Malay issues / Socio-economy

Bahasa Malaysia dan para pejuangnya

Esok, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pelajaran akan mengumumkan keputusan kerajaan mengenai PPSMI.

Diharap Kabinet Malaysia telah menjalankan amanah yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia mengenai nasib sistem pendidikan anak-anak di negara ini. Apa yang diharapkan oleh penulis ialah kentalnya semangat Tan Sri Muhyiddin Yassin berhadapan dengan pelbagai rintangan sepanjang membuat keputusan tersebut. Beliau tidak sepatutnya leka atau luntur semangatnya di dalam menangani desakan-desakan dari mereka yang kononnya memperjuangkan bahasa.

Lanjutan dari artikel sebelum ini yang berjudul ‘Isu Yang Membelenggu Dasar Pendidikan Negara’, antara permasalahan yang ketara adalah tahap hipokrasi para pejuang bahasa dan golongan pelampau chauvinis cina di dalam memperjuangkan pemansuhan dasar PPSMI. Bagi ahli-ahli GMP, mereka berkata bahawa PPSMI akan merendahkan martabat Bahasa Malaysia di kalangan pelajar.

Penulis merasa mereka ini tidaklah sejujur mana di dalam memperjuangkan Bahasa Malaysia apabila secara terang-terangan mereka meminta supaya kerajaan menghentikan dasar ini dan membenarkan para pelajar belajar Sains dan Matematik di dalam bahasa ibunda masing-masing. Pelik juga apabila GMP boleh bersekongkol dengan mereka yang memperjuangkan bahasa selain dari Bahasa Malaysia di jalanan dan di ceramah-ceramah mereka.

Di mana letaknya semangat juang Bahasa Malaysia mereka ini apabila membenarkan orang bukan Melayu belajar Sains dan Matematik di dalam bahasa mereka masing-masing? Mengapa GMP sanggup bersekongkol dengan Dong Jiao dan yang sewaktu dengannya?

Adakah GMP berfikiran bahawa orang Melayu wajib mendaulatkan Bahasa Malaysia tetapi orang bukan Melayu tidak mengapa. Di mana mereka buang prinsip mereka ini? Jika Kerajaan tidak mendaulatkan Bahasa Malaysia, Kerajaan bersalah dan patut dihukum. Tetapi jika orang bukan Melayu tidak mendaulatkan Bahasa Malaysia, itu tidak mengapa. Halal sahaja.

Adakah ini cara otak mereka yang di dalam GMP berfikir? Jika mereka benar-benar serius di dalam prinsip mereka ini, GMP sepatutnya memperjuangkan juga kempen Satu Sekolah Untuk Semua di mana Bahasa Malaysia menjadi bahasa penghantar utama di SEMUA sekolah.

Lebih menyedihkan, mereka yang bijak pandai di dalam GMP telah diperkudakan oleh pihak pembangkang dari Pakatan Rakyat. Mungkin terleka dan terpesona dek sorakan dan teriakan dari penyokong pembangkang, mereka telah lupa akan matlamat asal mereka memperjuangkan bahasa. Apabila sanggup berkongsi pentas dengan DAP dan mencerca PPSMI, kita ternampak jatidiri mereka yang sebenar. GMP lupa bahawa DAP tidak pernah memperjuangkan Bahasa Malaysia. Jadi mengapa GMP ingin berpolitik?

Begitu gah sekali Sasterawan Negara menemplak mereka yang kritis terhadap dirinya dengan menganggap beliau tidak digunakan untuk tujuan politik:

Walau bagaimanapun Menteri berharap isu PPSMI ini tidak dipolitikkan, yakni GMP tidak diperalatkan oleh parti-parti politik. Kami dengan tegas menjelaskan bahawa, setahu kami, tiada pihak yang secara terang-terang menggunakan kesempatan untuk mendapat faedah politik daripada perjuangan GMP itu. Kami memberitahu Menteri bahawa GMP tidak akan membiarkan perjuangannya disalahgunakan oleh para anggota dan penyokongnya atau diperalatkan oleh mana-mana pihak.

Akan tetapi, percakapan sahaja begitu. Lain pula apabila dilihat gelagatnya:

“PPSMI ini, adalah usaha menguncupkan bahasa ibunda. Justeru itu jikalau ada calon dalam pilihan raya nanti yang menentang bahasa ibundanya, kita harus menentang mereka dengan tidak mengundi mereka.

Mengapa kita pilih mereka yang mahu menguncupkan bahasanya. Kita ada undi. Ajar mereka dengan tidak mengundi mereka.”

Bukankah itu cakap politik? Siapa yang akan untung apabila undi tidak diberi kepada BN? BN kah? Kita juga boleh membaca ceramah politik A. Samad Said di sini:

Ketika memulakan ucapannya, A Samad membuat satu peringatan yang menggamatkan suasana dewan yang dipenuhi kira-kira 1,000 orang hadirin itu. “Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno,” ujarnya, seraya mendapat tepukan gemuruh dan teriakan takbir oleh para hadirin.

Bukankah ini boleh dikategorikan sebagai diperkudakan oleh pembangkang?

Kita juga didesak oleh para pejuang bahasa cina untuk memansuhkan PPSMI. Mereka yang chauvinis ini beranggapan bahawa jika Sains dan Matematik diajar di dalam Bahasa Inggeris, maka hilanglah identiti kaum mereka.

Mereka ini dalam tidak sedar amat buta kepada realiti saudara-saudara mereka di negara Singapura apabila semua penduduk di sana yang majoritinya adalah dari kaum Cina belajar Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Malah, bukan sahaja terhad kepada dua matapelajaran tersebut, para pelajar di Singapura belajar kesemua matapelajaran mereka di dalam Bahasa Inggeris sejak kecil (kecuali untuk subjek elektif bahasa).

Apa yang menjadi masalahnya? Singapura menjadi maju kerana sistem pelajaran sepadu yang menyeluruh. Sistem di sana tidak berbelit-belit dan mengelirukan serta bertujuan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu di bawah satu bumbung.

Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya mengambil iktibar dari negara jiran ini. Kita juga berharap, beliau turut mendapat taklimat mengenai sistem pendidikan di Peranchis sewaktu lawatan beliau di sana minggu lepas. Sememangnya, sistem Satu Sekolah Untuk Semua dipraktikkan oleh kedua-dua buah negara ini.

Beliau perlu ingat bahawa Perdana Menteri juga berikrar akan mempertahankan PPSMI semasa Perhimpunan Agung Umno yang lepas.

Menteri Pelajaran juga tidak seharusnya mengambil bulat-bulat keputusan kajian yang mungkin berat sebelah akibat mempunyai agenda tertentu. Pembela (Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional)  misalnya, di dalam laporan yang mereka lakukan, telah mengambil kira sampel dari 90 sekolah rendah dan 70 sekolah menengah. Apa yang orang ramai dan mereka yang anti PPSMI tidak mengetahui, laporan kajian mereka hanya berkisar kepada para pelajar di dalam Darjah 5 dan Tingkatan 4 sahaja.

Berikut adalah pecahan sampel kajian mereka:

3.2  Sampel Kajian terdiri dari sembilan puluh (90) buah Sekolah Rendah, iaitu 58 SK, 10 SK (FELDA), 5 SK (PULAU), 3 SK (ASLI), 2 SK Pendidikan Khas, 7 SRJKC dan 5 SRJKT.

3.3. Bagi Sekolah Menengah (SM), Sampel Kajian terdiri dari tujuh puluh (70) buah sekolah, yang meliputi Sekolah Menengah Kebangsaan (44 SMK), SMK FELDA (5), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (4 SMKA), Sekolah Berasrama Penuh (4 SBP), Maktab Rendah Sains Mara (5 MRSM), Sekolah Menengah Teknik (4 SMT) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Conforming (4 SMKC).

Pembina juga tidak melakukan kajian terhadap golongan yang mempunyai pandangan paling penting di dalam PPSMI, iaitu para ibubapa. Mereka hanya menilai dari kajian terhadap murid murid di Darjah 5 dan Tingkatan 4, guru-guru, pengetua sekolah dan penolong kanan. Apakah hasil kajian mereka? PPSMI tidak bagus untuk para pelajar.

Apabila persatuan ibubapa peringkat kebangsaan (PAGE) cuba untuk mengetengahkan pendapat mereka setelah melakukan kajian mereka sendiri, golongan anti PPSMI dari Pembina dan GMP mengkritik persatuan ibubapa tersebut sebagai berat sebelah.

Mereka berkata:

PAGE harus insaf juga bilangan dua ribu dan 240 buah sekolah di Lembah Kelang yang diperolehnya itu langsung tidak boleh mewakili puluhan ribu sekolah seluruh Malaysia.

Apabila GMP dan Pembina membuat kajian hanya di dalam 160 (90+70) buah sekolah, di mana kekuatan alasan mereka apabila PAGE telah membuat kajian terhadap 240 buah sekolah?

Bukankah para ibubapa mempunyai hak yang lebih besar terhadap haluan sistem pendidikan anak-anak mereka? Mungkin kita tertanya diri sendiri, mengapa para pejuang bahasa ini begitu lantang ingin menukar semula pembelajaran PPSMI ke Bahasa Malaysia tetapi dalam masa yang sama, tidak berani memperjuangkan Bahasa Malaysia dikalangan orang bukan Melayu.

Memperjuangkan dan memartabatkan bahasa kebangsaan tetapi turut mengiktiraf kewujudan sekolah vernakular? Tidak masuk akal!

Saya akhiri artikel kali ini dengan berdoa agar Menteri Pelajaran kita dapat membuat keputusan yang betul esok hari. Saya sertakan satu artikel dari Utusan Malaysia yang elok dijadikan sebagai bahan rujukan. Terima kasih.

BM Bukan Setakat PPMSI

oleh Marhaini Kamaruddin

APAKAH dialog filem Melayu yang masih anda ingati sehingga sekarang? Sama ada terkesan dengan keindahan bahasanya yang puitis dan romantis, geli hati dengan kelucuannya atau sakit hati dengan kata-kata sadis yang dilontarkan oleh pelakon?

Puas juga penulis memikirkannya tetapi tidak ada yang terlekat dalam fikiran. Jika ada pun mungkin dialog lucu dalam Budak Kelantan tentang alamat “Kota Bharu, California” watak jahatnya yang digelar “gengster Amerika”.

Bagaimanapun penulis percaya jika ditanya tentang filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, tidak ada masalah untuk kita mengingatinya! Paling mengesankan tentulah dialog Mak Dara dalam Ibu Mertuaku yang antaranya berbunyi: “Siapa Kassim Selamat? Loyar? Majistret? Apa… ahli muzik?”

Dialog “Walaupun rupamu tidak ku kenal tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku” yang dituturkan oleh Datuk Aziz Satar dalam Seniman Bujang Lapuk pula sentiasa membuat kita tidak kering gusi setiap kali mendengarnya.

Tetapi kenapakah filem-filem P. Ramlee masih terus diingati sehingga kini?

Mungkin ada yang menjawab sebab ia selalu diulang tayang di televisyen. Persoalannya kenapa masih ada yang terus terpaku di kaca televisyen biarpun filem-filem itu telah ditonton berkali-kali?

Adakah peminat yang bertindak serupa terhadap filem-filem Melayu baru seperti Impak Maksima, Bohsia, Evolusi Drift, Cicakman atau KL Menjerit?

Tidak kena gayanya mungkin ada yang menghantar surat terbuka ‘memarahi’ stesen televisyen kerana asyik mengulang tayang filem yang sama. Jadi apakah jawapan kepada kesetiaan peminat terhadap filem-filem P. Ramlee? Ada yang menjawab kerana ia menghiburkan. Ya, tetapi bahagian mana yang menghiburkan itu?

Jawapannya bagi penulis terletak pada kekuatan pengucapan dialog atau bahasanya!

Perkara inilah yang kurang dititikberatkan di dalam filem-filem Melayu sekarang.

Keadaannya berbeza dengan filem-filem Bollywood dan Korea malah Indonesia yang berjaya merentas sempadan negaranya. Cukup dengan membaca sarikata, peminat di seluruh dunia berkongsi suka, sebak dan berlinang air mata menghayatinya.

Dalam hal ini, penulis tidak menyalahkan pembikin filem Melayu. Di sinilah terletaknya peranan badan penguat kuasa, agensi kerajaan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pertubuhan dan individu pejuang bahasa untuk turut sama menentukan hala tuju filem, drama dan lagu-lagu Melayu.

Di tangan mereka sepatutnya bahasa Melayu dapat diangkat ke kedudukan dan martabat yang tinggi di negara ini.

Kesempatan berada di Korea Selatan dan melihat program-program televisyen negara itu membuka mata betapa rakyatnya begitu bangga dan bersungguh-sungguh mempromosikan bahasa mereka.

Berbanding rakyat Malaysia yang bersusah payah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan warga asing yang berada di negara ini. Sebaliknya di negara itu, rakyat asing pula yang bersungguh-sungguh mempelajari bahasanya. Program stesen KBS Chit chat with beautiful ladies mengundang wanita asing dari seluruh pelosok dunia membicarakan pelbagai topik sepenuhnya dalam bahasa Korea.

Kini, filem, drama malah lagu penyanyi negara itu – dalam bahasa Korea – membanjiri pasaran dunia dari Asia hingga ke Amerika Latin dan Eropah. Ia telah membantu mempromosikan budaya dan bahasa serta apa sahaja tentang Korea.

Malangnya di Malaysia, perjuangan memartabat bahasa kebangsaan sering kali disempitkan kepada sektor pendidikan atau tepatnya peringkat sekolah.

Kerap kali sasaran kejayaan sesuatu usaha atau kempen dibebankan kepada guru dan pelajar. Akibatnya, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) menjadi polemik dan konflik ekoran campur tangan politik yang tidak sewajarnya.

Matlamat asas pelaksanaannya enam tahun lalu seperti dilupakan. Desakan dibuat supaya pelajar kembali menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu sedangkan persekitaran yang menunggu mereka di peringkat kolej, universiti dan tempat kerja tidak pula sedemikian.

Tidak boleh siapa pun menafikan, bahasa pertuturan di syarikat-syarikat besar dalam negara malah di jabatan dan agensi kerajaan adalah bahasa Inggeris. Lebih malang lagi bagi pelajar apabila memasuki pasaran kerja, syarikat-syarikat dikuasai tokoh perniagaan berketurunan Cina turut mensyaratkan bahasa Mandarin untuk mereka.

Justeru benarkah gerakan memansuhkan PPSMI ikhlas mahu membantu pelajar khususnya di luar bandar seperti diuar-uarkan?

Tidakkah perjuangan mendaulatkan bahasa tidak sepatutnya menafikan masa depan anak-anak kita?

Tidak ada salahnya para pejuang bahasa mendesak pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ditingkatkan di sekolah-sekolah. Namun tidak adil pula untuk mereka menafi atau menolak usaha kerajaan melengkapkan para pelajar dengan bahasa Inggeris demi kesenangan dan kemudahan mereka pada hari muka.

Tumpuan sepatutnya diberikan oleh para pejuang bahasa untuk memperkukuhkan penggunaan bahasa Melayu di segenap lapisan dan peringkat di seluruh negara.

Golongan ini sepatutnya mendesak agar bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan digunakan dalam semua acara rasmi kerajaan dan swasta! Desak juga semua program bertaraf antarabangsa yang dianjurkan dalam negara menggunakan setidak-tidaknya dua bahasa dengan satu daripadanya adalah bahasa Melayu!

Desak kerajaan mewajibkan setiap program televisyen yang dibawa dari luar negara menyediakan sarikata atau dialih bahasa. Desak juga supaya semua papan tanda ditulis dalam bahasa kebangsaan. Begitu juga surat dan dokumen rasmi termasuk perjanjian jual beli hartanah!

Desak kerajaan menetapkan syarat agar pelajar atau pekerja asing menduduki ujian asas bahasa Melayu atau sekurang-kurangnya mengikuti kursus pendek bertutur dalam bahasa itu.

Dan pastikan semua pemimpin politik bercakap terutamanya di Parlimen dalam bahasa kebangsaan yang sempurna bukannya caca-marba. Penulis tidak tahu adakah semua desakan itu telah dibuat oleh para pejuang bahasa kita. Jika sudah, baguslah. Tetapi berapa peratuskah kejayaan pelaksanaannya?

Sejarah Tanah Melayu menunjukkan bahasa Melayu pernah menjadi lingua-franca. Para pedagang China, Arab dan India pada masa itu berusaha mempelajarinya untuk memudahkan urus niaga.

Jadi tidak mustahil ia dilakukan sekarang.

Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu tidak sepatutnya disempitkan kepada pelaksanaan PPSMI di sekolah sahaja.

Jika dasar itu hendak dimansuhkan, sejauh manakah persediaan kita menyediakan rujukan untuk mata pelajaran Matematik dan Sains termasuk cabang-cabangnya seperti perubatan, kejuruteraan dan teknologi dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda?

Sekadar perbandingan, carian di Internet bagi Sains menghasilkan hanya 8.15 juta perkara berbanding perkataan sama dalam bahasa Inggeris (Science) sebanyak 718 juta.

Manakala carian Matematik menghasilkan 12.6 juta perkara berbanding 92.7 juta bagi Mathematics. Agak mengejutkan carian Sejarah Melayu juga hanya menemui 538,000 topik berbanding 6.07 juta dalam bahasa Inggeris.

Justeru sudah banyakkah buku rujukan dalam bahasa Inggeris yang telah diterjemah – seperti dilakukan oleh negara-negara yang mengagungkan bahasa ibunda mereka contohnya Jepun dan Korea?

Bukankah kelemahan penuntut kita di universiti untuk memahami subjek-subjek itu jugalah yang mendorong kerajaan mewujudkan dasar PPSMI enam tahun lalu?

Jika khutub khanah kita sudah lengkap, tidak ada masalah untuk para pelajar kita kembali mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.

Namun jika tidak, sesuatu perlu dilakukan dari sekarang sebelum mereka melangkah kaki ke menara gading dan terpinga-pinga mencari rujukan untuk memahami terma-terma dalam bahasa antarabangsa itu.

Terjemahan yang dibuat pula perlulah jelas dan bukan semudah memelayukan perkataan asing seperti ratifikasi yang diterjemah daripada ratification. Ia tidak membantu mengayakan bahasa kebangsaan.

Jika semua tuntutan di atas belum dibuat dan dilaksanakan, hentikanlah desakan untuk menghapuskan dasar itu yang diperkenalkan demi memajukan anak bangsa!

43 thoughts on “Bahasa Malaysia dan para pejuangnya

  1. izinkan saya berkongsi satu artikel bersama dengan pembaca JMD.

    ramai yang menentang PPSMI hanya boleh menggunakan alasan ingin pertahankan bahasa.

    kritikan terhadap PPSMI ialah

    1. status bahasa kian dihakis
    2. PPSMI dilihat utk belajar bahasa inggeris

    Ini saya tidak setuju.

    PPSMI diperkenalkan bagi memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman subjek ataupun bidang Sains dan Matematik yang luas.

    Janganlah duduk berselindung di belakang tirai “Pertahankan Bahasa Kebangsaan”.

    Ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah dengan harapan mereka akan muncul seorang yang berjaya kelak dan menjadi insan yang berpengetahuan luas, bukan hanya untuk mendapatkan sijil.

    Kalau alasannya ramai akan gagal peperiksaan, ini tidak munasabah. Bukankah penting seorang anak muda mengubah strategi pengajian dan belajar dengan lebih tekun lagi ?

    Sekiranya kami tegas nak pertahankan identiti Bahasa Cina, Melayu dan Tamil, bukankah kami patut memberi tumpuan kepada subjek Bahasa dan bukan Sains dan Matematik ?

    Hairan saya. Kalau bahasa ibunda yang dipentingkan, mengapa tidak memberi cadangan kepada Kerajaan agar gred minimum subjek Bahasa untuk lulus SPM dinaikkan daripada P8 kepada C5 atau C6 ?

    http://manifestogwl.blogspot.com/2009/06/prof-diraja-ungku-aziz-ppsmi.html

    Like

  2. Dear JMD,

    Actually saya tak berapa layak untuk komen issue PPSMI, since saya pun bukan x-student pure science stream…

    lately, ade mase terluang sikit, dapat-lah nak selak buku kimia my “little” brother, & in my opinion agak “tough” their English… try check urself… i think at university level pon tak pakai english macamtue…

    I totally agreed for PPSMI implementation for the long-term positive impact on malaysian youngsters… tapi kenalah laksanakan secara bijaksana.. bukan tergesa-gesa…

    in my opinion…

    1.) wajar laksanakan “tahun peralihan” bagi pelajar selepas upsr, to build confident among the students…

    2.) kekurangan cikgu english perlu diatasi (if possible, boleh import from OVC)

    3.) to introduce a special program at national level, alike toastmaster, & make compulsory for all school students.
    ( toastmaster is complete set of program consist of public speaking modules and students are assess for each module)

    4) && etc…

    Okeyy.. thats all..

    Like

  3. Sampai bila Malaysia nak berjaya selagi semua perkara dipolitikkan. PPSMI adalah perlu di sekolah. Bila kita tengok orang yang tak paham bhasa inggeris, nampak macam seolah-olah otak orang tu sempit. dan sememangnya org yang anti-ppsmi ni boleh dikatakan org melayu yg sempit pemikiran. bila la kaum kita nk keluar dr kepompong pemikiran sempit ni..tuhan sendiri ajar kita dan nabi kita tunjuk kt kita supaya kita berfikiran terbuka. tapi bila pemikiran dah kelabu ngan politik, mcm ni la jadinya..

    Like

  4. Adakah udang di sebalik batu ?. Yang menentang PPSMI mungkin ada niat lain. Adakah ini niat mereka supaya anak anak luar bandar tidak berjaya menguasi bahasa Inggeris supaya anak dan cucu mereka ini akan menghadapi kurang saingan kelak.

    Like

    • ya, itulah sebenarnya!

      Liberalisasi pasaran, kemudian mansuh PPSMI. lengkaplah sudah agenda memastikan anak-anak Melayu marhaen TIDAK disiapsiagakan dan TIDAK berdayasaing.

      Like

      • Dear Averag Joe

        “Liberalisasi pasaran, kemudian mansuh PPSMI. lengkaplah sudah agenda memastikan anak-anak Melayu marhaen TIDAK disiapsiagakan dan TIDAK berdayasaing.”

        True and may I add. It could also be a reminder from UMNO to the Malays who are fanatic supporters of PAS, PKR and even DAP, of things to come.

        mohamed

        Like

  5. Hi JMD,

    I am sorry, I have not been commenting for sometimes. Some subject are beyond my semi-literate brain. Anyway, you have my support always.

    Like the way you archived the pieces on 13 May & Anwar. Easy access if we need reference.

    Take it easy, and as always, great postings.

    Like

  6. Saudara,

    Komen ini bukanlah untuk PPSMI. Cuma ingin mengambil contoh darinya serta menghormati tajuk PPSMI yang Sdr. muatkan kali ini. Ianya lebih menjuruskan kepada soal “MERTABAT”. Walau apa pun tentang PPSMI ini, keputusan akan dibuat oleh kabinet dlm sejam dua lagi.

    Saya bersetuju dengan PPSMI. Suasana di bandar boleh dikatakan tidak ada masalah besar untuk menggunakan Bahasa Inggeris (BI). Mungkin masalahnya ialah pada Bahasa Kebangsaan (BM) yang rasanya telah tidak begitu perkasa lagi utk digunakan dlm pembelajaran Sains & Matematik (S&M) dewasa ini. Bagaimana pula di kampung? Telahan saya, agaknya mereka mempunyai masalah untuk menggunakan BI untuk belajar & mengajar S&M. BM agaknya tidak menjadi masalah kepada mereka, tetapi BM tidak berupaya untuk mengejar perkembangan yang berlaku dlm S&M ketika ini. Kenapa begini jadinya? Adakah ianya isu “MERTABAT?”

    Pada suatu waktu dahulu, org Jepun, Rusia, Korea dsb memerlukan ilmu yang ada pada org lain. Apa yang mereka buat? Agaknya seperti org Malaysia juga. Kita belajar BI untuk menimba ilmu S&M. Bahkan, 1000 tahun dulu, org Eropah menimba ilmu S&M dari org Arab. Adakah org Arab dulu mengajar S&M kpg org Eropah ini dlm BI? Rasanya tidak, British tidak mengajar ilmu S&M kpd kita dlm BM.

    Tapi sekarang, jika kita lihat bahan-bahan rujukan S&M di negara Jepun, Korea, Rusia dsb. Cukupkah bahan-bahan rujukan tersebut dlm bahasa kebangsaan masing-masing di negeri masing-masing? Saya rasa lebih dari cukup. Adakah buku-buku rujukan di negara-negara Eropah sekarang ini kebanyakan dalam bahasa Arab? Saya rasa tidak. Tapi lihat pula di Malaysia ini, bagaimana pula keadaannya? Kita kelam kabut utk belajar & mengajar S&M dlm bahasa kebangsaan sendiri. Kenapa? Kenapa tidak kita jadi mcm org Jepun, Rusia, Korea dsb yg pada suatu ketika, mcm kita juga, yakni perlu menimba ilmu org lain untuk dibawa balik ilmu itu ke bumi sendiri. Jepun membawa balik ilmu dlm BI itu dlm bahasa Jepun dinegara mereka, tapi kita? Soalnya di mana sekarang ini? Soal Bahasa Inggeris ataupun soal Memertabatkan bahasa sendiri? Bagaimana pula kalau 1000 tahun lagi bahasa teknologi beralih kepada bahasa Rusia, sepertimana beralihnya Bahasa Arab kepada Bahasa Inggeris sekarang ini. Adakah keadaan ini akan berulang lagi buat generasi kita nanti, kalaulah generasi Melayu masih ada lagi waktu itu?

    Jawi sudahkan dimandikan dan sedang dikapankan. Tunggu masa utk dikuburkan serta ditalkinkan. BM buat masa ni, saya rasa lebih hampir kepada “Hidup segan, mati tak mahu”. Ini soal “Bahasa” yang TIDAK DIMERTABATKAN oleh anak bangsa sendiri. Salah siapa kalau bukan kita sendiri? Hakta, PM sekalipun, sekiranya beliau seolah-olah menerima “Bahasa Chinese” menjadi ciri “Negara Malaysia”, (lihat bahasa yg PM sendiri guna di blognya), kenapa tidak Bahasa Tamil? Iban? Kadazan? saya pun ingin menuntut supaya loghat Kelantan diguna pakai di blog PM itu sendiri! Kenapa PM sendiri tidak MERTABATKAN bahasa Kebangsaan? Kita ada Bahasa Kedua, bagi mereka yang tak faham bahasa Kebangsaan. Orang asing yang membaca blognya, tak mengapalah. Tapi apakah alasannya bagi yang mendabik dirinya sebagai seorang warga negara, tapi bahasa kebangsaan pun tidak tau bertutur? Kenapa pula nak marah kalau digelar “PENDATANG?”

    Maksud komen bukan tertuju kpd PPSMI, tapi tertuju kepada soal “MERTABAT”. Kita sudah lihat apa telah jadi sekarang ini bila Bahaasa Kebangsaan tidak dimertabatkan oleh kita sendiri, dari rakyat bawahan sampailah ke PM sendiri. Amat sukalah kaum pendatang mengambil kesempatan menengahkan bahasa yang asing di negara ini.

    “Bahasa Kebangsaan”, telah tidak dimertabatkan. Cakap saja, bikinnya tidak. Apa lagi yang kita terlepas pandang? Hak orang Melayu? Hak kaum Bumiputera? Asal usul negara ini? Dasar Liberalisasi yang agaknya lebih bersifat apologist?

    Ini soal Melayu & Bumiputera. Orang lain jangan masuk campur. Orang Malaysia sekira mahu memberikan pendapat membina bagi mencapai perpaduan yang utuh di antara kaum Melayu, Bumiputera dan Warga Negara yang lain, dipersilakan. Guna Bahasa Kebangsaan kita. Sekiranya terpaksa, gunalah Bahasa Kedua kita. Orang cina, india sila jangan masuk campur dan berhentilah buat onar di negara ini. Jangan sampai Melayu mengamuk!

    Kebelakangan ini, nampaknya Melayu semakin dipinggirkan. Hak-Hak mereka yang telah sekian lama termaktub dihakis satu demi satu. Oleh siapa? Gula-gula diberikan kepada bangsa asing yang mengaku bangsa Malaysia, tapi menjunjung negara nenek moyang masing-masing. Kenapa? Kerana untuk satu undi politik di DUN dan Parlimen?

    Dalam kalangan orang Melayu sendiri, hanya kulit nampak Melayu. Tapi hakikatnya, agak setaraf dengan pengkhianat bangsa & negara. Kekayaan negara dipukul habis menyumbat hawa nafsu sendiri, nasib bangsa tidak dipedulikan asalkan dapat melahap sekarang juga. Apa yang UMNO buat untuk org yang sebegini? Kekalkan ditempat-tempat tertentu supaya pelahap-pelahap ini terus melahap?

    Yang membantu bangsa asing “menakluk” bumi Tanah Melayu ini pun sama. Pengkhianat!!! Sesama bangsa dikeji dicerca. Cina komunis dijulang, berlaku kurang ajar yang kerterlaluan di depan Raja! Apa yang PAS buat? Mana dia Melayu PKR?

    Kalau beginilah keadaan UMNO, Pas & Melayu PKR – ingin saya cadangkan supaya para blogger pula lah bertanding atas tiket bebas, tak payah parti. Saya nak undi berdasarkan calon itu sendiri pula, bukan lagi parti. Kalau ada yang benar-benar ingin membela negara Malaysia (utk org Malaysia, bukan org cina, india dll), maka saya akan beri undi kpd calon itu tak kira parti mana sekalipun dia, kalau dia bukan parti bebas.

    Nak harapkan BN? MCA, MIC, Gerakan dok asyik hentam orang Melayu & Bumiputera sampai UMNO hilang ****! Nak harapkan Pemuda UMNO? Jgn buat lawaklah, dulu bolehlah ada juga nampak taringnya, sekarang lebih tahi dari gigi!

    Nak harapkan PR? DAP tak habis-habis dengan agenda cinanya. PAS hilang semutar entah kemana macam org mabuk! PKR? lebih bersandiwara dari waras!

    Ironinya, Melayu & Bumiputera adalah penduduk asal dan majoriti. Bangsa Malaysia mestilah berasaskan bangsa Melayu & Bumiputera. Tetapi oleh kerana satu undi politik, pemegang amanah negara sanggup memporak perandakan kekayaan negara, bersikap apologist hinggakan lahir mini cina, mini india di negara ini.

    Kita yang dah keras berkepala batu ni, sudah tidak ada harapan. Terpaksa mengharungi keadaan ini. Tapi, wajarkah kita membiarkan keadaan yang sama berlaku kepada generasi yang akan datang?

    Melentur buluh biar dari rebungnya. Muhyiddin Yassin & Najib Razak patut mengambil perhatian serius. Betulkan sistem pendidikan negara. Mertabatkan ciri-ciri negara Malaysia (bukan negara asing). Mertabatkan Bahasa Kebangsaan. Terapkan semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi.

    Mari, ramai-ramai kita sign petition ni, desak kerajaan supaya bertindak segera. Sign petition di
    di sini

    Jangan sampai kita lebih senang jadi orang asing di negara asing daripada menjadi orang asing di bumi sendiri!

    “Bumi Ini Dulunya Bernama Tanah Melayu”

    Semerah Padi

    Like

    • Bahasa Melayu pasar, lu punya. Bahasa Malaysia kito semua punya la!

      Lagi, Tanah Melayu tu memang lagi Tanah Melayu tapi semua kaum ada kongsi, kalau ngak mana ada Tanah Melayu hari ini. Tapi Tanah Melayu tu hanya sebahagian Malaysia la!

      Like

  7. keputusan yang paling BODOH dan GILA populariti… ibu-bapa dan abang-kakak sekalian, jangan salahkan anak-anak/adik-adik anda jika kelak mereka terkial-kial dan gagal menyesuaikan diri dalam persekitaran berbahasa Inggeris ketika di universiti dan alam pekerjaan kelak, gara-gara mereka dinafikan peluang untuk pendedahan lebih awal di peringkat sekolah.

    dan jangan pula salahkan kolej-kolej dan universiti-universiti kita nanti, kerana mereka akan kembali dipaksa melentur buluh yang sudah besar keras.

    bangsa2 yang maju dan berjaya mahu anak-anak mereka lebih pandai dari mereka. tetapi orang kita ni (tak semua) TAKUT anak-anak jadi lebih pandai.

    1 step forward, 10 steps behind. Congrats and thank you Najib and Muhyiddin.

    http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newsindex.php?id=423799

    Teaching Of Science And Mathematics Reversed To Bahasa Melayu

    PUTRAJAYA, July 8 (Bernama) — The teaching of Science and Mathematics will be reversed to Bahasa Melayu, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin announced on Wednesday here.

    He also announced that the teaching of the two subjects in vernacular schools would be conducted in their mother tongue.

    The implementation would take effect in 2012, he said.

    — BERNAMA

    Like

  8. JMD,

    Secara sinisnya:

    Terdaulatkah bahasa Melayu dengan menukarkan bahasa Inggeris kepada bahasa Mandarin & Tamil?

    Jadi apa fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan sebenarnya?

    Tukar dari bahasa asing (Inggeris) kepada bahasa asing yang lain (Mandarin & Tamil).

    Haha. Pejuang bahasa dah semakin nyanyuk. Cauvinis Dong Zong tersenyum puas (memperkuda pejuang bahasa).

    Like

  9. Pingback: Saga PPSMI: Terjawab Sudah… « On Da Street

  10. JMD,

    Satu keputusan menyedihkan. Saya tidak pasti cara penilaian dan asas yang diambil untuk membuat keputusan .Sekiranya berdasarkan keyakinan untuk melahirkan bangsa yang maju pasti PPSMI diteruskan tetapi sekiranya keputusan berdasarkan tujuan politik inilah akibatnya.Malang sekali kerana saya berharap pemimpin baru mempunyai istizam untuk memajukan bangsa tapi sebalik …para menteri sekali kali anda telah berjaya untuk menyakinkan saya supaya tidak mengundi sekali lagi .

    Saya rasa tidak payah kita tunjukkan statistik berapa ramai pelajar Melayu yang berjaya ketika pra dan post PPSMI .Kalau lihat pencapaian pelajar Melayu di dalam mata pelajaran yang di ajar di dalam Bahasa Melayu contohnya Kesustraan Melayu,Agama,Sejarah berapa ramaikah yang ‘excellent’ setakat lulus memang banyak .

    Janganlah menjadikan pelajar Melayu yang pintar dan tekun akan menghadapi masalah semasa melanjutkan pelajaran di peringkat Universiti. Saya telah merasainya . Kita hanya akan melahirkan lebih ramai pelajar Melayu yang sederhana.

    Bapak menteri bila lagi kamu mahu berkorban untuk bangsa.

    Like

  11. Duh…disappointing bila dimaklumkan bahawa PPSMI akan di mansuhkan…

    Yang lebih mengecewakan, adalah suara suara yang KUNUN nak memertabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa berdaulat, bahasa Ilmu diam menikus bila kita mencadangkan SSS.

    Like

  12. Dear JMD,

    I am at a lost for words. Memartabatkan Bahasa Melayu or Bahasa Malaysia means that vernacular schools get to teach in their own language? Memartabatkan Bahasa Melayu or Malaysia means that we will again have three different languages to teach Sience and English and that means three different syllabus. 3 different speed and 3 different capabilities.

    Just a thought though, we often speak of Malays etc. How about the Tamils or Indians? Wouldn’t they also be left out. I have not seen many adverts that say that recruiting Tamil speakers would be an advantage. How would they fit to mainstream Malaysia, how do they fit into society when the language of interaction for them is largely Tamil.

    1Malaysia now means 3 or 4 races, 3 or 4 languages, 3 or 4 religions? Sounds like we are going back to the pre Merdeka days. Malays in the Kampung, Indians in the Estates and Chinese in the Cities.

    I am warbling…..that’s how disappointed I am. How can we unite the races when we continue to allow each race to their own language, education system, syllabus and curricular?

    Those Anti PPSMI I would like to thank you for pointing out how many shortsighted people we have in Malaysia.

    JMD : I share your sentiment. Thank you for the comment.

    Like

  13. Hey, JMD.
    Loved your well researched and well-argued articles. You should publish it into a book.

    Horrendous decision by the side of this government. And with flimsy logic as well. In order to make these students better in English, we’re going to add 80 more minutes in English study time?
    Under PPSMI, you have 200 minutes of English, 120 minutes of Mathematics and another 120 minutes in Science. That’s 440 minutes of students exposed to the English language in its scientific and literary use.
    They argued that the students can’t even be fluent, and to solve this is to remove 4 English speaking hours and add 80 more minutes in English, and suddenly all the students wll be more fluent and can conquer the world.
    Again, disappointed with the government’s decision.

    And also appaled at the sheer hypocrisy and laziness of the fighters of GMP. If they really wanted to fight for Bahasa Malaysia, why stop at PPSMI? Ask the government to stop the teaching of university subjects in English. Ask the lecturers at the Science faculty to teach these students in BM. After all, they’ve been exposed to it for 12 years. In fact, we should now teach English in Bahasa Malaysia, siply because we want to ‘martabatkan bangsa’.

    I apologise for the outburst, JMD. But this decision by the government just perpetuated the myth that Allahyarham Syed Hussein Al-Atas tried to kill-the myth of the lazy, intellectually inferior native.

    Thank you.

    Like

  14. melihatkan isu ini, saya sangat2 tidak bersetuju sekiranya subjek sains dan matematik diajar kembali ke bahasa malaysia. sebagai seorang guru saya merasakan pembelajaran subjek2 ini di dalam bahasa inggeris sangatlah baik. sememangnya Tun seorang yang berpandangan jauh.

    apabila saya menanyakan pelajar2 saya berkenaan isu ini, 80% menyatakan bahawa lebih mudah belajar subjek sains dan matematik di dalam bahasa inggeris berbanding bahasa malaysia. mempelajari subjek sains dan matematik di dalam bahasa inggeris bukan sahaja membantu pelajar untuk memahami pelajaran dengan mudah malahan ia juga membantu pelajar2 mengaplikasikan pembelajaran bahasa inggeris di dalam subjek2 tersebut.

    saya selaku guru bahasa inggeris kadangkala sangatlah sukar untuk memastikan para pelajar mengaplikasikan pembelajaran mereka dalam kehidupan seharian. jadi, dengan adanya PPSMI ini dapatlah para pelajar mengaplikasikan segala pengetahuan mereka. Sebenarnya pembelajaran dan pengajaran subjek sains dan matematik di dalam bahasa inggeris adalah serampang dua mata atau kata orang ‘win win situation’.

    isu di mana pelajar luar bandar sangat lemah pencapaiannya, adalah satu alasan yang sangat jumud. janganlah kita salahkan dasar yang mana sangat penting dan berguna kepada negara, tetapi salahkanlah cara pelaksanaannya. Jika di lihat kembali, elaun ‘BISP’ yang diberikan kepada guru dan program ‘BUDDY SUPPORT’ tidaklah mencukupi untuk mempersiapkan guru2. Sepatutnya kerajaan memantapkan lagi ilmu pengetahuan guru2 ini supaya PnP mereka akan lebih mantap dengan mengadakan lebih banyak kursus. Adakah kerana subjek sains dan matematik di dalam bahasa inggeris, pencapaian pelajar luar bandar jadi lemah? sudah tentulah tidak. Yang menjadi persoalannya ialah dari siapakah pelajar2 ini belajar? sudah tentulah guru.

    Waima, bukanlah saya ingin menyalahkan guru-guru yang mengajar. kerana saya juga seorang guru. pernah juga ada perbincangan dikalangan guru2 ppsmi akan isu ini. dan saya dapati majoriti nya sangat selesa mengajar di dalam bahasa inggeris. namun, bagi yang agak kurang selesa itu alasan mereka ialah kerana b.inggeris itu susah. dan mereka pula tidak berusaha untuk menjadikan b.inggeris itu mudah. jadi sekarang ini saya dapati permasalahnnya adalah sikap guru itu sendiri.

    tambahan pula, berkenaan isu pelajar luar bandar yang lemah ini, ia bukanlah isu yang besar kerana sebenarnya soalan peperiksaan adalah DWIBAHASA! sekiranya guru2 luar bandar merasakan sukar untuk mengajar di dalam bahasa inggeris dan para pelajar juga sukar memahaminya, PnP bolehlah dilaksanakan di dalam bahasa melayu! ini adalah kerana soalan periksa adalah dalam DWIBAHASA yakni bahasa malaysia juga bahasa inggeris…

    masalah pelajar2 kita semakin lemah di dalam bahasa malaysia sendiri juga bukanlah isu yang besar. ini adalah kerana kelemahan mereka dan bukanlah kerana PPSMI ini di mana SIKAP mereka sendiri yang kurang menghargai dan menghayati bahasa ibunda. tambahan lagi, sikap kurang membaca dikalangan generasi muda juga antara faktor mengapa generasi kini lemah penguasaan bahasa melayu/Malaysia.

    saya sangat kecewa apabila PPSMI dimansuhkan kerana ia jelas sekali satu keputusan yang melangkah kebelakang. untuk pihak kementerian, jelas sekali rakyat sangat kecewa dengan keputusan ini…

    Wallahua’alam…

    Like

  15. JMD

    Saya ingin menyokong pendapat guru ctmai di atas.

    Saya melihat dari segi penting nya BI untuk kemajuan sains dan teknologi negara. Nyata bahawa kemjuan sains dan teknologi di masa akan datang akan terus di laporkan dan di sebarkan kebanyakan nya dalam BI. Kekurangan kecekapan pelajar pelajar dalam BI dengan sendiri nya akan mengurangkan penerimaan, penyebaran dan penggunaan pengtahuan sains dan teknologi yang terbahru di negara ini.

    Jika boleh di terjemahkan pun, kita akan kerugian masa dan ahli-ahli sains dan teknologi kita akan gagap di sana sini di seminar-seminar antara bangsa. Rugi.

    So’al kelemahan murid murid di luar bandar boleh di atasi dengan beberapa cara.

    Bukan kah sains dan teknologi asas kapada kemajuan negara di zaman sekarang? Bukan kah penting kita ada sebanyak mana rakyat yang bukan sahaja tinggi pengtahuan nya tetapi juga terkini pemahaman nya dalam bidang sains dan teknologi?

    Kita mahu capaikan tahap sehingga banyak di antara rakyat yang merentasi bidang precision engineering, aeronautics, senjata, alat-alat peperangan, nuclear dan sebagai nya. Tun Dr Mahathir kata kita beli kapal terbang F18 pun, penjual nya, USA, tentukan kita tidak boleh gunakan untuk tujuan ketenteraan yang luas. Begitu sekali kawalan mereka.

    Boleh kah kita capai tahap tersebut dengan kadar yang cepat sekarang ini?

    Saya pun kecewa dan tidak faham mengapa keputusan di buat demikian. Kalau kerana mertabat BM, mengapa di benarkan bahasa vernakular pula? Politik? Kepentingan tertentu (vested interest)?

    Walhal reaksi pihak berkuasa terhadap Cadangan Satu Sekolah untuk Semua (SSS) belom nampak positif setakat ini. Saya ingin lihat perkembangan yang positif di negara ini.

    Maju.

    Like

  16. Salam JMD,

    Dengan segala keputusan2 kerajaan akhir2 ini tiba2 saya didatangi satu perasaan ‘deja vu’ … macam yang saya rasa selepas 2-3 tahun era Paklah. Yang saya takut kali ini ‘kemusnahan’ yang bakal terjadi lebih besar tapi lebih ‘teratur’.

    Perasaan yang sama saya rasakan sewaktu saya mendengar/melihat ceramah kempen Najib swaktu PRK KT awal tahun ini. Apa yang saya nampak tika itu, Najib adalah seorang politician yang berjaya tapi beliau bukan seorang pejuang bangsa.

    PPSMI ? Seperti kata saudara dalam artikel lalu, bertepuk soraklah mereka yang melihat keputusan kerajaan ini dari sudut RM. Tidak ada semangat perjuang bangsa dikalangan menteri2 kita.. tidak ada keikhlasan dalam mendaulatkan bahasa maupun bangsa.

    We are going down the same road as per paklah era.. penolakan PPSMI, bersama alasan2 yang tak logik, ini menguatkan lagi kebimbangan saya…

    Like

  17. In my opinion , these Gapena guys have small brains.Their misplace patriotism is at best myopic and will only disadvantage the people they claim to champion, the rural students.

    How can the teaching of Maths and Science in English degrade BM ?. There are so many other subjects being taught in BM.

    From my observation, with PPSMI abolished , how many extra hours of English lessons can be added ?. Moreover how are the students going to learn the scientific and mathematical terms in English?

    Under PPSMI, not only are the students learning scientific and mathematical terms in English, they also have more hours of exposure to the usage of English in their daily lives.

    With time, the students will imbibe more and more of the English language.

    Scrapping of the PPSMI will put the rural students at a greater disadvantage. How are they going to get more opportunities to use the English language in their daily lives?.

    Like

  18. Dearest JMD,

    I am sadden by the decisions that been made by the Govt.

    Yesterday, as I was driving along Jln Ampang, I pass through 3 private school. The students just finished the morning sessions. 99% of the student that came out from the school was not Malay.

    Later I was discussing this matter to my husband. Wealthy Malay family will send their children to private school so that they could get better education and better environment. The subjects and language that they teach and speak is in English.

    The average and poor Malays are in SMK. Most Students and Teachers in these schools (from my own experience) they will speak Malay language. English will only be heard during the English subject. Even then, you will hear them explaining it in Malay.

    Then as all of them grew up, you and I know who will get most advantages. Of course most of the jobs opening will go to the private school students. This itself does not include parents sending their children to overseas Universities. Not only they could speak better/fluent English, they get better tutoring (since the Teachers never gave excuses as in “it is hard to teach in English as we were also taught in Malay”). I pity the average/poor because not only they were rank by wealth, but also the education that they receive when young.

    It is good that the Govt are asking schools to have at least 300min of English subject per week. But why not include that and the subjects Maths and Science stays in English. Then student would have understood the subject more.

    In Future, our SMJK students have the same opportunity with the wealthy private students on language. Higher work chances for them. We will hardly hear employers complaining on most Malay/non-Malay graduates from Malaysian University or SMJK cannot speak proper English or English at all.

    Please Govt, at least give a little bit of hope to the average/poorer students/families for their future.

    Like

  19. Salam,

    Saya berpendapat keputusan iniadalah untuk menyelamatkan tengkok masing-masing bila berhadapan PRU 13 nanti.

    Kalau tak dibatalkan sekarang, guarentee kalah.
    Bila dah dibatalkan, maka harapan nak menang cerah sikit.

    Kawan pejabat (orang Cina) kata, disekolah anaknya serakang (sebelum pengumuman pembatalan), bila ada kelas Mat/Sain (guna BI) maka dihari yang sama diadakan kelas Mat/Sains (guna B Mandarin) supaya anak-anak betul-betul faham. Kita perlu ingat Sekolah Cina, waktunya lebih panjang dan setiap Sabtu ada kelas.

    Hanya nak kongsi cerita dan saya tidak bersetuju dgn keputusan yg telah dibuat.

    Like

  20. Orang politik kita mudah sangat tunduk dengan tekanan politik. Sergah sikit, dah cuak takut. Entah bila nak tunjuk tulang belakang. Nak jaga hati entah siapa aku pun tak tau. Budak-budak ni masuk universiti baru tahu beza langit bumi. Cubalah cari bahan-bahan rujukan dlm bahasa melayu kalau boleh.

    Like

  21. Salam JMD,

    Dah lama tak menjenguk ke sini. BZ cari makan. Kerja sendiri katakan…
    Bila dengar kat radio yang PPSMI nak dibubarkan 2012, saya tak dapat cakap banyak. sedih dan marah terutama dengan pak2 menteri tu! saya memang mahu PPSMI diteruskan.

    nampaknya lebih ramai orang yang lebih suka untuk memanjakan anak rupanya di Malaysia ni. atau sebenarnya lebih ramai orang yang rasa rendah diri bila berhadapan dengan bahasa inggeris, samada sebagai ibubapa atau guru yang mengajar (yang elaun sanggup terima tapi untuk mengajar, banyak alasan. berkat ke?)

    kepada pejuang bahasa malaysia, tepuk dan sorak gembiralah anda kerana anda telah menjadikan bahasa malaysia setaraf dengan bahasa ibunda dua kaum lain di malaysia. PPSMI tukar kepada bahasa melayu, mandrin dan tamil!

    PPSMI diadakan dengan harapan akan ada bakal penerima Nobel dalam bidang sains atau saintis terkemuka dari Malaysia satu hari nanti. saintis ini mungkin bakal lahir dari semua lapisan masyarakat dan bukan saja mereka yang mendapat pendidikan mahal seperti sekolah persendirian. mereka mungkin akan muncul dari kalangan pelajar-pelajar pendalaman atau dari bandar. kita tidak tahu, jika kita tidak memberikan peluang dan laluan untuk mereka ini menonjolkan diri.

    bagus dalam bahasa inggeris tidak bermakna seseorang akan bagus dalam bidang sains. ini bergantung kepada minat. perbendaharaan kata dalam bidang sains/matematik (BI) adalah lain daripada bidang sastera atau sekadar sebagai BI untuk perbualan. tambahan masa belajar BI tidak akan membuatkan seseorang pelajar itu menjadi seorang ahli sains yang baik. buang masa saja.

    ada kakak2 kawan anak saya yang belajar di universiti yang terpaksa bertanya dengan adik mereka yang masih belajar di sekolah kerana penguasaan BI saintifik mereka lemah. ini saja sudah menunjukkan yang pelajar yang di sekolah hari ini sudah mempunyai skil yang lebih baik (memahami dan menulis teks saintifik) berbanding dengan pelajar yang sudah ada di universiti. dan yang mengecewakan adalah bila kerajaan mengambil keputusan untuk berhenti sekerat jalan.

    pada saya pejuang bahasa kebangsaan telah diberikan peluang yang lama (30 tahun?) untuk memajukan bahasa kebangsaan. PI/Moral, Sejarah, Geografi, BM, dll juga diajar dalam BM, kenapa masih tidak baik tahap BM pelajar?

    Persoalan sains dan matematik adalah bukan mengenai bahasa. ia mengenai ILMU, sumbangan semua orang yang ada di dunia tidak kira apa bangsa dan dari negara mana. dan kalau kita juga ingin menyumbang kepada perkembangan sains dan matematik kita perlu boleh berhubung dan bahasa yang digunakan adalah bahasa inggeris. mungkin pejuang bahasa tidak berminat untuk menjadikan anak bangsa kita cemerlang dan menjadi penyumbang kepada perkembangan sains dan matematik sejagat. sedihnya!

    JMD : Terima kasih Sam. Nampaknya ramai juga yang tidak setuju dengan keputusan kerajaan ini.

    Like

  22. Pingback: Chain Reactions of PPSMI « On Da Street

  23. Gapena nie x pikir panjang bile bergabung dengan Dong Jiao nie..drang kene faham, masyarakat cina (dan india) x kisah blaja sains dan matematik dlm bhs ibunda mrk pasal byk buku2 sains dan matematik yg telah diterjemah dlm bhs mereka..Gapena nie x faham yg buku sains dan matematik dlm bhs Malaysia x byk, sbb geng2 drang kt DBP tu x wat keje..ble gune bahasa inggeris nie, br la sama level playing field die..mungkin Gapena or sape2 yg konon nye pejuang bahasa/bangsa nie nak sains dan matematik diajar dlm bentuk puisi, bersajak dan pantun ke..x pun dlm prosa klasik..boleh la kite jumpe syair2 pasal pecahan ke, trigonometri ke dlm suratkhabar x lame lg..hehe..

    Like

  24. Salam all…

    Salam all,

    Tak mahu PPSMI, mansuh PPSMI, sekarang nak paksa ahli2 akademik di IPTA kembali mengajar dalam BM dan terjemah banyak2 buku ke BM pulak? Tak faham aku! Apa, ingat nak terjemah karya2 saintifik ni senang macam petik jari ke?

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0710&pub=utusan_malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm

    Alasannya, takut pelajar kena “culture shock” dan tak dapat menyesuaikan diri dengan pembelajaran dalam BI di IPTA.

    HABIS TU, KENAPA MANSUH PPSMI ???

    Like

  25. muhyiddin sendiri pun tergagap-gagap bertutur dalam bahasa inggeris.
    saya sendiri melihat murd-murid disekolah rendah cina bertutur lebih dalam bahasa inggeris daripada mandarin.
    Kebiasaannya, pelajar luar bandar, termasuk diUSA, mendapat keputusan lebih rendah jika dibandingkan dengan pelajar dibandar.
    Pihak kerajaan sepatutnya memberi lebih perhatian untuk memajukan pelajar luar bandar untuk memahi lebih dari satu bahasa dengan menyediakan “kindergarten” percuma dalam bahasa inggeris semasa berumor 4 tahun.

    Like

  26. hardware/software/download/spam/hacker/firewall/. Mana ada perkataan melayu asli untuk ini semua. ini baru yang senang. fizik dan ilmu kimia juga kena direka. music jadi muzik.

    lebih baik belajar terus dalam bahasa inggeris. kurangkan birokrasi (bereaucracy) rekaan dewan bahasa dan pustaka.

    Like

  27. Whooaaaarrr…

    thats TOO MUCH loooorr….
    ingatkan… bila tader PPSMI.. “mereka2” nie akan usahakan initiative alternative untuk tingkatkan penguasaaan/penggunaan bahasa Inggeris… tapie nampak-nyehhh memang tade strategyyy laen… just ulang skrip lamaaa…

    pejuang bahasa = dayus??

    **will support PPSMI IF only the Gov can came up with 5-10 years strategic-implementation plan… bukan ikut nafsu…

    Like

  28. Now we know where the majority Malay stands. Only the educated one usually pro-PPSMI.

    JMD : I am curious – may I know what is the stand of the majority Malays on this one? You seem to classify the Malays into two categories – the ‘educated’ and of course, by your own reckoning, the ‘uneducated’.

    So, does that mean PPSMI helped the Malays to be more ‘educated’? Or PPSMI had got nothing to do with the Malays becoming ‘educated’. Won’t the ‘uneducated’ ones aspire to be more ‘educated’?

    Or, from another point of view, are all uneducated Malays going against the PPSMI because they are ‘uneducated’ in the first place?

    In the end, will these ‘educated’ Malays be deprived from PPSMI so that they be more at par with the ‘uneducated’ ones?

    Just some points to ponder. Thank you for the comment.

    Like

  29. “Won’t the uneducated ones aspire to be more educated?”

    Some will be aspired. But some wont be. Instead they choose to just give up. Too hard, so they said.

    My opinion, students from an educated family background wont be deprived but they will be better with PPSMI since English is not a problem for them. The uneducated ones, (by my own reckoning btw), will find it very hard to comprehend Science and Maths in English.. hence many will lose interest in it and later on give up.

    But then, though they come from a not so educated family background with less English speaking family members and friends, few may also have the mentalities – “have to work harder since its in English”. They are motivated when it comes to challenge. But I doubt there are many. Some, dont want to learn at all. Mentality can be very hard to change.

    So, its all about perspective. Those who can speak English really well will see PPSMI as an advantage. But those who cant converse well will see PPSMI as a challenge. And those who see it as a challenge, will take it like a man (XD) or to not take it at all.

    Like

  30. Hairan. Sebagai bangsa Malaysia tetapi masih memuja bahasa imigran dan asing. Orang Malaysia atau bangsa Malaysia patutnya utamakanlah dan agungkanlah bahasa Melayu yakni bahasa kebangsaan negara.

    Lainlah kalau masih ada rakyat yang mahu menjadi warga negara asal datu neneknya dahulu. Patutnya setiap warga negara yang memilih menjadi rakyat negara ini telah ‘membakar kapal’nya.

    Saya menjangka kalau inilah pegangan kita, tentunya perihal sekolah satu sistem (tanpa aliran cina atau tamil) tidak akan wujud lagi sepatutnya.

    Like

  31. Pejuang bahasa bukan masalahnya dalam hal memartabatkan bahasa Melayu. Yang bermasalahnya ialah para penentang dan rakyat yang belot terhadap perjanjian bersama yang dilakukan datuk nenek kita dahulu.

    Bukankah bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, bahasa untuk rakyat jelata. Bahasa ibunda semua rakyat yang bergelar warganegara. Isu tidak setia sebenarnya. Bahasa kita tanggungjawab kita.

    Yang belotlah yang menyediakan dan berkehendakkan latar kerja berbahasa Inggeris atau bahasa Mandarin dalam negara. Latar kerja waima segalanya haruslah dalam bahasa negara, yakni bahasa Melayu. Jangan keliru lagi.

    Like

  32. Dearest JMD,
    Pendapat mengatakan orang luar bandar lemah dalam bahasa Inggeris adalah kenyataaan yang tidak bertanggungjawab.
    Saya sendiri adalah hasil dari sekolah luar bandar, sehingga sekarang sekolah saya itu masih lagi tiada jalan raya, tiada elektrik, tiada air paip…
    So, here i am today, and have no problem at all communicating in english, bahasa melayu and of course my forever mother tongue iban language.
    i’ve gone thru hell when all the science and maths books are all in english… for example : manalah saya tahu istilah derivative dalam english, ingatkan bahan-bahan dalam makanan. 😉 my observation during my university days : kawan-kawan yang senegara (we have few international students) bukannya tidak pandai, tetapi penguasaan bahasa inggeris adalah sangat lemah. Kebanyakkan mereka yang tewas di pertengahan adalah tidak memahami subjek yang diajar dan kekurangan sumber rujukan yang kompeten. Tak percaya? Pergilah ke mana-mana perpustakaan universiti ( saya selalu buat rujukan di Lib UPM, UKM dan UM)dan carilah buku-buku calculus, material science (opps.. Sains Bahan) dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Cina atau Bahasa Iban.
    Apabila PPSMI diwujudkan, saya terfikir, bertuahnya generasi adik-adik yang didedahkan dengan bahasa antarabangsa untuk sains dan matematik dari awal. Mereka tidak akan melalui zaman ‘language-shock’ seperti saya. Pelaksanaan PPSMI pada awalnya saya lihat agak terburu-buru. Namun sepatutnya jika ada kelemahan pada PPSMI bukannya diselesaikan dengan membatalkan dasar ini tetapi buatlah penambahbaikan. Anyway, kalau tambah lagi dengan politik punya pasal, then we are going nowhere. Bersedia sahaja dengan incompetence graduates, jaguh kampung dan half-baked modal insan.
    Jangan pula salahkan orang luar bandar seperti kami ini yang kononnya lemah bahasa inggeris ya. We knows better.

    Like

    • Quote: Anyway, kalau tambah lagi dengan politik punya pasal, then we are going nowhere. Bersedia sahaja dengan incompetence graduates, jaguh kampung dan half-baked modal insan.
      Jangan pula salahkan orang luar bandar seperti kami ini yang kononnya lemah bahasa inggeris ya. We knows better.

      Setuju sangat-sangat. Maklum sajalah, orang politik ni sibuk fikirkan bagaimana nak beri makan kroni mereka, antara lainnya:

      — school textbook cartel – for every turn and reversal of policy, there will be new editios of textbook to write. now they got business following the abolishment of PPSMI.

      — finishing-school cartel – if not for those incompetence graduates and half-baked modal insan, then this group of cartel will suffer due to much fewer business for them.

      Saya juga berasal dari luar bandar seperti saudara. Pokok-pangkalnya bukan bandar atau luar bandar, tetapi MENTALITI dan SIKAP orang kita.

      Like

  33. Pejuang bahasa, pegi dah! Angry young men of yesteryear, reactionary old farts of today, refugees from the Land that Time forgot.

    Like

Astound us with your intelligence!