Umno & Barisan Nasional

Umno perlu berwajah baru!

PENGENALAN

1. Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 ( 8 Mac 2008 ) mengubah secara drastik lanskap politik tanah air. Rakyat memberi isyarat bahawa mereka menuntut perubahan yang drastik yang SEGERA daripada parti yang memerintah! Justeru itu, jika UMNO (BN) gagal memahami isyarat tersebut dan seterusnya gagal menyahut tuntutan berkenaan maka UMNO akan menempah kegagalan. Demi dan untuk terus relevan, maka UMNO hendaklah segera berubah dengan drastiknya. UMNO memerlukan reinventing, reconstructing, reengineering, repackaging dan rebranding.

WAJAH LAMA UMNO

2. Parti UMNO kekal menjadi pilihan orang Melayu dan rakyat negara ini sejak 50 tahun yang lalu kerana ia bersedia berubah mengikut kehendak ahli dan rakyat. Perjuangannya juga relevan dengan aspirasi rakyat. Sebagai contoh, di peringkat awal penubuhan parti UMNO, perjuangannya adalah untuk menolak Malayan Union dan mengembalikan kedaulatan Raja-raja Melayu. Kemudian UMNO berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air. Diikuti pula langkah memperjuangkan maruah bangsa dan bahasa Melayu, kesucian agama Islam, hak keistimewaan orang Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

3. Selepas itu, UMNO menyediakan Agenda Melayu, seperti DEB untuk mengisi kemerdekaan tersebut bagi memantapkan Ketuanan Melayu. Matlamat ikhlasnya ialah untuk membantu kaum Melayu yang telah jauh tertinggal, terutamanya dalam bidang pendidikan dan ekonomi, di tanah air kita sendiri. Yang fundamental ialah tindakan UMNO ini TIDAK menggugat dan menyekat hak kaum-kaum lain.

4. Malangnya, keputusan pilihanraya lalu membuktikan bahawa perjuangan UMNO/BN ini telah kurang mendapat sambutan rakyat/pengundi. UMNO telah hilang kuasa monopoli ke atas undi Melayu. Contohnya, undi popular BN merosot daripada 63.1% pada tahun 2004 kepada 50.3% pada tahun ini. Kemerosotan tersebut membuktikan bahawa masa telah berubah, mindset telah berubah dan paradigma juga telah berubah. Maka UMNO tiada pilihan lain kecuali BERUBAHwajah, semangat, arah tuju, misi dan visi supaya boleh kekal dan terus mendapat kepercayaan rakyat/pengundi.

WAJAH UMNO SEKARANG

5. Elok dikenali dulu secara kasar apa dia wajah UMNO sekarang dari sudut pelbagai pihak dan apa pula wajah baru yang patut diberikan kepada UMNO?

5.1 Dari sudut orang Melayu yang menyokong kuat UMNO (umumnya berumur lebih 45 tahun)

Menjaga dan memperjuangkan kepentingan Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, dan Raja-raja Melayu; berterima kasih kepada UMNO kerana menjadi payung orang Melayu; kekalkan DEB dan adil kepada kaum lain.

5.2 Dari sudut orang Melayu yang kritikal (biasanya yang berpelajaran dan berumur antara 21 tahun – 45 tahun.

Menyokong UMNO secara bersyarat – issue-based atau personality-based.

5.3 Dari sudut orang Melayu yang anti-UMNO (biasanya yang berpelajaran dan berumur bawah 35 tahun)

Korup, kronisma, nepotisma, sombong, riak, biadab, tamak, mementingkan diri sendiri, gila kuasa dan sifat-sifat buruk yang lain.

5.4 Dari sudut bukan Melayu

Tidak sensitif kepada kepentingan bukan Melayu, tidak adil, menekan bukan Melayu (ketuanan Melayu) dan sifat-sifat buruk yang lain.

5.5 Dari sudut kumpulan atas pagar

Mereka tidak kisah; sokongan dalam pilihanraya, biasanya, bergantung kepada isu semasa.

MINDSET / PARADIGMA RAKYAT SEKARANG

6. Untuk mewujudkan wajah baru bagi UMNO, wajar difahami dahulu apa dia mindset dan paradigma rakyat sekarang. Setelah memahaminya, barulah mudah untuk mewujudkan wajah baru itu sejajar dengan mindset / paradigma tersebut.

6.1 Dari sudut orang Melayu yang menyokong kuat UMNO (umumnya berumur lebih 45 tahun)

Mahu UMNO kekal menjaga dan memperjuangkan kepentingan Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, dan Raja-raja Melayu; kekalkan DEB tetapi adil kepada kaum lain. Kembali kepada semangat perjuangan dan pengorbanan yang mementingkan bangsa, agama dan negara; bukan perut sendiri.

6.2 Dari sudut orang Melayu yang kritikal (biasanya yang berpelajaran dan berumur antara 21 tahun –45 tahun)

Mahu UMNO menumpukan kepada issue-based dan bukan race-based, integriti, keadilan sosial, civil rights, kebebasan badan kehakiman, kebebasan bersuara, hak mendapat maklumat, transparensi, tadbir urus yang baik, amalan terbaik, akauntabiliti, alam sekitar, hak wanita, kompetensi/merit (bukan affirmative policy/action yang membunuh daya saing).

6.3 Dari sudut orang Melayu yang anti-UMNO (biasanya yang berpelajaran dan berumur bawah 35 tahun

Hapuskan gejala-gejala buruk – korupsi, kronisma, nepotisma, sombong, riak, biadab, tamak, mementingkan diri sendiri, gila kuasa dan sifat-sifat buruk yang lain. Turunkan pemimpin bersifat sedemikian.

6.4 Dari sudut bukan Melayu

Sensitif kepada kepentingan bukan Melayu, kebebasan beragama, berlaku adil, wujudkan banyak peluang pendidikan dan ekonomi serta memiliki sifat-sifat murni seperti yang dinyatakan di atas; kurangkan campur tangan kerajaan dalam bisnes.

6.5 Dari sudut kumpulan atas pagar

Mereka tidak kisah; ‘tidak apa attitude’; namun pelaksanaan perkara-perkara yang baik, sepertimana yang digariskan di atas, akan dapat menarik golongan ini menyokong UMNO

WAJAH BARU UMNO

7. Untuk mendapatkan sokongan daripada kelima-lima kumpulan di atas, UMNO hendaklah segera dilihat mendakap nilai-nilai seperti yang digariskan di para 4. Visi dan Misi baru UMNO hendaklah dapat menawan imaginasi mereka yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan berlainan kaum; bukan orang Melayu sahaja.

8. Justeru itu, UMNO hendaklah menggugurkan segera slogan seperti Hidup Melayu dan Ketuanan Melayu serta digantikan dengan slogan yang lebih embracing. Misalnya “Dari Rakyat Untuk Rakyat”, “Parti Bersih, Kerajaan Bersih”, “Kesejahteraan Hidup”, “Memakmurkan Rakyat”, “Kemakmuran Untuk Semua”, “Perjuangan Rakyat”, “Memenuhi Aspirasi Rakyat” dan “Aspirasi Rakyat, Aspirasi UMNO”.

9. DEB, yang masih disayangi oleh sebahagian besar orang Melayu dan tidak disukai oleh bukan Melayu, telah berjaya mengangkat taraf hidup semua kaum walaupun tidak mencapai objektifnya seratus peratus. Namun, apa yang perlu disedari oleh semua kaum ialah ia sudah tidak sesuai dinyanyikan lagi kerana tempoh hayatnya telah luput. Sewajarnya UMNO mengenengahkan Misi Nasional yang bertujuan untuk mencapai Wawasan 2020 bagi faedah semua rakyat Malaysia.

10. Misi tersebut yang mengandungi lima Teras adalah lebih komprehensif dan embracing. Ia turut menghayati semangat DEB seperti yang terpahat dalam Teras Tiga iaitu menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif tanpa mengira kaum. Misi Nasional ini, jika dipakej dan dipromosikan dengan berkesan, boleh membuat orang Melayu berasa selamat dan bukan Melayu pula dapat menerimanya sebagai adil.

11. Sifat-sifat buruk serta amalan-amalan yang merosakkan masyarakat dan negara hendaklah dihapuskan segera. Semangat asal ahli UMNO yang sanggup berjuang dan berkorban serta tidak mementingkan diri sendiri hendaklah dikembalikan. Di samping itu, ahli dan pemimpin parti hendaklah segera memberhentikan percakaran dan pergolakan dalam parti.

12. Tumpuan hendaklah diberikan kepada menyelesaikan masalah rakyat dengan menggunakan pendekatan baru iaitu issue-based, bukan lagi pendekatan lama iaitu race-based. Antara masalah rakyat yang menuntut penyelesaian segera ialah kenaikan kos sara hidup yang disebabkan oleh kenaikan harga bahan bakar dan harga komoditi makanan, kekurangan bekalan bahan makanan, kemiskinan, peluang pendidikan dan sebagainya.

13. UMNO hendaklah segera diremaja dan diintelektualkan dengan membuka keahlian seluas-luasnya kepada pelajar IPT dan golongan menengah/profesional Melayu, di samping mengekalkan sokongan rakyat biasa. Mereka hendaklah juga diberi peluang untuk memikul tanggungjawab supaya lebih komited kepada parti. Sekatan di peringkat cawangan dan bahagian hendaklah dihapuskan dengan menerima permohonan menjadi ahli melalui internet (E-Keahlian).

14. Sebab utama golongan ini menyokong parti pembangkang adalah kerana kesilapan sebahagian pemimpin UMNO di peringkat bawahan dan pertengahan yang self-centred (a) menghalang kemasukan mereka kerana dianggap sebagai ancaman (b) menyekat mereka daripada memegang jawatan kerana tidak mahu dibayangi (c) berperangai buruk yang membuat mereka meluat untuk mempunyai apa-apa hubungan dengan UMNO.

15. Namun yang jelas kelihatan mereka ini adalah lebih komited dan bersemangat untuk berjuang; tidak mengharapkan habuan, malah bersedia pula untuk mengorbankan wang ringgit masing-masing. Senario ini dapat disaksikan semasa pilihan raya yang lalu. Ramai yang berdamping dengan atau berada dalam UMNO pula adalah mereka yang mengejar kontrak untuk membekalkan baju T-shirt, topi, bendera, makanan dan lain-lain. Tetapi untuk menggantung bendera parti sendiri, mereka perlu diumpan dengan duit; jika tidak, mereka tidak menguit.

16. Sebahagian besar perubahan di atas hendaklah dilaksanakan sekarang dan melalui platform mesyuarat agong yang akan bermula dari bulan Julai hingga Disember nanti

PENUTUP

17. UMNO TIADA pilihan lain kecuali BERUBAH SEGERA; memiliki mindset / paradigma / misi / visi baru, sepertimana yang disyorkan. Jika ia masih enggan juga, maka liang lahadlah yang menunggunya.

Sekian, terima kasih.

6 thoughts on “Umno perlu berwajah baru!

  1. Satu pandangan yang berani dan berterus-terang. Memandang kelemahan disemua peringkat kepimpinan – cawangan, bahagian dan nasional. Tahniah kerana mengupas punca-punca dan kaedah membaiki.

    Like

  2. Got to hand it to you, JMD. This analysis is exquisite. UMNO should pay you for this, man.🙂

    If you have the time and inclination lah, it’d be interesting to see you do a SWOT-based PEST analysis on the country as she stands now.

    JMD : Had to write it in Malay so that some leaders in Umno can also understand it! (cue: Muhd Muhd Taib) 🙂

    Like

  3. Bravo JMD. I like your new brand of UMNO…Perhaps should bottle it and give it to PakLah for his breakfast every morning as energy booster. Well done again JMD.

    Like

  4. Pada saya, kata UMNO (berbau penjajah) itu sendiri perlu diubah kepada nilai Melayu dalam erti kata sebenarnya, bukan asal kata asing. Moto ketuanan Melayu dan Islam perlu dikekalkan kerana itulah jati diri Melayu serta tidak bercanggah dengan perlembagaan. Tanggapan kaum lain usah dibimbangkan tetapi perlu diperjelaskan, kerana tanggapan awam itu pelbagai tetapi hakikatnya tidak boleh dipertikaikan.

    JMD : Point taken and thank you.

    Like

  5. Pingback: Umno money politics and the resolution « Jebat Must Die

  6. Pingback: Keputusan di Kuala Terengganu - Apa mesej dan natijahnya? « Hidup Tuah!

Astound us with your intelligence!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s