Malay issues / Pakatan Rakyat / Umno & Barisan Nasional

Realiti Melayu dan Dasar Ekonomi Baru

PAS dan Dasar Ekonomi Baru

Baru-baru ini kita dikejutkan oleh saranan sayap Pemuda PAS agar Dasar Ekonomi Baru diteruskan oleh kerajaan.  Mereka menentang dasar liberalisasi ekonomi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri sebelum ini. Berpusu-pusu para penyokong bukan Melayu Pakatan Rakyat mengherdik PAS yang pada anggapan mereka ini, telah menyimpang dari dasar anti-Melayu mereka.

Agak menghairankan apabila di dalam muktamar PAS tersebut, salah satu parti yang mempunyai jumlah ahli terbesar di kalangan Pakatan Rakyat menyuarakan sesuatu yang mirip kepada wadah perjuangan Barisan Nasional.

Parti- parti di dalam Pakatan Rakyat mahu tidur sebantal tetapi dalam diam ingin mimpi berlainan. Sejak bila pula PAS mendaulatkan bangsa? Pasti tidak, saranan tersebut telah menunjukkan bahawa walau apa pun yang dilaungkan oleh PAS mengenai dasar perjuangan Islam mereka, ahli-ahli akar umbi PAS terutamanya mereka yang muda, menjiwai betapa pentingnya semangat Kemelayuan tersebut. Ini wajar dan normal kerana PAS mempunyai ahli yang terdiri dari kaum Melayu sahaja (seperti Umno).

PAS wajib ingat bahawa, dasar liberalisasi Kerajaan Barisan Nasional terhadap DEB terbit dari tekanan dari rakan politik mereka sendiri di dalam Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi dari DAP. Oleh itu, mengapa perlu rasa resah dan gundah gelana?

Menarik sekali apabila sejurus selepas kemenangan besar parti pembangkang semasa PRU12 yang lepas, Pemuda PAS telah menyokong Lim Guan Eng untuk membuang DEB di Pulau Pinang. Akan tetapi, apabila mabuk kemenangan sudah reda dan pakatan yang dibina mula kelihatan pincang dan terumbang-ambing kerana idealogi yang berbeza, kita mula melihat PAS mula mengetengahkan isu-isu yang berkait rapat dengan jatidiri mereka sendiri.

Orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru

Ya, DEB amat berkait rapat dengan jiwa Melayu. Bahkan, ianya juga berkait  rapat dengan jiwa rakyat Malaysia yang lain. DEB (sebenarnya DEB tidak lagi wujud kerana sudah digantikan dengan Misi Nasional) diperkenalkan untuk menjamin kesejahteraan semua rakyat Malaysia amnya.

Akan tetapi, apabila bangsa bukan Melayu telah dengan bijaknya menggunakan DEB untuk menaikkan taraf kehidupan mereka, kebanyakkan orang Melayu telah menyalahgunakannya untuk kepentingan sendiri hingga mengakibatkan nasib Melayu tidak berubah walaupun sudah dekat 40 tahun dasar ini dijalankan.

Pendapat penulis mengenai DEB sudah diketahui para pembaca. Walaupun penulis menganggap DEB adalah perlu, ianya mesti diberi matlamat dan jangkahayat baru agar bangsa Melayu pada amnya mempunyai sasaran baru untuk dicapai.

Memanjangkan usia DEB tanpa halatuju dan matlamat yang tepat hanya akan mewujudkan bangsa yang lemah. Ya, Melayu dengan DEB akan menjadi lemah kerana taraf ekonomi bangsa bukan Melayu terutamanya bangsa Cina menjadi lebih kuat dengan bantuan DEB. Apabila orang lain menjadi lebih kuat dari segi ekonomi manakala kita pula tidak berganjak dari takuk lama, dengan sendirinya kita akan terkebelakang.

Dengan cara pemikiran yang cetek dan pentingkan diri sendiri, Melayu akan menjadi kaum yang tidak akan maju walaupun DEB ini diteruskan hinggake akhir zaman.

Oleh itu, kerajaan perlu membuat sesuatu yang boleh memberi kumpulan sasaran ini untuk maju kehadapan tanpa melunturkan semangat dayasaing mereka.

Melayu ini, suka meminta-minta. Melayu jangan jadi seperti golongan rasis bukan Melayu dewasa ini yang suka meminta-minta walaupun taraf kehidupan mereka jauh lebih baik dari kaum lain.

Semangat dayasaing perlu diperkasakan untuk kaum Melayu sejak mereka kecil lagi. Ini sahaja yang boleh meningkatkan pemahaman mereka bahawa untuk maju kehadapan, usaha yang lebih amat perlu. Sifat rajin dan bekerja keras adalah sifat yang mulia dan terpuji. Di kalangan penganut Kristian, sifat pemalas, tamak dan hasad dengki adalah antara sifat-sifat yang terlarang. Apa pula agama kaum Melayu di negara ini? Adakah agama kaum Melayu di Malaysia ini tidak menitikberatkan sifat rajin berusaha?

Sejak sebelum lahir lagi hinggalah ke liang lahad, rakyat Malaysia terutamanya kaum bumiputera telah dijaga oleh kerajaan. Sejak di dalam perut ibu, bantuan perubatan yang amat murah disediakan. Kadangkala, mereka diberi rawatan percuma di hospital kerajaan. Walaupun miskin, ibu-ibu boleh melahirkan anak mereka dengan percuma. Syukur Alhamdullah.. jika kita di negara maju lain, mereka perlu ada insurans perubatan untuk mendapat perkhidmatan perubatan. Berapa ramai orang Melayu yang mempunyai insurans hayat di Malaysia ini? Mereka tidak perlu sebarang insurans kerana walaupun memerlukan pembedahan sakit jantung sekalipun, kerajaan akan membayarnya bagi pihak mereka yang tidak berkemampuan.

Apabila meningkat dewasa, pendidikan diberikan percuma di sekolah-sekolah kebangsaan. Yuran  persekolahan tidak perlu dibayar.. buku teks adalah percuma. Anak-anak Melayu cuma perlu hadir ke kelas dan belajar sahaja. Kadangkala, bantuan pakaian persekolahan juga disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jika tidak cukup wang untuk ke universiti, diberi pula bantuan biasiswa. Sejak sedekad yang lepas, PTPTN disediakan untuk SEMUA rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan untuk membayar yuran universiti mereka. Amat beruntung mereka ini.

Apabila melepasi alam persekolahan dan memasuki alam pekerjaan, bantuan kerajaan diberikan kepada mereka yang hendak memulakan perniagaan sendiri. Kerajaan mewajibkan kepada syarikat-syarikat bukan bumiputera yang wujud bagai cendawan selepas hujan untuk mengambil kaum bumiputera agar tercapai kuota 30% dari jumlah keseluruhan kakitangan mereka.

Apa tidaknya, bantuan kepada syarikat-syarikat ini adalah tidak terhingga banyaknya. Kek ekonomi yang diperbesarkan melalui usaha kerajaan sejak DEB diperkenalkan telah mewujudkan suasana ekonomi yang mantap. Pelabur-pelabur asing telah datang melabur, permintaan yang banyak dari dunia luar di era kebangkitan globalisasi mendatangkan kemewahan yang banyak kepada syarikat-syarikat tersebut. Kadar cukai korporat juga adalah rendah.

Bantuan kewangan dan pinjaman diberikan kepada mereka dengan mudahnya. Adakah berat untuk memberi 30% kuota kepada bumiputera di dalam syarikat-syarikat ini? Kajian awal mendapati bahawa sektor swasta di Malaysia yang majoritinya dipenuhi dengan syarikat-syarikat bukan milik bumiputera mempunyai tenagakerja seramai 10 juta orang. Sektor awam pula mempunyai seramai 1.1 juta orang. Ini bermakna, kerajaan hanya mengkehendaki minima 3 juta kaum bumiputera di dalam sektor swasta. Amat sedikit berbanding dengan jumlah keseluruhan kaum bumiputera di Malaysia yang seramai lebih kurang 18 juta orang. Ini pun ada yang tidak berpuas hati apabila ramai meminta dasar 30% ini dimansuhkan sama sekali.

Bangsa bukan bumiputera di dalam sektor swasta dibenarkan oleh Dasar Ekonomi Baru untuk menggaji hingga 7 juta di kalangan kaum mereka sendiri walaupun jumlah keseluruhan mereka di Malaysia ini hanyalah 9 juta orang!

Apa lagi yang kumpulan rasis ini mahu? Malah, kuota biasiswa yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia juga telah memberi kelebihan kepada kaum minoriti bilamana daripada 2100 jumlah biasiswa JPA yang dikeluarkan kerajaan dalam tahun ini, hanya 1176 diberikan kepada kaum bumiputera (hanya 56%!). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pada 16hb Jun 2009, telah memberikan pecahan biasiswa tersebut di Parlimen sebagai jawapan kepada soalan dari Lim Kit Siang.

Apabila sudah terbukti bahawa kaum bukan Melayu mendapat lebih banyak biasiswa JPA daripada kaum Melayu, mengapa Lim Kit Siang masih hendak mengapi-apikan rakyat di dalam ceramah politik beliau baru baru ini pada 20hb Jun 2009? Mengapa perlu mengungkitkan isu biasiswa dan memfitnah kerajaan bahawa ianya tidak adil kepada kaum bukan Melayu? Adakah beliau memekakkan telinga ketika berada di dalam Parlimen beberapa hari sebelum itu?

Inilah yang dikatakan oleh penulis beberapa kali sebelum ini – para pemimpin pembangkang kesemuanya mempunyai sifat perkauman yang melampau. Samalah semangatnya dengan mereka yang terjerit-jerit memfitnah kaum Melayu sejurus sebelum peristiwa Mei 13, 1969. Dan ini telah diikuti pula oleh para penyokong taksub mereka.

Berbalik kepada sifat dan budaya kaum Melayu sendiri, penulis merasa kecewa dengan sikap para pemimpin Melayu di dalam pakatan pembangkang yang terus menerus menidakkan realiti sebenar kaum mereka sendiri. Mereka perlu sedar bahawa  bangsa mereka sendiri masih terkebelakang dalam banyak perkara terutamanya dari segi penguasaan ilmu dan ekonomi.

Apabila sudah terhantuk baru hendak terngadah,  mulalah mereka dari PAS hendak mendesak kerajaan supaya mempertahankan hak bumiputera. Mungkin nasih belum terlambat untuk orang Melayu bersatu agar budaya mereka boleh ditukar untuk menjadi lebih dinamik dan berdayasaing. Perpecahan yang melanda bangsa teramai di Malaysia inilah yang menyebabkan tiada tapak untuk menganjakkan cara pemikiran mereka ke tahap yang lebih baik.

Tiada tapak untuk memulakan anjakan bermaksud, segala usaha yang dilakukan untuk memperkasakan bangsa telah digagalkan oleh sifat hasad dengki, tamak, gila kuasa, fitnah-memfitnah, kafir-mengkafir dan lain lain lagi.

Budaya buruk ini ditambah pula dengan sifat sambil lewa, suka mengambil jalan mudah, malas menimba ilmu dan tidak rajin membaca.

Kata-kata Dr Mahathir ketika diwawancara oleh Mingguan Malaysia (15 Jun 2003) berkenaan budaya orang Melayu mesti diamati dan dijadikan iktibar.

Beliau berkata:

“Hasrat saya apabila kita perkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah untuk memberi head start kepada bumiputera dan Melayu supaya mereka mampu bersaing dengan kaum-kaum lain serta tidak terlalu bergantung kepada kerajaan. Saya dapati setelah kita laksanakan DEB selama lebih 30 tahun, majoriti bumiputera masih lagi tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri. Walaupun ada yang berjaya – kita akui mereka yang berjaya cukup berjaya – tetapi ramai yang tidak mampu.

Kalau hendak kontrak, mereka mahu kontrak kerajaan, hendak jual barang, jual barang kepada kerajaan. Semuanya dengan kerajaan. Kalau tidak ada kerajaan, mereka akan jatuh.

Budaya kita. Kita lebih utamakan perkara yang mudah daripada cuba, mengatasi cabaran. Apabila kita cari perkara yang mudah, kita jadi lemah. Saya sudah berkali-kali kata jika kita guna tongkat selalu, maka kaki kita akan lumpuh. Tetapi mereka hendak guna tongkat kerana itu lebih mudah daripada berdiri di atas kaki sendiri. Budaya ini yang menyebabkan orang Melayu kurang berjaya.

Bila kita kata kena bersaing, biasanya bila kita hendak compete kita berusaha lebih, tetapi orang Melayu ini bila kata hendak compete, mereka menyerah kalah. Ada sikap tidak apalah. Mereka tidak berusaha.

Sebaliknya orang Cina bila kita kata boleh compete, kalau awak menang, awak boleh naik, mereka kerja kuat dan belajar lebih rajin. Orang Melayu tidak begitu.”

 

 

 

Izinkan saya untuk menulis di dalam bahasa Inggeris pula.

The NEP is not a free meal ticket. In essence, it is only an opportunity given to you by the government to alleviate your economic status. It gives you the opportunity to study in a university even though your results are not stellar. It creates an opportunity for an average businessman to receive business contract which enables him to execute a project so that he could gain experience and more project portfolios to become more successful. In the future, he will become competitive at par with other businessmen.

But some of the Malays had treated the NEP like petty cash. If businessman Abdullah receives an award letter, he will sell it to businessman Ong for a quick buck. When student Rosmah receives monthly JPA scholarship, she immediately buys a new handphone and another pair of branded new shoes. No wonder other people who did not get all this special treatment resented these kind of people. And who gets the blame?

The government!

These are actually the very basic, micro level causes that contributes to the failure of the NEP and eventually, the opposition took advantage to call for its abolishment.

How do we resolve ourselves to make this change for the better? The Prime Minister made a drastic policy change when he liberalised some parts of the economic sector – the bread and butter for the non-Malay businessmen.  But what are the steps the government will endeavour to take to jumpstart the Malays to be a mentally strong race in the face of a strong competition?

What are the substantial effort to strengthen the character of the Malays? Even PAS could not uplift the plight of the Malays by instilling the good Islamic virtues onto their millions of supporters. And we thought PAS was the purveyor of everything that is good and holy in this country.

Why is this so? Because Malays indulged themselves into too much politicking which often than not, constricted their ability to be farsighted. Their lust for power and constant bickering over the smallest of issues led them to be divided. And once you are divided, any effort to work for betterment will not be successful.

Since reconciliation for the sake of the prosperity and peace among the Malays are quashed by the non Malay friends of PAS in the Pakatan Rakyat coalition, there will be tougher road ahead. Any effort to strengthen the Malays say, to make English a compulsory pass subject will be opposed by the Malays (PAS) themselves just for the sake of opposing!

In the end, any paradigm shift will not happen and the vicious cycle of mediocrity will continue.  And who will continue to prosper? Not the Malays that is for sure. If we need to face the challenges in the future when the NEP is torn down, the Malays must change their illgotten attitude. Not by just a few, but by all levels in its society.

Akhir kalam saya ingin menasihatkan semua termasuk diri saya sendiri, BANGKITLAH MELAYU DAN CAPAILAH KEJAYAAN YANG DIIDAMKAN!

(to be continued)

21 thoughts on “Realiti Melayu dan Dasar Ekonomi Baru

  1. Hi JMD,

    As a superior to a large team in my company, where about 80% of them are Malays

    Sometimes I simply don’t understand their tak apa attitude and also their lack of sense of urgency and discipline. Not all but majority.

    I used to gave load of lecture on continous learning, upgrading their skills, saving money, etc. Like you said, they have better phones than the managers.

    This is despite there are virtually no discrimination in terms of race in my company and plenty of opportunities for them to move up.

    Of course there are some, who are extremely dedicated, takes advise, and I have rewarded them with good bonuses and promotion. I am still preplexed why others dont seems to be observing and learning from the successful ones.

    These behaviour is prevalent in all communities, just that Malays are majority here in Malaysia, hence it has become very obivious.

    What other races fail to understand is that the more properous the Malays become, the better for them (other races) eg chinese bussinessman can rely on malays for their business as their(malays) purchasing power increases. Instead we have people who choose to condemn everything that is done to uplift the community.

    Like you said, Malays should take heed and take responsibility of their own progress and not rely too much on the government, regardless whether they are BN or others.

    Regards

    Balan

    JMD : Thank you Balan for the comment. To add further, it is imperative for the government (and the Malays) to provide solutions in order to change the mindset. I think motivation is key. During the years before independence, the Malays were a poor lot. How did they achieve that stage of enlightenment where they realized that their future could be better if they start taking control of their own lives and work hard for it.
    Was it due to extreme poverty? Or was it due to general awareness that the world surrounding them was changing? Since the situation now differs from those before independence, new kind of motivation is needed for the Malays to uplift themselves.
    Motivational classes for the young must be done in school since most of these kids do not receive this kind of cajoling and urging to be competitive at home. This is the stark reality the young generation is facing these days. If the parents have the ‘tidak apa’ attitude, the kids will almost always inherit this trait. They have this misplaced confidence that the government will help them all the time. Although it is the responsibility of the government to help the people,
    It will be counter productive when a huge chunk of nation’s funds be distributed to the needy when in the first place, the needy can easily get themselves out from the rut within 3 generations if they had been more motivated to be better.
    Will add some more in the next article. Thank you.

    Like

    • Hi Balan & JMD,

      I totally believe it is the parent’s responsibility to teach their children from their age of learning to learn to be competitive. It is good so that your children will thrive in anything that they do.

      We have some parents that come from poor family would say to their children “it is ok, ulat dalam batu pun boleh makan” then they are teaching their children, it is ok to be poor and u don’t have to be better to live in this competitive world.

      Kita membesar dengan didikan dan tunjuk ajar ibubapa, kerajaan hanyalah untuk membantu kehidupan kita dan selebihnya kita sendiri hendaklah berusaha untuk menikmati kesenangan dan kemewahan dalam hidup kita

      Like

  2. Asm,
    I enjoy reading your writings – factual, crtitical and constructive. I wish there are more writers like you out there.

    Saya pun sedih dengan bangsa saya sendiri. Tak habis-habis politik murahan. Kalau saya ada cermin ajaib teringin sangat saya nak tengok 100 tahun kehadapan….apa akah jadi dengan bangsa melayu di tanah airnya sendiri. Mungkin dengan idea kreatif saudara, you could write about it. Mungkinkah masa itu kita sudah menjadi republik dengan presiden yang tidak beragama? Jika sekarang ini pun orang melayu yang bergelar ulama Islam sanggup memberi kepercayaan kepada seorang biseksual untuk memerintah, saya tak tahu lah apa akan jadi 100 tahun nanti….

    Like

  3. Semoga Allah memberi ilham kepada pemimpin pemimpin PAS yang begitu marah kan Timbalan Presiden mereka, yang sedar bahawa mereka sedang dikawal oleh gulongan racist bukan Melayu yang pelampau!

    Like

  4. JMD,

    Saya adalah salah seorang umat melayu yang telah mendapat nikmat daripada DEB. Untuk mereka yang inginkan kejayaan DEB telah memberi ruang kepada anak melayu untuk mencapai cita-cita mereka, hatta telah memberi peluang untuk saya menjadi seorang jurutera lulusan luar negara walaupun ayah saya hanya seoarang pemandu teksi.
    Kini saya adalah seorang kontraktor, alhamdulillah, adalah sedikit sebanyak kejayaan dan kini berupaya memberi peluang pekerjaan kepada lebih 100 orang anak-anak bangsa kita.
    Malang nya daripada lebih dari 100 orang yang saya ada tidak sampai 5 peratus anak bangsa kita yang benar-benar mahu bekerja secara tekun dan ikhlas. Sampai sekarang saya masih tercari-cari mereka yang berkelayakan untuk diangkat sebagai peneraju syarikat saya. Dimanakah silapnya, sedangkan gaji yang mereka terima adalah jauh lebih tinggi daripada teman-teman mereka yang bekerja di syarikat bukan melayu?

    Like

  5. DAP hanya inginkan kuasa. Master of Puppet. PAS pula oleh kerana ingin mengejar kuasa, sanggup dijadikan patung. What a shame..

    Like

  6. What other races fail to understand is that the more properous the Malays become, the better for them (other races) eg chinese bussinessman can rely on malays for their business as their(malays) purchasing power increases. Instead we have people who choose to condemn everything that is done to uplift the community.

    =====

    Balan, I see that you have got it wrong here. No non Malays are trying to deny the Malays progress , what you have said about the increase in purchasing power should be for all Malaysians.

    If you have read carefully, the clarion call by the non Malays, other than opposition politicians, have no political motives.

    What was called for is that any aid or assistance should be for a class of people, meaning , including all Malaysians , be it Malay, Chinese , Indians or others and not only for a particular race or religion.

    Non Malays are not against the thrust of the NEP per se, just that it has been abused by the power that be.

    Like

  7. Dear JMD,

    I admire and values the articles you wrote. It does open my mind to a balance view.

    As such I had started a group in the facebook group

    http://www.facebook.com/group.php?gid=111668129208

    Wishing you a great physical and mental health to continue writing a well balance articles.

    Sincerely,
    Abdul Razak Harun

    “The only thing constant in life is change” – Francois de la Rochefoucauld

    JMD : Thank you for the facebook group and the well wishes. Really appreciate it.

    Like

  8. This is the reality of us these days… when will we wake up from this slumber and realize that the longer we are divided, the worse it will be for Msia.

    Like

  9. Dear JMD,

    Again, well written and insightful. You and me may not see all things eye to eye, but your blog (a pro umno site mind you!!) remains one which I vist frequently, for the reasons that your articles are fresh and relevant.

    However, this time, I do feel a bit offended by your statement:-

    “Bangsa bukan bumiputera di dalam sektor swasta dibenarkan oleh Dasar Ekonomi Baru untuk menggaji hingga 7 juta di kalangan kaum mereka sendiri walaupun jumlah keseluruhan mereka di Malaysia ini hanyalah 9 juta orang!”.

    Now, correct me if I am wrong, are you insinuating that 7/9 non malays in the private sector are employed for the reasons that they are non malay. I can’t see the logic, there are 7 million non malays (assuming they are all adults, 2 million children..errr I dont know, the composition looks iffy) employed because they are qualified and competent in their jobs.

    I personally dont want to be empoyed to make up numbers nor would I want my employers to favour me because I am a non malay. Its all about merits, and how well I execute the task given to me. I dont mind having a Malay boss or Malay subordinate so long they are competent. Magic word competent.

    So you say (insinutate) that the private sector favours non malay staff must be taken with a pinch of salt. No such thing, private sector is only concerned about making profit, as such, they will employ someone whom will maximise their ROI. If one day, when I do start my own firm, I will NEVER set a quota based on race. Remunaration and promotion will be based on merits, and merits alone. This is what we call progress, to meet to the challenges, to seek self improvement and betterment and that is not confined to races… but to all humankind. Just my 5 sen

    Thanks and good day

    JMD : Thank you for visiting this blog Chinky. I must admit that the numbers I got was taken from a single source in the reference link I stated in the preceding paragraph. It was raw statistics that is why I stated it as ‘kajian awal’.

    Nevertheless, do not get me wrong. I was not talking about the non bumis are working in the private sector purely because of race or skin color. I was talking in the context of the strong calls to abolish the 30% quota now. That is why I specifically stated that eventhough the NEP encourage minimum 30% quota in the private sectors, most people who are against this policy neglected to see that the remaining 70% can be of anyone else – non malays or even malays, meritocracy or otherwise. Thus, with the huge amount of workforce in Malaysia (about 10 million) amidst a slightly smaller number of non Malays here and a growing demand of jobs (dentist, teachers, security forces etc), I am sure all Malaysians can get a job here in Malaysia.

    I am all for meritocracy actually. But only after the NEP has achieved its intended objectives within a new specified timeframe.

    Thank you and have a good week ahead.

    Like

  10. Pingback: Arise PAS and Umno! «

  11. Bangsa yg tak tau apa itu BENAR dan wajib, apa tu SALAH dan haram, mana ada OBATnya!

    Kalau orang2 melayu lagi tak boleh sadar dan anggap apa yg dilakukan orang2 UMNO tu BANYAK BERSALAH, maksudnya KIAMATnya akan tiba.

    JMD : This will be the last of these types of comment that will be approved as we are very much concerned that the past provoking statements from either side will not add value to the whole discussion. Thank you for your cooperation and understanding and have a good week ahead! 🙂

    Like

  12. JMD,

    Thank you for finally make-up uR mind && for being Firm not to publish such retards comments ever again…

    I think “trashes” should be throw away where it rightly belong, and not lettin it “bersepah-sepah” in a public blog…

    as its really Stinks laaaa…

    hahaha… =D

    Like

  13. Saya akui bahawa DEB tidak berjaya 100% membantu menaikkan martabat orang Melayu agar mereka dapat menjana ekonomi negara mahu pun ekonomi bangsa mereka sendiri.

    Tetapi mulai hari ini (2 Julai, 2009) usahlah kita mengucapkan lagi bahawa orang Melayu ini pemalas
    dan hanya suka mengambil jalan yang mudah.

    Sekiranya seorang Melayu berkata bangsanya malas dan
    12 juta orang Melayu yang lain pun turut mengucapkannya maka ini ibarat satu doa yang akan dimakbulkan oleh Allah swt.

    Tidak semua Melayu ini malas. Keadaan yang membuat mereka jadi begitu.

    Pertamanya, semasa pemerintahan British, mereka telah mengamalkan sistem pentadbiran, “divide and rule”.
    Oleh itu orang Melayu di bandar tidak boleh membuat kerja buruh. Maksudnya mereka diberi kerja di pejabat yang berhawa dingin, menjadi Guru, Polis dan Askar.

    Yang menjana ekonomi negara ialah kaum bukan Melayu yang bekerja di ladang getah dan lombong bijih. Mereka datang dibawa oleh penjajah.

    Pada masa yang sama majoriti orang Melayu menetap di kampong-kampong dan menyara hidup sebagai pekebun kecil, pesawah padi dan nelayan. Keadaan ini berlarutan sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaan.

    Sudah semestinya dengan corak hidup sebegini mengakibatkan satu jurang ekonomi yang besar
    diantara masyarakat Melayu dan masyarakat bukan Melayu.

    Niat pemimpin kita adalah murni. Mereka hendak menyelesaikan masalah ini dengan secepat
    yang munkin. Maka lahirlah DEB.

    DEB adalah baik tetapi lemah dari segi implementasinya.
    Peniaga-peniaga Melayu mula menjadi kodok naik junjung dan pemimpin-pemimpin Melayu pula bersifat sambil menyelam minum air.

    Maka timbullah golongan yang tidak berpuas hati akan DEB.
    Golongan ini , sejak daripada hari mereka jejak bumi bertuah ini sehinggalah sekarang selalu bersikap mendapat betis hendakkan peha. Tidak pernah berasa terima kasih diatas ikhsan yang diberi.

    Pemimpin Melayu sekarang pula suka melatah. Marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Semata-mata kerana hendak menjaga hati budi kaum minoriti.

    Hakikatnya, orang yang tidur berkelambu, kenalah pasang
    penghadang lain sebagai mencegah daripada digigit nyamuk.

    p.s. Maaflah ye, terlampau panjang. Saya geram bila di bumi datuk nenek sendiri kita tidak ada keistimewaan.

    Like

  14. JMD,

    I think many people confuse the defects in implementation with the defects in the concept of the NEP. Some use the implementation defects as an excuse to call for the scaling down of the NEP. That is not right.

    Books have been written about cronyism and some of the major benefactors of NEP appearing to be involved in money politics and corruption. Many of those with positions in the political party obtained contracts, Bumi allocation of shares, etc. The goings-on connected with and during the last UMNO party elections have been reported in the papers. I think this is the crux of the problem; many other problems, including social ones, stem from there. These must be stopped.

    DSN has said he is tackling these, using measures such as changes to the party constitution and election rules. These must be done.

    When the benefits of the NEP are properly distributed, most of the beneficiaries are genuine and hard-working business people, I think the problem would be abated. There are many of the hard-working Malay business people, with fairly good track record who have not tasted the benefits of NEP in any significant manner. They would have experienced the rough and tumble of business life, can be expected to be more prudent in their ways, not Ali-Baba the contracts, not splash on luxury cars, their wives and children with luxury items.

    Imagine the erosion of the fabric of Malay society when “the easy-money people” keep “petty cash” at home up to hundreds of thousand Ringgits (sometimes revealed in police robbery or theft reports), and 10-12 year olds brandishing thousand plus Ringgit hand phones, 14-15 year olds driving luxury cars and drinking at night clubs. These must be curtailed.

    Like

  15. Assalam mualaikom JMD,

    Maaf , ada beberapa persoalan penting yang tercicir. Sudi kiranya saudara beri penjelasan.

    1. Betulkah hak istimewa orang Melayu termasuk DEB
    telah termaktub didalam Perlembagaan Malaysia ?

    2. Jika jawapannya ialah ya, bolehkah seorang PM
    membuang hak-hak istimewa orang Melayu tanpa
    dibawa ke Parlimen untuk didebat dan seterusnya
    mendapat kelulusan majoriti?

    3. Bolehkah kita mengguna kuasa rakyat bagi membantah
    tindakan-tindakan ini?

    Terima kasih.

    JMD : Hak istimewa Melayu memang termaktub di dalam Perlembagaan. Perlembagaan pula adalah satu rang undang-undang terpenting di Malaysia. Semua undang-undang (akta) tertakluk kepada apa yang tertulis di dalam Perlembagaan. Jika ada akta-akta atau polisi yang bertentangan dengan Perlembagaan, ianya dengan sendiri terlupus (Artikel 4)

    DEB pula bukanlah satu rang undang undang di dalam Perlembagaan. Ianya adalah satu polisi atau proses untuk merealisasikan perkara-perkara berkaitan hak istimewa Melayu di dalam Perlembagaan.

    Sebab itu, jika objektif DEB belum lagi dicapai dan ianya dimansuhkan sebelum waktunya, perlulah ada pengganti kepada polisi tersebut yang akan menjalankan perkara-perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan tersebut.

    Rakyat boleh membantah berdasarkan kepada saluran undang undang yang betul. Terima kasih dan wassalam.

    Like

  16. JMD,

    Very good article. I for once am inspired by this writing. Am emailing this to friends, if you don;t mind. All the best.

    JMD : I don’t mind at all. Thank you.

    Like

  17. saya merupakan seorang yang mencari kebenaran tentang sikap Melayu. kebanyakkan artikel yang saya baca dan telaah secara keseluruhan menyatakan bahawa bangsa melayu ini adalah bangsa yang bersikap “tak pa”. Betul ke?..
    -jika betul apa kebenarannya? jika salah apa pula buktinya.

    sifat Melayu yang sopan dan selalu mengalah tidak bererti Melayu bersikap “tak pa”…tapi persefahaman dalam kalangan kaum lain telah menyalahgunakan tanggapan terhadap Melayu.

    namun, walau apapun terjadi terhadap bangsa Melayu, orang Melayu tetap berada pada takuk yang lama. Memang benar ramai orang Melayu yang telah berjaya tetapi jika direnungkan kini ramai orang Melayu sudah terpesong akhidahnya.

    pegangan agama yang kukuh sangat penting dalam mencapai sesuatu kejayaan. rajinlah berusaha untuk masa hadapan..
    “man jadda wad jadda”…sesiapa yang berusaha pastikan berjaya….

    D : Doa
    U : Usaha
    I : Ikhtiar
    T : Tawakal…..

    dasar-dasar kerajaan seperti DEB adalah sampingan. apa yang penting kesedaran diri untuk bangun mengorak langkah bergabung tenaga untuk membangunkan bangsa sendiri. sikap ego perlulah dibuang…

    sekian…(jika ku tersalah memberikan tanggapan)

    Like

Astound us with your intelligence!