Education / Malay issues / Pakatan Rakyat / Umno & Barisan Nasional

Membina tamadun Bangsa Malaysia perlu ada titik permulaannya

Second gathering of Malay leaders

KOTA BHARU 7 September 2009 – Top Malay political leaders went ahead with the second Majlis Berbuka Puasa between Umno and PAS members in Stadium Sultan Muhd IV despite attempts by certain quarters condemning the event as racist and against the 1Malaysia concept.

After weeks of preparation and labourous gathering of feedbacks, the first Majlis Berbuka Puasa was held in Putra World Trade Centre on 27th August, about a week after Ramadhan started.

About 3,000 members of both parties attended the historic first event. The mood was jovial yet expectant as that was the first time since 1973 where Umno and PAS leaders were able to sit comfortably with each other without any discussion on party agendas. Although the event was initially meant for divisional leaders from both sides, it was later opened up to cater for branch leaders as well.

By the end of the Tarawih prayers, Dato’ Sri Najib Tun Razak and Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang promised to sit down  to discuss issues of mutual understanding.

Hence, last night’s gathering in the Stadium of Sultan Muhd IV was PAS’ reciprocation of the first meeting. This time however, the crowd was bigger. About 30,000 members from both parties nationwide attended the Majlis Berbuka Puasa which was then followed by Isya’ and Tarawih prayers.

A surprise visitor came at the last minute. Mursyidul Am PAS, Dato’ Haji Nik Aziz Nik Mat arrived at 7.10 pm amidst the cheering of the crowd. He was seen as reluctant to the idea last week when he dismissed the invitation to the PWTC event.

This time however, the Kelantan Menteri Besar was all smiles and the mood of the night was more pleasant and relaxed than a week ago.

In a press conference at the end of the night, the Prime Minister and the PAS President briefed the reporters about their joint statement issued earlier in the day about BN and PAS’ support over the issue of making Bahasa Malaysia a compulsory credit to get full SPM certificate and also making English a compulsory pass subject in SPM.

Najib said that although Umno and PAS were politically at odds with each other, there was no reason to disagree on everything.

“PAS and Umno have different outlook when it comes to politics. But since we are of the same people and same religion, we need to find some focal point to agree on something. This I think is a good start as arguing over everything will not be good for the country,” he said.

Hadi Awang in lauding the decision, said if the move will improve the Malays and the future generation, PAS will strongly advocate it.

“PAS will continue to support the move as it is not against the Islamic teachings where strengthening the whole ummah is paramount in any Muslim society. However, the government must ensure that those who lagged behind must be given extra guidance and help so that they too can perform as equals,” he said.

Both also agreed to discuss on more issues that are important in the near future.

With Aidilfitri just two weeks away and the spirit of forgiveness and humility abound, the reality of seeing these biggest political parties in Malaysia getting along in several important national issues will probably be the impetus of a more strong and united Malaysians. – New Straits Times.

The above article is of course, a fictitious news story. But this is what most peace loving Malaysians want to see regarding the PAS and Umno Malay unity issue.

The idea of PAS and Umno berbuka puasa was mentioned by SatD of Pure Shiite in our online discussions a couple of weeks ago. I am only guilty of embellishing it further.

But what progress will Malaysia make should that really happened!

Anyway, as I read the latest news about the Regent of Perlis calling bumiputeras to rebuild the commerce civilisation of the old Melaka Sultanate, I became nostalgic about an article I wrote back in November 2008 entitled “Di sini Bumi Kupijak, Di sini Langit Ku Junjung”.

With much due respect to the Regent, I would like to add that before we can build a national civilisation of any kind, a strong foundation between the races in Malaysia must be prepared before anyone can embark on this journey.

With so many DOMESTIC obstacles being created and hurled by racists, bigots and chauvinists to each other, I wonder whether the Bangsa Malaysia concept will exist by 2020…

Hence, the idea to republish the article below is apt amidst the growing domestic challenges in recent times.

______________________________________________________________________________

On 14th November 2008, I wrote:

Saya merasa terpanggil untuk mengetengahkan satu isu yang amat mendukacitakan saya. Apatah lagi apabila para pembaca sememangnya sudah tahu mengenai pendirian saya mengenai perkara ini.

Tidak lain tidak bukan, ia adalah isu perlekehan kaum lain terhadap kaum Melayu.

Semenjak kemenangan besar parti chauvinist cina di peringkat persekutuan, bertubi tubi para pemimpin dan ahli ahli parti tersebut memperkecilkan kaum melayu, raja raja melayu dan juga agama dan adat budaya kaum melayu. Yang terakhir, mereka merendah rendahkan martabat bahasa kebangsaan sendiri iaitu bahasa Melayu.

Apabila mereka melemparkan tuduhan bahawa para pemimpin Melayulah yang bersifat rasis dan ultra Melayu, mereka tidak sedar yang merekalah sebenarnya dalang kepada semaraknya isu perkauman di Malaysia.

Saya lihat, para chauvinist ini suka benar mengeluarkan kenyataan mengenai perkauman. Tidak ada perkara lain yang terhambur dari mulut mereka.

Tidak putus putus isu isu kaum dibangkitkan. Dan yang terbaru, isu kemenangan Barack Obama di Amerika Syarikat juga dikaitkan dengan isu perkauman di Malaysia. Mengapa ini terjadi? Mengapa warna kulit dijadikan bahan politik mereka semua ini? Jika kita sendiri tidak mahu dianggap rasis, maka warna kulit President Amerika Syarikat tidak patut dijadikan bahan untuk menegangkan suasana.

Rejal Arbee menulis di dalam The Sun;

I find Tan Sri Ramon Navaratnam’s description of Barack Obama’s election as the 44th President of the United States (”Obama an important lesson in national unity”, Nov 7) as being remarkable for an African-American and that it could be a lesson for Malaysia as intriguing.

Yes, it could be a lesson for us only if the various races are willing to replicate what the latter day immigrants and the minority groups in America are willing to do, ie become Americans adhering to the American way adopting its customs, language and way of life. What it means is that the latter day immigrants are willing to forgo their own dispositions to assimilate into the American way of life.

This American way is based on the Anglo-Saxon customs and norms that were brought by the original immigrants, the Pilgrim Fathers as well as the continental Europeans with their Anglo-Saxon way of life.

Malaysia is obviously very different from America. Its formation is based on an understanding of give and take where the minority immigrants were given citizenship status by the majority group under the Jus Soli principle just before we gained our independence.

In exchange the minority groups recognise the special rights of the original inhabitants of the country just as their rights are also recognised.

Thus each of the minority nationalities like the Chinese and the Indians continue with their own practices and customs and there was as such no melting pot as in America. – full content of the letter can be read here.

Selang tidak sampai beberapa minggu setelah Datuk Ong Tee Kiat menang di dalam perebutan jawatan Presiden MCA, beliau dengan lantangnya menyatakan pendapatnya mengenai kemenangan Barack Obama di Amerika Syarikat.

Apabila saya membaca mengenai kenyataan Datuk Ong Tee Kiat (ketika di Jakarta baru-baru ini), naluri saya terpanggil untuk menyimpulkan semua perkara di atas seperti yang tertera di bawah;

Pada prinsipnya, seruan Datuk Ong Tee Keat supaya rakyat Malaysia menghapuskan sikap perkauman adalah dialu-alukan. Seruan beliau diilhamkan oleh perubahan di Amerika Syarikat. Malangnya, beliau memberikan contoh kepada kontroversi perlantikan pemangku Pengurus Besar PKNS.

Sebenarnya contoh ini mempamerkan sikap kecinaan beliau yang tebal.

Kredibiliti dan keikhlasan beliau sebagai pemimpin kaum Cina pasti dikagumi oleh semua rakyat, termasuk orang Melayu jika beliau telah memberikan contoh toleransi dan tolak ansur kaum Melayu kepada kaum Cina dan India dan sekaligus menyeru kaumnya dan kaum India supaya mempercepatkan proses asimilasi dengan masyarakat Melayu.

Kaum Cina di Malaysia sekarang nampaknya lebih Cina daripada orang Cina di Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina. Malah mereka lebih Cina dari orang Cina di China sendiri.

Juga jelas lebih tebal kecinaan mereka berbanding sikap datuk nenek mereka yang datang ke Tanah Melayu dulu.

Sikap ini dan sikap ‘beri sejengkal nak sedepa’, ‘kacang lupakan kulit’ dan ‘menangguk di air keruh’, amat membimbangkan bangsa Melayu.

Jika Datuk Ong dan semua pemimpin yang lain benar benar ikhlas dan jujur ke arah membentuk satu negara, satu bangsa, satu budaya, satu bahasa, satu wawasan, satu halatuju dan sebagainya maka bermulalah dari hari ini mereka bersuara mengenai aspirasi dan kebimbangan kaum lain dan pemimpin yang lain pula menjuarai aspirasi dan kebimbangan kaum selain dari kaum mereka sendiri.

Pada mulanya, saya fikir akan merasa keseorangan di dalam menghuraikan isu tersebut. Apatah lagi apabila saya merasa yang Datuk Ong Tee Keat telah memperli kaum Melayu. Saya tahu, saya akan mendapat pelbagai reaksi dari pihak pihak tertentu.

Akan tetapi, saya mendapat tahu bahawa ramai yang sependapat dengan saya.

Dua hari lepas, Tun Dr Mahathir telah bersuara mengenai kewujudan seorang Perdana Menteri berbangsa Malaysia dan juga isu mengenai Sekolah Wawasan. Bagi beliau, bangsa seseorang Perdana Menteri tidak penting. Yang penting adalah penerimaan seseorang Perdana Menteri oleh majoriti rakyat Malaysia.

Ini merupakan cabaran kepada Lim Kit Siang, Karpal Singh dan mereka yang sewaktu dengannya. Tidak guna menyebarkan api perkauman dengan menempelak keadaan politik dalaman Malaysia. Cermin diri sendiri dahulu sebelum hendak bercita cita meneruskan idea menempatkan seseorang dari mereka sebagai Perdana Menteri.

Jika hendak berbahasa Melayu pun masih terencat, malah suka pula memperlekehkan apa sahaja yang bersangkutan dengan Melayu, saya rasa cita cita mereka ini bagai mimpi disiang hari. Inikan pula cuba hendak berkurang ajar dengan pemimpin dan raja raja Melayu.

Adalah menjadi satu trend bagi pihak pembangkang untuk sentiasa mencerca kerajaan dalam semua aspek. Akan tetapi, ini akan lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan. Lebih lebih lagi jika apa yang ditimbulkan hanyalah berkisar dengan isu perkauman.

Datuk Mukhriz membangkitkan hal ini di dalam temuramah beliau dengan Syed Akbar Ali baru baru ini;

“Often they just say things without maturity and without thinking of the consequences. Yes they should keep the ruling party on its toes but not try to score points at every turn. To them everything becomes a super hot, blown out of proportion issue. And they are making it very difficult to work with them.”

Walau bagaimanapun, ahli wakil rakyat dari PKR kini juga telah menyuarakan pandangan beliau yang mirip kepada pandangan peribadi saya dan juga para pemimpin Melayu yang lain.

Nik Nazmi berkata;

A strong sense of national identity as well as appreciation of our diverse roots by all Malaysians – both Malays and non-Malays – are crucial to reducing our racial chauvinism. We need leaders who understand the historic compromise we achieved in forging our Independence, both by understanding the historical narrative of the country as well as the rights of the non-Malay communities. At the end of the day, we need Malays to fight for non-Malays and non-Malays to fight for Malays. That, to me, is better than having a non-Malay PM.

Bangsa Malaysia hanya boleh wujud jika semua pihak mempunyai satu titik persamaan. Apakah titik persamaan itu? Selain dari keadilan (bukan kesamarataan) di dalam pegangan ekonomi negara, Bangsa Malaysia mesti berkebolehan bertutur secara selesa di dalam satu bahasa. Sebab itu, Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan. Status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bermaksud, ia adalah lebih tinggi dari bahasa bahasa lain.

Ini adalah realiti yang mesti diterima oleh semua rakyat Malaysia.

____________________________________________________________________

(to be continued)

18 thoughts on “Membina tamadun Bangsa Malaysia perlu ada titik permulaannya

  1. A good fictional story! You are good at creative writings as well. Maybe you could move a few years ahead and write about what can be expected if The power is given to the 3 abduls (abdul hadi, abdul anwar and abdul lim). Interesting idea to ponder isnt it not? Will the 3 abduls tear and burn the country down to ashes??

    JMD : Thank you for the comment🙂

    Like

  2. salam saudara,

    saya memang dari dulu sampai sekarang sokong PAS.. asal dari Dungun tapi tinggal di luar negara sekarang.

    sejak dulu lg saya benci umno.. dgr ceramah tiap tiap malam masa zaman reformasi dulu..

    benci umno ni sampai terbawak bawak masuk kerja..

    tapi tu dulu.. kekadang terfikir juga kenapa kita PAS ni takleh nak berbaik dgn umno untuk kesejahteraan melayu..

    bila baca cerita u tulis kat atas ni.. rasa hiba jugak.. melayu dgn melayu gaduh…

    terima kasih kerana terlah membuka mata saya. sebenarnya kita semua ni sama.. darah sama merah.. agama pun sama..

    salam hormat.

    Like

  3. Salam JMD,

    Imaginasi yang ‘murni’. Saya lebih suka gunakan contoh ‘semangat Hariraya’🙂 dimana tika itu kita benar2 bermaafan, bersalaman tanpa mengira fahaman politik. Kalau berbuka puasa, orang kita tetap berbalah juga, berapa rakaat tarawih… ya, yang penting perpaduan itu.

    Saya amat berminat hendak membaca komen/jawapan dari ahli2 Pas berhubung dengan segala masalah yang dihadapi oleh bangsa Melayu, tentang pendapat mereka bila Melayu diperlekehkan oleh bangsa lain.

    Apakah anda (ahli Pas) semua tidak merasa tercabar sedikit pun ? Mungkin jawapannya Pas tidak berjuang atas nama assabiyah atau perkauman, ok fine, tapi apakah itu yang anda benar2 percaya ? Bagaimana kalau Melayu tidak lagi punya kuasa politik dan segala keistimewaan orang Melayu DAN keistimewaan ugama Islam ditarik balik ?

    Jujur ni, saya benar2 ingin tahu pegangan Pas dalam hal ini. Sekiranya ada yang baca, silalah jawap dengan penuh ikhlas kerana saya percaya ramai pembaca yang lain juga ingin tahu.

    Like

  4. Hi Jebat,
    You are absolutely correct. A platform to stand united is important definitely. PAS should just accept the fact that they and Umno are Malays. No two ways about it. Keep on writing ok n take care.

    Like

  5. Dear JMD,

    In that last statement, you penned off “to be continued”, reminiscent of a weekly edge-of-the-seat weekly hollywood thriller or a korean tear-jerker afternoon TV. If by it you had meant the PAS-UMNO union fiction you had raconteured earlier, I suggest you don’t continue. It nears an effrontery that such concepts—foremostly malay unity—in which our grandfathers had died upholding its principles, should exist in this present day only in the realm of potboiler yarns.

    Sad, kan?

    Apocryphalist

    Like

  6. Dear JMD,

    I totally agree with you.

    Just want to tell you that despite the simple issue of PPSMI, there’s a lot of other issue we’ll need to focus on. Tamadun Bangsa Malaysia will not be materialized if we keep on looking at the outer view of a problem. We need to get inside it.

    There’s something important i want to tell you. Visit me at

    http://epicommonsense.blogspot.com/

    Like

  7. JMD,

    Saya setuju dengan pendapat Sdr, “Kaum Cina di Malaysia sekarang nampaknya lebih Cina daripada orang Cina di Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina. Malah mereka lebih Cina dari orang Cina di China sendiri”.

    Sebab2 nya banyak. Dari apa yang di katakan penyunting2 di blog2 berkenaan, gejala ini bermula dari Abad 19 lagi dengan Kapitan China gengster kongsi gelap Hai San menanda tangani Petition dengan 44 gengster2 nya meminta Residen British di Penang memasukki Larut mendapatkan semula lombong2 bijih timah mereka yang telah di tawan kongsi gelap lawan bernama Ghee Hin. Ini telah menyebabkan British campur tangan dalam pemerintahan Perak dan penjajahan British di Malaya. Dalam sejarah Penjajahan kaum Cina dapat banyak faedah dari British.

    Kongsi2 gelap naik kepala. Mereka bermaharaja lela bukan sahaja di Perak, tetapi juga di Selangor. Peranan kongsi gelap dan gengster ini dalam perniagaan dan meraih kekayaan masih ada hingga sekarang – contoh nya, penguasaan dan pembayaran “football money” untuk mendapatkan kedai sewa/ tempat berniaga yang baik, walau pun di tepi jalan di Petaling Street. “Protection money” memang perkara biasa. Ini ada lah budaya yang mereka bawa dari negeri China ke mana2 mereka tinggal di seberang laut.

    Di zaman lepas Merdeka pula, Lee Kuan Yew telah memainkan politik secara kasar sehingga Tengku A Rahman nyahkan Singapura. Saki baki parti PAP nya menubuhkan DAP dan meneruskan politik kasar itu sehingga sekarang. Mereka tidak kesal dengan peristiwa 13 May, 1969.

    Memandang kapada kucar kacir politik sekarang, saya fikir tidak ada jalan lain untuk mempertahankan Hak Melayu dan maruah bangsa Melayu selain dari kita terus dan sentiasa menyuarakan bantahan kita ke atas apa2 yang di sebutkan,
    di lakukan atau di diamkan (tiada tindakan pihak berkuasa) yang berupa tidak sejajar, tidak seimbang, dan terutama sekali jika bertentangan dengan dan merosakkan Hak Istimewa Melayu dan kesemua peruntukan Perlembangan Negara yang berkaitan dengan nya.

    Saya rasa lega sedikit melihat Raja2 Melayu sudah mula memainkan peranan dalam pergolakan politik yang nampak nya lintang pukang kebelakangan ini. Mari lah kita payongkan Raja2 Melayu kita dan kita berpayong kapada mereka.

    Like

  8. JMD,

    Apa yg tuan katakan adalah benar belaka. Tetapi pemimpin agung manakah yg akan pertama kalinya berani menongkah arus di Malaysia ini untuk membetulkan keadaan? Seorang yg mempunyai prinsip dan aspirasi nasional dan bukan seorang yg hanya tahu menjalankan program2 yg diadaptasikan daripada politik MENGAMBIL HATI semata-mata. Saya menantikan pemimpin yg berkualiti dan mempunyai keberanian untuk menguatkuasakan hal-hal yg berkaitan dengan perpaduan, hubungan antara kaum. KEADILAN EKONOMI (BUkan sama rata) sebab tidak akan ada samarata apabila satu kaum lebih dominan di atas kaum yg lain. Dan yg paling penting dasar BAHASA KEBANGSAAN sebagai bahasa yg menyatukan semua kaum.

    Kenapakah orang Melayu takut dikatakan rasis? Melayu dan Bumiputralah yg mempunyai BUYING POWER terbesar di Malaysia ini.. Apa kata diboikot sahaja kedai2 si RASIS yg berselindung di sebalik bermacam2 persatuan2 yg berkiblatkan China, Hongkong dan India.

    Like

  9. JMD buat sedikit ulasan dasar Biasiswa Nasional yang diperkenalkan oleh Najib.
    Adakah dasar ini menguntungkan bangsa Melayu..Masa aku belajar dahulu aliran sains yang top scorer tu cha ya nun alif yang banyak.Melayu ada tapi tak banyak….jika dasar nie betul2 terlaksana apakah nasib bangsa Melayu..kawan2 nak sokong UMNO aku tak kesah tapi semakin hari semakin banyak hak Melayu kau orang gadai…
    sebab tulah TGHH tentang dasar nie kalau beliau tak nak bela melayu buat apa tentang dasar tersebut…
    sendiri mau fikirla kawan…

    JMD : Boleh baca ulasan mengenai biasiswa nasional di sini. Terima kasih.

    Like

  10. Salam JMD,

    7 Sept 2009 is about 2 months from now. Oh how I love if what you wrote above comes true. I don’t think I’m the only one dreaming that such things is possible. That are many others I’m convinced. I really hate to see people fighting with each other, arguing for the sake of argument. It’s really frustrating. Thank you for the brilliant article. I hope that you have a great weekend.

    Ismail N

    Like

  11. Btw I hope you don’t mind if I distribute the PDF version of your articles via e-mail & blog. I think all Malaysians shld read it. Brilliant!

    JMD : No I do not mind as that is the intention🙂 Thank you so much.

    Like

  12. JMd,
    sy mahu tambah sedikit ttg org cina..bukan semua org cina mcm tu…di sabah org cina dia ok…contohnya..d ums..course sy byk cina..mereka ok..love them..hehe

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s