Umno & Barisan Nasional

Isu kuota di dalam Umno

Bertitik tolak dari artikel saya yang terdahulu, saya majukan satu artikel dari Saudara Nobisha yang beliau telah tulis di dalam blognya – Bicara Nobisha hari ini. Saya kira penulisan beliau melengkapkan apa yang tersurat di dalam penulisan saya tempoh hari.

Betul UMNO Nak Hapuskan Kuota?

Ini ialah laporan terkini Malaysiakini mengenai pencalonan untuk jawatan Timbalan dan Naib Presiden UMNO: Najib 95, Muhyiddin 62, Mohd Ali 21, Muhd Taib 14 (sehingga 5 petang, 26 Oktober, 2008)

Beberapa bulan dulu, bergegar-gegar ahli-ahli UMNO bercakap mengenai kuota. Kononnya, itu suara akar umbi. Hapuskan kuota! Hapuskan kuota! Hapuskan kuota! Akhirnya apabila tiba musim pencalonan, semua orang diam. Dah cukup pencalonan dan dah layak bertanding, apa nak bising-bising lagi, kan?

Dari dulu, saya tidak setuju dengan kuota. Kuota yang ada sekarang adalah terlalu tinggi. Saya boleh menerima sekiranya jumlah itu direndahkan, cukup untuk menyaring antara calon yang serious dan pelawak yang mencari publisiti murah.

Untuk Presiden UMNO, cukuplah 15 pencalonan, manakala untuk Timbalan Presiden 10 pencalonan dan Naib Presiden 5 pencalonan. Apa pun, sekarang bukan masa nak bahaskan soal itu. Perbahasan sedemikian hanyalah satu akademik sahaja. Kata Pak Mat di kedai kopi, “buat habis air liur saja!”

Persoalan sekarang ialah: Adakah kita setuju nak hapuskan kuota dan kita nak berikan peluang kepada semua pemimpin yang layak untuk menawarkan diri bertanding?

Jawab, YA atau TIDAK. Usah berbelit-belit.

Sekiranya kita betul-betul nak hapuskan kuota, sekarang pun kita boleh lakukan.

Bagaimana? Berhenti mencalonkan pemimpin yang sudah layak bertanding. Berikan pencalonan kepada mereka yang masih lagi tidak cukup kuota. Lihat senarai Timbalan Presiden, Naib Presiden, dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi. Sesiapa yang dah mula dapat pencalonan tetapi tak cukup kelayakan minima, maka tambahlah pencalonan mereka supaya memenuhi kuota yang diperlukan.

Bagaimana pula dengan Presiden? Setakat ini hanya seorang sahaja yang dicalonkan. Kalau ada calon kedua yang menerima pencalonan yang banyak dan tak cukup kuota, maka eloklah ditambah pencalonan itu. Tetapi, kalau sampai sekarang hanya ada satu sahaja pencalonan iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak, saya fikir itu membayangkan kehendak akar umbi.

Ah, ada orang berkata Ketua Bahagian ingin mencalonkan orang tertentu. Ya, itu hak Ketua Bahagian. Sebagai ahli, kita juga boleh bangun dan membuat pencalonan. Hanya perlukan dua orang — seorang pencadang dan seorang penyokong. Selepas itu serahkanlah kepada kebijaksanaan ahli-ahli parti untuk membuat keputusan.

Di Bahagian Jerlun, Ketua Bahagian mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala Timbalan Ketua Bahagian mencalonkan Dato’ Seri Mohd Ali Rustam. Seorang Ketua Cawangan bangun mencadangkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai Timbalan Presiden UMNO. Ahli-ahli memilih untuk menyokong cadangan Ketua Cawangan!

Andainya kita jujur tak nak kuota, lakukanlah.

Sekiranya tidak, berhentilah cakap tentang kuota!

___________________________________________________________________________

Soalan, jika semua ahli Umno tidak kira pemimpin atau ahli akar umbi telah memandang serius akan gejala politik wang, sudah berapa banyakkah bahagian di dalam Umno yang mengusulkan agar kuota dimansuhkan?

Adakah gejala ini akan dibiarkan berterusan dan melarat hingga boleh berlakunya ugutan ugutan jahat dari pihak pihak tertentu? Ini tidak boleh dibiar berlarutan. Amalan demokrasi mesti dipraktikkan agar perwakilan berpeluang memilih lebih ramai calon-calon. Hanya mempunyai seorang calon bagi kedudukan presiden dan timbalan presiden amatlah mengecewakan.

Lihat juga kepada calon calon naib presiden. Setakat ini hanya 5 sahaja calon yang layak. Yang lain, masih sukar untuk mendapat cukup pencalonan. Jika para perwakilan hanya dibekalkan 5 orang calon sahaja untuk memilih 3 dari mereka ke jawatan naib presiden, maka saya fikir, kurang adil kepada para perwakilan itu sendiri.  

Walaupun ada menganggap bahawa pemilihan secara kuota juga merupakan amalan demokrasi, ia tidak berlandaskan kepada satu alasan yang kukuh. Ini kerana mereka ini jugalah yang dahulunya meneriak dengan lantangnya agar sistem kuota dihapuskan kerana ianya tidak demokratik. Ingatlah, demokrasi secara sistem kuota tidaklah boleh dianggap sebagai sistem demokrasi yang berjaya kerana ia terbuka kepada penyalahgunaan kuasa, ugutan politik dan juga politik wang.

Dan juga, jika calon calon yang menawarkan diri ke peringkat tertentu mendapat tentangan dan laluan yang terlampau sukar hanya sekadar untuk memenuhi sistem kuota tersebut, maka ianya juga tidaklah boleh dianggap sebagai satu sistem yang berpaksikan demokrasi.

Mana pergi semangat perubahan yang telah kerapkali dilaungkan dulu wahai Umno?   

28 thoughts on “Isu kuota di dalam Umno

  1. Hi Jebat,
    I think UMNO really needs to listen to the “grassroots” and stop using them as rubber stamps.
    Then we can see if the party can be reformed.
    It’s not looking that great with Najib on top. Although I have no personal grudge, I and most ppl find him quite pleasant, he is terribly tainted with Altantuya.
    But I shall wait for the outcome of the case.

    Like

  2. “agar sistem kuota dihapuskan kerana ianya tidak demokratik. Ingatlah, demokrasi secara sistem kuota tidaklah boleh dianggap sebagai sistem demokrasi yang berjaya kerana ia terbuka kepada penyalahgunaan kuasa, ugutan politik dan juga politik wang”

    Periuk … Cerek … Hitam

    ee tlg lah skit geng .. tak tahu malu ke?

    Lg 1, tahniah kpd saudara Khairy Jamaluddin krn berjaya melepas kelayakan minima selepas memperolehi pencalonan yg ckp.

    JMD : Wah. Makin hari makin ramai ye para penyokong Khairy? Tahniah diucapkan.

    Like

  3. Kena tanya Dr Mahathir pasal apa dia buat sistem kuota ini.. utk demokrasi kah? atau utk selamatkan title diri sendiri? Yang tahu.. Dr M itu sendiri, Yang Maha Tahu.. Allah jua.

    JMD : Saya rasa saudara mendapat patut mendapat maklumat yang sahih di dalam perkara ini. Bagi saya, sistem kuota diperkenalkan selepas pilihanraya Umno tahun 1987 untuk mengawal jumlah pencalonan bagi sesuatu jawatan. Ketika itu, diharap hanya calon yang serius sahaja yang boleh bertanding. Sistem kuota dianggap sebagai sistem saringan. Bukannya sebagai suatu ‘deterrent’ bagi calon yang tidak punyai wang yang banyak pada ketika ini.

    Sistem ini dianggap berjaya pada tahun 1990 kerana politik wang tidak wujud ketika itu. Tiada siapa yang mahu melawan jawatan no 1 dan no 2 pada tahun 1990.

    Politik wang mula menular di dalam Umno di dalam tahun 1993 di mana sistem kuota itu telah disalahgunakan. Pencalonan mula dibeli oleh Team Wawasan ketika itu.

    https://jebatmustdie.wordpress.com/2008/08/22/the-ketuanan-anwar-movement

    Terima kasih

    Like

  4. Fikiran saya, apa yang sesuai untuk masa dulu tak semestinya sesuai dengan keadaan sekarang. Pada masa kuota diperkenalkan dalam UMNO, mungkin benar kerana pada masa itu akan berlaku perpisahan dalam parti. Itulah yang menjadi sebab diperkenalkan kuota pada masa itu. Agar tak berlaku perpisahan.

    Tetapi sekarang, keadaan dah berbeza. Pada masa sekarang, apa yang diperlukan adalah perubahan yang drastik dalam UMNO. Jadi saya rasa kuota sudah jadi perkara yang tak diingini.

    Mereka-mereka yang ada kuasa untuk menhapuskan sistem kuota perlu berani melakukan yang terbaik untuk parti mereka. Ataupun mungkinkah kerana mereka dah dapat pencalonan yang mencukupi, mereka takut untuk menghapuskan kuota, sebab bimbang calon lain akan bertanding kerusi yang sama dengan mereka? Mungkinkah mereka bimbang mereka akan menghadapi persaingan yang sengit dari calon lain? Penakut ke?

    Ah, Jebat, ini pandangan saya semata-mata. Jadi kalau tak masuk akal sikit, maafkanlah ye..

    JMD : Who are you and what have you done to Michelle????🙂 Terima kasih di atas pandangan saudari. Amat tepat sekali.

    Like

  5. Assalamualaiikum Bro….

    It’s funny and foolish for those that criticized the “Quota” yet they are applying it and worst still they are there when this mechanism is being introduced. During that period not a single moan of bickering roar from one corner of the earth to another. Even the “owner” of the system did suggest the elimination of such mechanism if it is no longer a positive application. But then again it goes to the deaf ears, blind heart and mentally handicapped.

    It is true that everybody now is so educated and having many good ideas until these ideas gone bewildered as picking this one shall see another good one and it goes on where after refining upon refining we pick OKU. I guess this democracy system is leading us to an ending of human destruction. This is so happen with the Roman Empire as they are the pioneer of Democracy with many intelligent minds. And to stop this intelligent flow they have to eradicate this mind through………………….

    We may not go to that extreme but we shall be part of our own destruction as majority of us are making a wrong choice in the name of democracy.

    So, Bro we shall Hoosh Hoosh Quota hay….!

    Happy Deepavali everybody.

    Like

  6. Salam JMD
    For my 2 sen worth, the present system does not make sense at all. 2000 odd umno ( chosen from bahagian) members get to decide who the next PM would be!! C’mon 2000 on behalf of 23-24 million of us!! The ideal (maybe in my dreams) would be ALL umno members get their say on who should be the rightful person, from nominating right to the election process. Then the question of money politics would not arise at all.

    Like

  7. Askm JMD,

    We have to look at the issue of quota in relation to position in UMNO as a form of investment !!

    Being elected as a KETUA BAHAGIAN is a pass port to a Ministerial post, Ketua Menteri, Menteri Besar or Chairman of GLC,Statutory body, etc. UMNO members know that the Menteri, etc will make “good” money.Or at least he can be a power broker or runner to a Menteri.

    So, UMNO members want also some action of this.They want a piece of the cake.One just has to look how a newly elected Ketua Bahagian suddenly becomes ‘Orang Kaya Baru ” .

    I heard stories that some investors got burned because they not only did not get their returns but also their capital because not many projects were launched after 2004 GE.Pak Lah launched the five corridors as the lolipop for GE 12 2008.

    Democracy is an expensive ideology to maintain. I do not think you can afford to treat the AJK of your UMNO Cawangan to a MEDAN trip after winning the Ketua Cawangan post !!! And many other gifts to maintain their loyalty to you.

    Hang Kasturi

    Like

  8. sistem kuota perlu dihapuskan disemua peringkat samaada di peringkat bhg dan pusat . biarkan ahli ahli mengundi secara lansung dari negeri ke negeri . ini akan melupuskan rasuah politik . ahli ahli telah dibekalkan dgn keahlian ‘smart card’ undian secara in the net bolih di praktikan.

    Like

  9. Saya setuju kuota dihapuskan dan pemilihan diadakan secara terbuka mengikut syarat syarat tertentu. Ahli ahli UMNO juga hendaklah menepok dada tanya selera pada samada dengan ketiadaan kuota kelak kepentingan bangsa dan ketuanan Melayu dapat dipertahankan yang dapat mengatasi kepentingan wang. Selain dari itu antara syaratnya hendaklah menentukan sesiapa juga yang hendak bertanding merebut jawatan dalam parti misti terlebih dahulu mempunyai pekerjaan tetap dan hendaklah dihebahkan untuk makluman umum dan ahli ahli parti. Ini adalah kerana salah seorang yang sedang bertanding adalah diketahui jutawan tanpa pekerjaan tetap.

    Jika ia dari mana datang wang berjuta juta yang boleh merosak akhlak dan harga diri ahli ahli serta jejas ketahanan ketuanan Melayu dan negara tergadai.

    Like

  10. Hi JMD,

    Inilah sikap pemimpin-pemimpin UMNO dari 5 tahun dulu hingga sekarang. Mereka tidak serius dalam menyelesaikan sebarang masalah. Apabila masalah/isu timbul maka bergegar seluruh BN inginkan penyelesai atau perubahan. Tetapi apabila sampai masanya, semua senyap sahaja seperti sudah lupa akan masalah itu.

    Namun bagi saya, menghapuskan sistem kuota masih tidak dapat menghapuskan gejala rasuah di UMNO. Ini kerana salahnya bukan sistem itu sendiri tetapi manusialah yang menyebabkan baik atau buruk sistem itu. Oleh itu, sistem kuota bukan satu isu kerana yang penting adalah samada UMNO mempunyai sikap dan kesungguhan untuk menghentikan tabiat merasuah/dirasuah ini. Pencalonan KJ sudah mencapai kuota jelas menunjukkan UMNO masih tidak berubah.

    SkyForce

    Like

  11. Assalamualaikom kalian, secara peribadi, KJ tidak layak jadi ketua selagi beliau tidak ubah cara percakapannya. Bahasa yang beliau gunakan kurang senonoh, kurang rendah diri, ego kusemangat. Selagi perkara peribadi begini tidak diperbetulkan selagi itu lah beliau tidak layak jadi ketua, lebih2 lagi untok negara. Tolongkopnya Umno tolongkopnya bangsa dan ugama kita.😦
    Wasallam.

    Like

  12. Salam Jebat,

    Sistem kuota bukan isu kritikal UMNO. POLITIK WANG yang akan melemahkan dan seterusnya akan pasti melenyapkan UMNO.

    Cadangan Khairy untuk berdebat harus diberi perhatian tetapi topiknya yang tersangat retorik hanya akan menghasilkan “ALL TALKS WENT WELL BUT NONE IS DONE”.

    Di dalam blog saya, diajukan topik POLITIK WANG untuk didebat. Debat ini harus disertai oleh kesemua yang layak bertanding.

    Sekiranya tiada di antara peserta yang layak bertanding setuju untuk mendebatkan topik ini, maka jangan salahkan rakyat seandainya membenarkan kami mengiakan bahawa UMNO memang tidak relevan untuk mentadbir negara di masa akan datang berdasarkan UMNO membenarkan politik wang.

    JMD : Terima kasih. Politik Wang mula menular apabila sistem kuota yang diperkenalkan selepas tahun 1988, telah disalah gunakan pada tahun 1993. Suka diingatkan bahawa dalam pemilihan tahun 1990, tiada masalah dilaporkan ke atas sistem kuota ini.

    Ia, politik wang adalah kanser yang makin merebak di dalam Umno. Mana mana parti yang berkuasa di dalam dunia ini akan menghadapi masalah yang sama. Cuma di Amerika dan beberapa negara maju, politik wang telah dihalalkan melalui cara ‘lobby’ di mana, sumbangan wang diterima oleh pelbagai pihak dan disalurkan kepada jentera parti politik agar kepentingan mereka yang menyumbang akan dipelihara.

    Ini berleluasa di sana kerana nilai nilai sosial (social values) mereka berlainan dengan kita di sini. Disini, lobby juga boleh diertikan sebagai rasuah. Rasuah ditegah di dalam Islam dan juga nilai sejagat orang Asia.

    Bagi saya, jika politik wang susah dihapuskan, kita perlu memikirkan cara cara yang akan menyukarkan insiden politik wang untuk berlaku. Kita perlu membuat agar politik wang tidak kondusif untuk terus menular. Ramai berpendapat supaya jawatan jawatan tertinggi parti dipilih terus oleh semua ahli ahli Umno secara terus. Saya kira ini idea yang bagus.

    Mengenai debat pula, saya rasa ianya amatlah membuang masa. Kita masih ingat lagi betapa ‘redundant’ nya perdebatan antara DSAI dan Shaberry Cheek dulu.

    https://jebatmustdie.wordpress.com/2008/07/16/johan-pertandingan-debat-kebangsaan-jatuh-kepada/

    Terima kasih.

    Like

  13. UMNO UMNO UMNO

    Bila dicabar oleh lawan, rayu sokongan dari orang Melayu.
    Tapi bertanding tak ingat dunia macam munafik yang peduli apa khalayak awam Melayu melihat mereka.

    Pemimpin mudah sangat lupa daratan.

    Mahathir lupa yang dialah mula pesongkan perjuangan UMNO dan galakkan politik wang. Dia lupa yang dialah yang lantik Dollah Badawi lompat atas Najib walaupun Dollah sebelum ini tak berapa bagus dalam pentadbiran.

    Dollah lupa yang dia mencari kebenaran hanyut dek kerenah bini, anak dan menantu. Malahan dia lupa yang dia sebenarnya tak layak jadi pemimpin.

    Najib tak tahulah kalau dia lupa yang bapa dia mati kerana bekerja keras untuk memajukan orang Melayu dan Malaysia. Kalau dia lupa juga lepas ini memang dia anak tak mengenang budi bapa sendiri.

    Sepatutnya UMNO adakan ujian dan sistem permarkahan untuk kelayakan bertanding peringkat Bahagian ke atas. Kalau tak nak berubah juga UMNO kena ingat yang ramai lagi orang Melayu lain yang bertanggung jawab boleh menjadi pemimpin. Perhatikan orang macam Zulkifli Nordin (PR Kulim Bandar Baru), orang Melayu macam ini sebenarnya ramai dan merekalah yang layak menjadi pemimpin Melayu yang sejati!

    JMD : Sebelum kita menulis tanpa mengetahui sejarah, suka diingatkan bahawa Pak Lah terlebih dahulu menjadi naib presiden di dalam Umno dari Najib. Pak Lah telah menjadi naib presiden ketika Najib cuma seorang Ketua Pemuda. Jadi, jika kita hendak berkata bahawa Najib lebih senior dari Pak Lah, mungkin tidak betul sedikit. Ya, dalam tahun 1999, Najib mempunyai undi terbanyak dari ketiga tiga naib presiden. Tapi itu tidak bermakna, pangkatnya tinggi sedikit dari Pak Lah. Kesemua naib naib presiden ketika itu mempunyai taraf yang sama. Jika itu menjadi kayu ukuran kita, maka Ali Rustam lebih senior dari Muhyiddin Yassin kerana Ali Rustam mendapat undi kedua terbanyak (selepas Isa Samad) dalam pemilihan tahun 2004. Muhyiddin tempat ketiga.

    TDM sendiri ketika menjadi timbalan perdana menteri merupakan salah seorang naib presiden Umno. Walaupun beliau mendapat undi paling sedikit dikalangan ketiga tiga naib presiden ketika itu, Hussein Onn beranggapan TDM lebih layak untuk menjadi orang no 2 negara. Hussein Onn tidak memilih Ku Li ketika itu walaupun beliau mendapat undi terbanyak kerana Ku Li masih muda.

    Saya rasa, itu adalah kriteria yang diguna oleh TDM di dalam memilih Pak Lah. Bukannya Najib. Pak Lah bukannya tidak popular ketika itu. Beliau mendapat undi paling kedua tertinggi dikalangan ramai ramai yang bertanding untuk jawatan naib presiden dalam tahun 1996.

    TDM saya rasa tidak perlu menggunakan wang untuk mendapat undi kerana MT selalu memutuskan agar jawatan no 1 dan no 2 tidak perlu dipertandingkan selepas tahun 1993. Malah, dalam tahun 1990 dan 1993 pun tidak ada sesiapa yang mencabar beliau. Politik wang berlaku kerana calon memberi wang kepada perwakilan agar mengundi mereka. Buat apa menabur wang jika jawatan tersebut memang tidak dipertandingkan?

    Kita perlu lihat siapa yang memulakan dulu amalan ini. Saya fikir, ianya bermula dalam tahun 1993 apabila Team Wawasan terlampau ghairah untuk menang dan menumpaskan veteran veteran Umno ketika itu.

    Terima kasih.

    Like

  14. Salam JMD,

    Sejak akhir2 ni artikel2 saudara sudah tampak ‘personal’, keras, direct, with a certain mood of urgency. Apa yang saya fahamkan, ur existence here, semata2

    – mau paklah berundur ( sudah hampir terjadi )
    – mau kemaraan KJ dalam politik disekat…in ur own words, ‘KJ must not be elected as the UMNO Youth Chief.’

    am i right ? hmmm… i got no problem with that🙂

    Tidak dinafikan peranan blog2 yang terus menerus menyerang paklah didalam mencorak minda rakyat hingga menjadi salah satu faktor beliau terpaksa umumkan akan berundur. The same can be applied to KJ. Dedahkan segalanya tentang beliau, termasuk yang positif (supaya nampak balanced..tak banyak jadi tak perlu risau) dan biar rakyat menjadi pendesak kepada para perwakilan supaya tidak memilih KJ. Walaupun para perwakilan yang menentukan siapa yang menang tapi jangan pandang rendah pada suara rakyat. Kalau kena pada caranya, kj sendiri akan menarik diri dari bertanding dan berundur terus dari dunia politik.

    Setakat seruan kosong takde maknanya. Do what you are good in – detailed and extensive research. Other blogs would pick up from there. Takpe kalau nak ulang apa yang dah pernah di tulis dulu, buat touch up sikit, updated sikit, relate with recent happenings…voila, a new article ! Bukan semua pembaca rajin nak baca ur past articles, u can see from some of their comments, u already answered most of it before. even if u provide the link to ur previous posts, not all would click and take the inniative to read ‘old stories’.

    u have a dateline, time is running out. Hentam saja !

    just being straightforward..

    JMD : Thank you for the comment. Since the campaigning period is about 5 months long, I have to pace myself in order not to lose steam in the process.🙂

    Like

  15. sistem kuota dan politik wang… membawa kepada satu soalan :

    “Dari mana mereka-mereka ini memperoleh wang yg sebegitu banyak utk membeli undi ahli umno sekalian?”

    dari poket sendiri kah? dari derma kroni kah? atau dari tabung umno itu sendiri? saya amat musyhkil akan ahli politik yg mempunyai sumber kewangan yg sebegitu byk. mungkin calon yg tidak mempunyai cukup pencalonan utk bertanding mmg tak mempunyai sumber kewangan ini. dari itu, mungkin perjuangan calon2 ini lebih relevan kpd survival umno skrg kerana mereka berjuang utk prinsip dan cara hidup, bukan melalui sumber kewangan yg diragui.

    JMD : Terima kasih.

    Like

  16. Debat yang sihat sama sekali tidak membuang masa. Jika tidak manakan kita tahu blog seperti JMD dapat dibezakan dengan blog2 lain. Di sini kita juga berdebat secara sihat. Bertukar tukar pendapat dan saling mengenali perwatakan, pemikiran semua yang berdebat secara langsung. Melalui proses begini maka kita dapat mengenali Jebat, Lekir, Lekiu dan lain lain.

    Pada pandangan saya, debat sebegini harus di asuh dan di luaskan sebagai tradisi sihat dalam UMNO. Berlatih dari setiap peringkat supaya ahli2 boleh memperhalusi ketajaman fikiran, mengatur pendapat dan boleh mengolah visi menerangkan arah tuju party.

    Keadaan yang ada sekarang pada pandangan saya, tiada jalan keluar untuk ahli2 menunjukan bakat. Yang tajam pemikiran mungkin akan hanya tinggal dibelakang dan sukar untuk mengenengahkan pandangan.

    Memang akan ada cabaran sampingan berikutan tradisi berdebat. Bagaimanakah akan kita lakukan debat di semua peringkat? Adakah debat harus di sempitkan hanya untuk pendapat/visi dan tidak menyentuh soal peribdai? Saya rasa ada kebaikannya untuk debat terbuka, tetapi tidak melampau. Mengapa harus kita takut menyentuh soal peribadi seperti rasuah dan salahguna kuasa jika kita tidak melakukannya? Harap2 hasilnya kita dapat mengenali pendebat dengan lebih jelas dan proses ini akan secara purata menapis ahli2 yang boleh diketengahkan sebagai calon ketua.

    Malang sekali apabila kita lihat ramai ketua2 yang ada sekarang diketengahkan atas arahan dari atas sangat lemah dalam pembahasan, dan berideologi sempit. Nah, ini mungkin kerana budaya kipas orang atasan maka tiada berpelajaran tinggi pon boleh diambil menjadi ketua. Malang lebih sedih bila kita melihat apabila pihak lawan mengkritik pendekatan party, ramai yang kelu sepi seribu bahasa tidak dapat menangkis hujah2 yang dilemparkan.

    Akhir sekali tiada suatu proses pon akan sempurna sepenuhnya. Kita mungkin akan dapat pendebat yang sangat mempersonakan walhal berakhlak murahan. Kita mungkin juga akan ada individu yang sangat matang pemikiran, cerdik, luas kebolehan tetapi tidak berupaya berdebat secara sepontan. Melalu debat terbuka, ahli2 sendiri juga akan harus bijak menilai dan memilih calon sebenar. Mungkin ini yang akan kita hadapi sekiranya Saudara Mukhriz berdepan dengan KJ, siapa tahu! Kalau kita tidak berbuat apa2 langsung bagaimana kita nak tahu mana kaca mana permata?

    JMD : I respect the essence of democracy whereby even people like KJ, who is one of the reason people became nauseated with BN, can offer himself to ‘lead’ the umno youth wing.

    But of course, he will be subjected to criticisms that may come from any quarters. And he must be able to defend himself credibly and gain confidence from the umno members. If he wants to debate, then I suggest they do it in a close door forum. Although that is also quite redundant. KJ said that the debate will help the Umno members know each of the candidates’ stand on certain issues. Well, since all three of them are bloggers, just write what they want in their own blog.

    I agree with Datuk Mustapha Mohamad in this case.

    We saw the dented reputation of Barisan Nasional when DSAI took on Shahberry Cheek last July. In debate, as I have seen several hundred times within Umno, there WILL be some element of airing dirty linen in public. Khairy will ultimately question Khir Toyo’s track records in Selangor. Mukhriz will question KJ’s infamous reputation etc etc.

    I fully understand where you’re coming from with this comment. But my only reason for not encouraging this debate is that the opposition will certainly capitalise on it. Since PR has lost steam on the take over issue and is running helter skelter trying to find new issues to justify its existence, this debate will be a spectacle most welcomed by the opposition parties.

    Yes, I am all for healthy debate. But there is a greater issue to look at here. It is okay if the debate is held when BN and Umno are strong. But to even suggest it when Umno is still grasping for air is very foolish indeed.

    Those who suggested it are only thinking about their political aspirations instead of looking at the bigger picture. Just a selfish oneupmanship exercise if you ask me.

    Oleh itu, jika sesuatu kaca itu pandai berdebat, amat malang jika semua para perwakilan memilih kaca tersebut hanya kerana kebolehannya berdebat🙂

    Thank you for the comment.

    Like

  17. Saya masih kagum dengan “kebutaan” sesetengah perwakilan UMNO apabila memilih Khairy dan Khir Toyo untuk bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Adakah mereka tidak nampak atau lupa bahawa ketaksuban, ketakburan dan ketamakan kedua-dua orang inilah yang telah mengakibatkan BN mengalami kekalahannya yang paling teruk dalam sejarah politik Malaysia serta jatuhnya negeri Selangor ke tangan PKR. Oleh yang demikian, adakah besar kemungkinan bahwa wang ringgit sedang memainkan peranan dalam pemilihan bagi jawatan tersebut? I pray to God to deliver the country from chaos if either is ever elected to an important political post

    Like

  18. Askm JMD,

    Being good at debate is just another facet of a person’s ability.It is NOT the main consideration. AI may be perceived as a better speaker than Shaberry Cheek but the latter could be a better person in other respects: sincerity, integrity, credibility, honesty.

    Refusal by Mukhriz to engage debate with KJ is not fatal to his cause. We all by now what Mukhriz stands for . We too know all about KJ.

    But this move by KJ asking for open debate is an excellent tactical move to garner and enhance his chances come Mac 2009 UMNO GA. KJ is seen as having more guts than Mukhriz. Giving good reasons for not agreeing with the debate does not deflect the perception that Mukhriz is a coward.

    Another salvo from KJ’s psywar/psyops arsenal.

    But the rakyats look at more than debate. Guard against demogogue. Hitler is a demogogue, a fiery orator but he caused WW2. Millions died!!!

    Hang Kasturi

    Like

  19. Dear Jebat,
    Susah sangat rupanya kita nak cari Melayu yang betul-betul berkaliber ye?. It is very scary actually to see Malays makin mundur dan mundur samada dari segi pemikiran atau attitude.

    They are so many statements about how bad is the politic money now in UMNO, but still happening.

    Haji Najib Razak pun actually his image has tainted. Issue Altantuya lagi, issue helikopter lagi,

    Kalau dulu PAK LAH because of KJ and Kamaluddin. Now a person like me most worried is Najib’s spouse !. Sebab glamournya lain macam sikitlah.

    Sekiranya dia juga yang terpilih nanti, didoakan supaya beliau lebih cerdik dan dapat membuat sebarang keputusan nanti tanpa influence dari mana-mana pihak.

    Amin.

    Like

  20. saya ahli pemuda umno berpendapat bahawa system kouta perlu unutk mengelakan politik wang, hasil dari pengalaman mesyuarat baru-baru ini system kouta adalah amat berkesan di mana suara-suara akar umbi di ambil kira semasa pencalonan.ini kerana system kouta mencerminkan pilihan majoriti akar umbi adalah di kesalkan jika calon yang di calonkan dan popular di akar umbi kalah di peringkat pemilihan nanti. sebagai contoh pencalonan ketua pemuda umno dato Mukhriz adalah yang tertinggi di kalangan akar umbi umno. juka datuk Mukhriz kalah maka suara 3 juta akar umbi umno telah di ketepikan oleh suara 2000 lebih perwakilan yang hanya mementingkan wang semata-mata. dimanakah letaknya demokrasi jika calon yang popular kalah di tangan calon yang kurang popular, jadi fikirkanlah mana yang lebih penting suara 3 juta ahli atau 2000 perwakilan.

    Like

  21. Ariesman,
    Pada saya, sebenarnya itulah yang dirisaukan. 2000 perwakilan tidak membantu demokrasi berjalan dengan baik.

    Sebab itu banyak pihak mencadangkan supaya pencalunan/pertandingan dibukakan semula.

    Bermakna UMNO buat macam pilihanraya dalaman parti. Setiap ahli diperingkat cawangan dan bahagian beri undi masing-masing secara demokrasi.

    Seperti kata Dr. Mahathir, sekiranya itu dipraktikkan tidak mustahil Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatasi Datuk Najib.

    Buat masa sekarang siapa berani calonkan orang lain selain dari Haji Najib untuk jawatan Presiden. Sudah tentu dia akan jagi PM. Silap haribulan bahagian tersebut kena belasah selepas Mac nanti.

    Saya sentiasa mendoakan supaya Haji Najib better in his judgement nanti for any issues.

    Like

  22. JMD,
    mungkin tiba masanya pilihanraya UMNO dibuat seperti pilihraya umum. semua ahli boleh mengundi. Tapi kena ada tapisan awal calon-calon yang mahu dipilih untuk bertanding. Nanti banyak sangat yang bertanding. sekali gus politik wang dapat dikurangkan kerana macam mana calon nak sogok 3 juta ahli?

    Like

  23. Assallamulaikum…
    Menarik jugak ye ulasan tentang sistem kouta dalam UMNO.. mintak tolong pakat fikir apakah kelemahan sistem kouta dalam UMNO.kalu dapat banyak berpuluh-puluh alasan pun ok. skadar untuk mengembangkan idea di kedai kopi.

    Like

  24. Dear Jebat,
    Saya ada juga masuk blog-blog lain (yang againts UMNO & Government). And so sad to read that actually our racial sentiment is very-very high.

    It is very obvious that most of Non-Malays, betul-betul dislike Malay and current Government.

    Blogger penyokong kerajaan penuh dengan pujian. Blogger against kerajaan, sumpah seranah semua keluar.

    Maybe it is good that you pun bagi comment in these bloggers, so that at least they can read from two parties.

    What I can say, is that these people no grateful with what we having now. Yang Melayu tak nampak keadaan Melayu di Singapura, yang bukan Melayu masih tak terima fact that ini Tanah Melayu.

    What is your comment? Kalau adalah!.

    JMD : Please read my views on those issues here okay :

    https://jebatmustdie.wordpress.com/category/malay-issues/

    and

    https://jebatmustdie.wordpress.com/category/racism/

    Thank you for reading them. Really appreciate it.

    Like

  25. Salam..
    Pada asasnya saya penyokong tegar yg ingin melihat Mukriz mengetuai pemuda, namun bila beliau menolak debat dgn KJ, maka hati saya sedikit ter’ensot’, bukan kerana saya setuju debat, memang pada saya debat akan lebih membawa keburukan kerana kita tahu bahawa dlm debat pasti ada kalah menang. ( sepertimana kata kawan2 diatas, kita tak mahu pilih pemimpin cuma semata2 dia pandai berdebat). BErbalik kepda keenganan Mukriz utk berdebat, bagi saya adalah lebih elok dan tidak merosakan imej Dato Mukriz jika dia mengalihkan hal debat ini dgn sesuatu yg lebih menunjukan intelegent atau tahap pemikiran sperti menukarkan debat kepada forum atau perbentangan perancangan dan hala tuju serta pembaharuan serta pembaikan masa depan UMNO, mereka boleh mempunyai masa utk melontar idea2 yg boleh dilihat dan difikirkan bersama oleh rakyat utk dinilai. Jika Dato mukriz boleh buat begini, dia secara tidak langsung meperlihatkan kematangan beliau berbanding dgn org yg mengajak utk berdebat, secara tersiratnya, org yg mengajak org lain utk berdebat adalah org yg sombong dan angkuh, pasti dalam hatinya merasakan bahwa org yg diajak debat itu adalah “makanan” dia..
    Semoga Dato Mukriz tidak menghampakan harapan akar umbi yg ingin beliau menerajui pemuda UMNO dan mejadi pemimpim pelapis yg bakal mwarisi kepimpinan tertinggi.
    Salam..
    Pemuda Mache.

    JMD : Saya pernah mendengar DM berkata bahawa beliau lebih suka membentangkan idea idea beliau di dalam rancangan berbentuk forum (seperti yang saudara utarakan). Di sana, calon calon boleh lah mengetengahkan idea idea mereka dengan lebih berhemah. Kalau semasa berdebat, calon akan cuba mematahkan idea idea calon saingannya sebaik mungkin. Dalam apa cara. Tetapi agak malang kerana DM tidak mendapat liputan dari media dengan lebih meluas. Kata kata beliau cuma boleh kedengaran di dalam blog blog yang rapat dengan beliau.

    Tahniah kerana DM mempunyai penyokong tegar seperti saudara. Saya sendiri pun tidak merasakan yang saya ini penyokong kuat beliau! Walaubagaimanapun, seperti juga saudara, saya rasa beliau boleh menerajui Pemuda Umno dengan baik sekali.

    Terima kasih.

    Like

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s