benang basah. Memang hakikatnya, harga minyak tempatan akan mengkiut rapat harga minyak antarabangsa. Tak usahlah hendak ketawa di atas kebodohan sendiri.

          Apa salahnya saya mengkritik Sabri Ismail? Saudara juga mengatakan bahawa saya hanya tahu memuji BN. Apabila saudara mengatakan bahawa harga barang akan naik apabila harga minyak naik dan saya pula menjawab bahawa ‘harga barang sepatutnya tidak akan naik kerana tidak banyak industri tempatan yang menggunakan minyak premium RON97’, dan jika naik pun, maka Sabri Ismail patut melakukan sesuatu jika tidak dia patut ditukarkan, mengapa pula saudara terus berkata – ‘kau kena sedar,dulu semua guna 97 & sekarang TERPAKSA guna 95…sebagai org yg ‘CELIK’,kau mesti dpt beza bagaimana prestasi kereta kau masa kau guna 97 & 95′?

          Apabila pengilang barang dan sistem pengangkutan mereka menggunakan RON95 di tahap harga yang sama (malah harga diesel juga tidak berubah di tahap RM1.70 walaupun kerajaan memperkenalkan diesel Grade 2M yang baru dan bersih). Apa kena mengena dengan penggunaan kereta persendirian dengan harga barang?
          Hendak berdebat, kenalah mempunyai struktur minda yang stabil dan struktur pembahasan yang konsisten saudara.

          Jika semua faktor tidak berubah, semestinya saya memilih RON97 pada harga RM1.80. Malah saya lebih suka jika ianya terletak pada harga RM1.10 seperti dahulu. Tetapi banyak faktor telah berubah bukan? Kita perlu membuat yang terbaik. Banyak sangat komplen tanpa sebarang idea bernas untuk melawan arus peningkatan harga minyak antarabangsa nampak gedik sekali di mata orang.

          Terima kasih.

          Like

          • JMd oh JMD…kau ni memang betul2 ade pemikiran budak tadika…aku dah xtau mcm mana nak ubah pemikiran kau yg x merdeka tu…masih dijajah oleh parti rasis….lps ni kalau myk naik lagi,kau puji la parti BN kau tu…sembah la Nazak & Rosmoh kau tu…terima semua alasan BN…senang betul kau diperbodoh2kan oleh parti yg semakin pupus tu…btw,kalau betul la BN tu jujur & close to perfection pada kau,dah lama royalti minyak Kelantan BN bayar…baik kah sesebuah parti tu apabila kalau kita sokong kita dibela,kalau kita x sokong kita disisih…kalau mcm tu,x ada guna buat pilihanraya kalau rakyat ‘dipaksa’ sokong parti laknat BN…

            Like

      • Dear Brother JMD

        This is a perfect answer to a perfect moron. These people are already perjudice. What ever the goverment does or even trying to do, it is always wrong.

        mohamed

        Like

  4. Merdeka wishes to JMD and all the regulars here.

    Watched lots of documentary on Malaysia over the long weekend. It’s truly a humbling experience. There is so much about our own country, our own people, our cultures that we don’t know. I am ashamed, really.

    Like

  5. Dear JMD,

    Not sure where to put this. Since what just went on in Perak is not in the spirit of Merdeka, I am putting it here.

    I am totally amazed at the level of nonsense that PR is willing to go into just to cling to power. Makes me really wonder what else they are capable of doing. They continue to be a joke with the mockery of a so-called “Persidangan DUN” coming out with all sorts of resolution that just cannot be enforced.

    I hope they should realise by now that even though politically the power lies in the politicians the actual power lies with the Civil Service that will need to come out with notices, minutes, resolutions etc.

    They are now not only an embarrassment to Perak but also to Malaysia. They started the game and now refuse to play fairly. I am quite sure had they managed to entice and turn over states held by BN they will scream of blue murder if BN did exactly as they did.

    I am not sure how others feel but I do hope that the people get rid of these jokers and bring in more capable and able representatives that respects the rule of law. I do hope also that BN take note of this and also not come out with more jokers themselves and consign these people to history once and for all.

    Where are have all the gentlemanly conduct and sportsmanship gone? We used to blame on unruly and uncontrollable supporters but when leaders do it too it just takes the cake and the level of ridiculousness they are willing to go just to continue to cling to power.

    Our politicians are a joke but giving these jokers control over the nation is no joking matter. What can we do?

    Shah

    JMD : We can tell these politicians to be more mature in their conduct everytime they act in an immature manner. Sadly, even the level headed Pakatan bloggers do not seem to have the willpower to criticise their leaders. Reason being, they will immediately be called a turncoat or traitor by the more hardcore supporters. Thank you for the comment.

    Like

    • The ketuanan elites are the real jokers in Perak.
      Anyone else who takes over this country can managed it better. This country is turning into another somalia, a failed state. ketuanan types can be seditious and escape prosecution while those holding candle lights for peace are sent to prison.
      This country is a joke.

      Like

  6. Correction – Tanah Melayu celebrates 52 years, not Malaysia. Malaysia was only formed in 1963. Let us not deceive ourselves to think that something was formed before its existence!

    JMD : Correction, Malaysia celebrates 52 years of achieving its independence and celebrate 46 years as a unified nation. Independence Day is not the same as Malaysia Day. Malaya continued on since 1957; it just changed its name to Malaysia when Singapore, Sarawak and Sabah joined in. Let’s not try to change history by saying the period before 1963 is not important at all.

    Like

  7. Correction: Malaysia was only formed on 16 September 1963. Malaya refers to the name under the Malayan union idea. Malaya changed its name to Tanah Melayu after the Malayan Union idea was dropped and gradually became the official name for Peninsular Malaysia upon independence on 31 August 1957. There was no such thing as “it just changed its name to Malaysia”. The name Malaysia is defined as a federation consisting of Tanah Melayu (i.e. 11 states), Sabah and Sarawak. JMD, get your facts right! Check with your good friend TDM and even if he doesn’t know, then both can wallow in pity ignorance!

    JMD : You are talking on the premise of the country’s name. Obviously, Malaysia, the name, did not exist before 1963 (although it was mentioned years before at informal functions). But Malaysia in substance existed from 1957 onwards. This is the point I am talking about. If we go by your logic, Malaysia’s history only start from 1963 onwards and not before that. What happened to the country before 1963? In reality, it did exist and continued to exist even after Sarawak, Singapore and Sabah joined in to form a greater country called Malaysia. Go and ask Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Najib Razak, Ku Li and Karpal Singh – Where were they born? All of them will say they were born in Malaysia eventhough they were born before 16 September 1963. Do we say, they were born in a country that no longer existed? We don’t.

    My articles and opinion are taken from Tunku Abdul Rahman’s book. He was there from the beginning of our nation’s fight for independence and he was there when we became Malaysia. Were you there? Obviously you weren’t. You’re not even here in Malaysia. To even say you know better than Tun M just show how arrogant you are in ignoring history while trying to bulldoze your own skewed and misinformed ‘fact’. Why are you so touchy about our own history anyway? It’s not that you gain anything out of it. Feeling a bit rebellious today are we?

    Like

  8. If only you had been there to witness the blood that was spilt in Sarawak during the confrontation….but alas, you prefer the witness of a book, while I experienced the battlefield…Those Who Forget History Are Doomed to Repeat It….JMD, you obviously know little, I’ll leave you with your pity ignorance, perhaps ignorance is bliss and I hope so for your sake…

    JMD : What has this comment got to do with the previous discussions we had? If you think I know very little, for your sake, please write an article about these so called first hand experience of yours. Or else, any Tom Dick and Harry can write just like how you did.

    Thank you.

    Like

  9. Malaysia belum wujud sebelum percantuman SabahSarawak dengan Malaya. Malaya bukan Malaysia; SabahSarawak tidak masuk Malaya. Malaysia tanpa Brunei terbentuk oleh undian empat negara: Malaya satu undi, Singapura satu undi, Sabah satu undi dan Sarawak satu undi. Selepas Singapura jadi undi rosak, hanya tinggal tiga undi dalam Malaysia. Dua pertiga undi terletak di Malaysia Timur; Malaya setakat satu pertiga undi. Dalam ertikata lain, SabahSarawak yang buat dua pertiga Malaysia dan memang pun dua pertiga tanah Malaysia terletak di Borneo. Dalam ertikata lain Malaya masuk Borneo. Silakan transfer ibu negara ke Kota Kinabalu atau Kuching.

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s